Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Gabungan Ikon Muzik Indonesia Afgan & Lyodra Dalam Konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’
  • News

Gabungan Ikon Muzik Indonesia Afgan & Lyodra Dalam Konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’

Helmi Aziz August 14, 2024 3 minutes read
MR2F0498

Gabungan mantap dua ikon muzik Indonesia, Afgan dan Lyodra, dalam sebuah konsert bersejarah bertajuk ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’. Konsert ini dijadualkan pada 28 September 2024 di Megastar Arena, KL, dan dijamin akan memukau penonton. Kharisma Music (KM), penganjur konsert terkemuka, membawa anda pengalaman muzik yang luar biasa ini, dengan sokongan penuh daripada jenama kosmetik terkenal, Alha Alfa, serta rakan-rakan mereka, Intan Gelombang dan Futurace.

Idea disebalik penganjuran konsert ini terbit dari single duet Afgan dan Lyodra berjudul ‘Ada’ yang telah diluncurkan hampir setahun lalu dengan respon yang luar biasa dari pendengar.

Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, katanya, “Buat pertama kalinya di Malaysia, kami gandingkan dua penyanyi ‘top’ Indonesia dalam satu pentas buat tatapan khas penonton di Malaysia.

“KM sentiasa ke depan dalam menyajikan hiburan secara ‘live’ dalam bentuk fizikal buat peminat muzik di Malaysia, dan apabila melihat keserasian Afgan dan Lyodra berduet dalam ‘Ada’ membuat kami (KM) teruja untuk menggandingkan mereka berdua dalam sebuah konsert buat pertama kalinya di Malaysia.

“Selain itu Afgan merupakan penyanyi yang tidak asing lagi di Malaysia dan mempunyai ‘fanbase’ yang kuat di sini, manakala Lyodra pula merupakan juara Indonesian Idol 2020 yang seangkatan dengan Mahalini, Tiara Andini dan Ziva Magnolya,” kata En. Ahmad Jeffny.

Pada malam konsert nanti, penonton bakal disajikan dengan hiburan tanpa henti yang berdurasi selama 2 jam 30 minit dengan 20 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama iringan 12 pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia, dan menariknya, Afgan dan Lyodra sendiri yang akan merencanakan koordinasi muziknya.

Tambah En. Ahmad Jeffny, “Penonton konsert berpeluang menikmati susuan muzik yang digubah khas oleh mereka berdua yang belum pernah didengarkan di mana-mana acara sebelum ini.

“Setakat ini, identiti penyanyi jemputan masih lagi dirahsiakan dan akan diumumkan kelak ketika majlis sidang media, dan pastinya ada kejutan bagi penonton yang hadir, jadi rugi buat mereka yang terlepas membeli tiket konsert.

“KM berharap penonton yang hadir dapat menyaksikan sendiri ‘sepasang’ bakat besar dari Indonesia secara ‘live’, dan pastinya malam konsert nanti menjanjikan persembahan dan paduan suara yang memukau.

Buat tahun 2024, KM sedang dalam perancangan untuk menganjurkan lebih banyak konsert dan akan mula mengadakan beberapa siri konsert di luar negara seperti Indonesia dan juga Singapura pada tahun hadapan.

Tiket-tiket ke konsert ‘ADA AFGAN & LYODRA: LIVE IN KUALA LUMPUR’ sudah pun mula dijual pada 10 Julai 2024 lalu di laman web www.ticket2u.com.my/afganlyodra dan beberapa kategori tiket seperti VVIP dan VIP sudah habis terjual dalam masa beberapa hari sahaja, manakala kategori tiket lain masih lagi ada tetapi dalam kuantiti yang terhad:

  • Pesan Terakhir (RM258)
  • Escape (RM338)
  • Sang Dewi (RM458)
  • Panah Asmara (RM488)

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ella Menggegarkan Singapura: Jilid Rockestra Memukau Penonton
Next: Pelancaran Pasukan Jersi Karyawan FC & Jemputan ke Pelancaran Single ‘Majnun’ Azmi Saat

Related Stories

  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.