HR-V pilihan untuk pemanduan bandar

DALAM keadaan ekonomi tidak menentu sekarang, Honda Malaysia berbangga apabila dapat mengekalkan penguasaan pasaran. Menerusi model HR-V, Honda kekal berada pada kedudukan nombor satu menerajui segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak dengan 87 peratus (penguasaan) pasaran.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, sejak dilancarkan pada Januari 2019, tempahan bagi model tersebut meningkat dan mencecah hampir 4,000 unit.

SKRIN sentuh Display Audio baharu dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

SKRIN sentuh Display Audio baharu dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

“Pelancaran varian Sport Hybrid Dua Klac pintar i-DCD itu sekaligus menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara di luar Jepun yang menggunakan i-DCD dalam segmen SUV kompak,” katanya.

Tambahnya lagi, sehingga kini, Honda Malaysia sudah menghantar lebih 3,000 unit HR-V baharu kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

“Lembah Klang menyumbang jualan tertinggi sebanyak 47 peratus. Ini membuktikan HR-V baharu sesuai untuk pemanduan bandar diikuti wilayahselatan, 18 peratus dan utara 18 peratus.

“Passion Red Pearl merupakan pilihan warna baharu dan ia menyumbang 28 peratus kepada keseluruhan jualan HR-V baharu,” katanya.

HR-V baharu ditawarkan dalam empat varian iaitu Hybrid, RS, V dan E. Varian petrol dijana enjin 1.8L SOHC i-VTEC bersama transmisi berubah-ubah berterusan (CVT). Toichi Ishiyama berkata, HR-V mula mendapat populariti sejak pertama kali dilancarkan pada tahun 2015.

HR-V Sport Hybrid i-DCD dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang digabungkan dengan kotak gear klac berkembar 7 kelajuan dan Integrated High Power Motor.

HR-V Sport Hybrid i-DCD dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang digabungkan dengan kotak gear klac berkembar 7 kelajuan dan Integrated High Power Motor.

“Barisan varian HR-V baharu ini adalah untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan yang mementingkan prestasi, kecekapan bahan api dan praktikal.

“Varian baharu, HR-V RS juga diterima baik walaupun kali pertama diperkenalkan di Malaysia terutama pembeli lelaki yang sememangnya inginkan sebuah jentera yang tampak sporty,” katanya.

Varian RS dilengkapi rim aloi dwi tona 18 inci, reka bentuk gril depan yang lebih sporty, kit bampar depan dan belakang berwarna hitam serta ciri pemanduan sistem stereng Nisbah Gear Variabel (VGR).

HR-V Sport Hybrid

Ketika ramai peminat mengharapkan HR-V dicipta dengan varian 1.5 turbo seperti di negara-negara Eropah, Honda Malaysia pula mengambil keputusan sebaliknya.

Honda Malaysia memperkenalkan HR-V Sport Hybrid i-DCD yang mempunyai kuasa enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan gabungan kotak gear klac berkembar 7 kelajuan dan Integrated High Power Motor yang dibantu oleh bateri lithium-ion.

Gabungan enjin dan motor yang dibantu oleh bateri lithium-ion itu mampu menghambur kuasa seperti enjin bersesaran 2.0 liter. Sistem Sport Hybrid i-DCD juga membolehkan kenderaan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dalam mod EV. Sama seperti kereta hibrid Honda yang lain, Honda HR-V hibrid ini mampu bergerak dalam mod EV sahaja untuk pemanduan yang lebih senyap terutama ketika di dalam bandar.

Ia turut dipasang Sistem Brek Servo Elektrik untuk penjanaan tenaga yang lebih baik dan sistem penyaman udara elektrik untuk keselesaan pemandu serta penumpang. Ciri-ciri eksklusif hibrid lain termasuklah paparan maklumat meter Cluster 3D Illuminated 3D, Shift by Wire dan Mod Sukan.

Malaysia, satu-satunya negara yang menawarkan sistem hibrid pintar (i-DCD) pada sebuah SUV selain untuk pasaran Jepun. Seperti yang kita sedia maklum, Honda Malaysia menjadi perintis yang membawa teknologi hibrid ke Malaysia sejak tahun 2004 lagi dan telah menjadi pengeluar kenderaan pertama yang menghasilkan model hibrid dalam negara.

Kemasan, ciri keselamatan

Dari segi kemasan luaran, lampu utama SUV ini menggunakan lampu jenis halogen manakala pada bahagian belakang pula adalah daripada jenis LED.

Kemasan lampu belakang LED.

Kemasan lampu belakang LED.

Honda juga tidak mengabaikan ciri keselamatan. Honda HR-V ini juga tampil dengan kelengkapan enam beg udara sebagai standard, Automatic Brake Hold, Bantuan Kestabilan Kenderaan, Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan cagak ISOFIX.

Terdapat juga pakej aksesori yang ditawarkan iaitu pakej Modulo, pakej Urban dan pakej Utiliti manakala untuk bateri hibrid pula didatangkan dengan jaminan 8 tahun tanpa sebarang had perbatuan. Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 97 pengedar sah Honda untuk melihat, memandu uji dan menempah HR-V baharu. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau log masuk www.honda.com.my.

Barisan media dan warga kerja Honda Malaysia ketika sesi pandu uji yang diatur di Langkawi baru-baru ini.

Barisan media dan warga kerja Honda Malaysia ketika sesi pandu uji yang diatur di Langkawi baru-baru ini.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *