Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025, festival jualan raya terbesar di Malaysia, bakal berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac 2025.
Dengan tagline “Shopping Awal Tak Kalut”, festival ini dijangka menarik perhatian ribuan pengunjung dan bakal mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai festival raya terpanjang di Malaysia.

Festival ini menjanjikan lebih 300 gold coin sebagai hadiah cabutan bertuah harian serta hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car), menjadikannya acara yang lebih menarik bagi pembeli. Selain itu, suasana akan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan setiap malam, membawa hiburan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Buat pertama kalinya, festival ini akan turut menampilkan Rasa Fusion Food Festival, yang menghimpunkan 80 booth makanan eksklusif dengan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa dan sahur. Ini menjadikannya satu-satunya festival raya yang turut mengangkat elemen gastronomi sebagai tarikan utama.
Turut menjadi keunikan festival ini adalah live booth percuma bagi vendor terpilih serta sesi podcast harian yang membincangkan pelbagai topik menarik seperti fesyen raya, trend kecantikan, dan persiapan Aidilfitri.

Dalam sidang media yang berlangsung pada 10 Mac 2025 di Marble Stage, Level 2, WTC Kuala Lumpur, pihak penganjur Mivas City Sdn Bhd bersama rakan strategik berkongsi lebih banyak maklumat mengenai aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang festival ini.
Dengan lebih 100 vendor yang menawarkan fesyen raya terkini, biskut tradisional, gajet, dekorasi rumah, dan produk kecantikan. Pengunjung boleh mendapatkan semua keperluan raya mereka di bawah satu bumbung.
Festival ini mendapat sokongan daripada WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner serta VNM Studio sebagai Official Media Partner.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan festival ini! Untuk maklumat lanjut, hubungi Mivas City Sdn Bhd melalui email di sales.gerobokbiru@gmail.com atau layari media sosial TikTok/Facebook/Instagram: @gerobokbiru.