Astro menerusi jenama Astro Originals terus memperkukuhkan komitmennya dalam menghasilkan kandungan premium merentasi pelbagai genre yang mampu memikat hati peminat dan penonton Malaysia melalui karya terbaharu berjudul ‘Good Boys Go To Heaven’. Siri terbitan Astro Shaw ini akan mula ditayangkan pada 8 Mei 2026, setiap hari Jumaat, pada jam 12.00 tengah malam secara On Demand atau jam 9.00 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108). Selaras dengan usaha Astro Originals mengembangkan genre thriller psikologi, ‘Good Boys Go To Heaven’ diterajui oleh penulis skrip terkemuka dan pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia, Mira Mustaffa, yang juga merupakan bakat kreatif Astro Shaw serta bertindak sebagai showrunner bagi siri ini. Kisah ini memfokuskan kepada Yasser, seorang bapa yang berdepan mimpi ngeri apabila anak lelakinya, Ahyan, dilaporkan hilang sebelum ditemui dalam keadaan tragis selepas dibunuh dengan kejam. Naratif ini turut mengangkat isu trauma yang menyentuh emosi serta memperlihatkan bagaimana kesannya bukan sahaja dirasai oleh individu, malah turut mempengaruhi orang di sekeliling mereka. Siri ini merupakan hasil arahan Ariff Zulkarnain, yang sebelum ini mengarahkan One Cent Thief 2, dan diterbitkan oleh Indigo Film. Ia menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Beto Kusyairy sebagai Yasser, Zahirah MacWilson sebagai Dahlia, Firdaus Karim sebagai Bahamin, Malek McCrone sebagai Zayd, Amerul Affendi sebagai Inspektor Kamal, Amanda Ang sebagai Sarjan Leona, Sky Iskandar sebagai Ustaz Reyhan serta bakat cilik baharu, Sayf Mikael sebagai Ahyan. Penerbit Eksekutif ‘Good Boys Go To Heaven’ yang juga Ketua Astro Shaw merangkap Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata karya ini merupakan usaha Astro Shaw untuk terus memperkaya kandungan Astro Originals dengan penceritaan yang lebih berani dan relevan, disokong oleh nilai produksi yang tinggi. Beliau turut menegaskan keyakinan terhadap bakat tempatan, termasuk memberi peluang kepada penulis terbaik industri seperti Mira Mustaffa, selain mengembalikan Ariff Zulkarnain untuk menerajui siri yang mengangkat tema trauma dan isu kehilangan kanak-kanak sebagai teras utama. Pada masa sama, beliau berharap naskhah ini dapat menjadi peringatan kepada masyarakat agar isu kehilangan kanak-kanak tidak hanya muncul seketika di dada berita sebelum dilupakan. Eksklusif buat peminat siri premium Astro Originals, ‘Good Boys Go To Heaven’ juga boleh ditonton lebih awal secara On Demand menerusi Astro GO bermula jam 12 tengah malam, selain turut tersedia di aplikasi Sooka. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini serta menonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw di Instagram, TikTok, Facebook dan X. Astro turut mengajak pelanggan menikmati nilai berganda menerusi Pek Astro One yang kini bermula dari RM49.99, menawarkan pengalaman penstriman yang mudah dan hiburan tanpa batas. Pelanggan yang berminat boleh melayari astro.com.my atau menghubungi Astro melalui WhatsApp di talian 03 9543 3838. Post navigation Tune Talk Perluas Ekosistem Digital Dengan Pelancaran Tune Talk Shop The Second Edition of Pestapora Malaysia is Here—And It’s More Dynamic and Cross-Border Than Ever