Filem Tempatan “Aku Bukan Gila” Dibintangi Beto Kusyairy & Fasha Sandha Kini Disiarkan secara Eksklusif & Percuma menerusi Perkhidmatan Penstriman WeTV iflix!

Filem Tempatan “Aku Bukan Gila” Dibintangi Beto Kusyairy & Fasha Sandha Kini Disiarkan secara Eksklusif & Percuma menerusi Perkhidmatan Penstriman WeTV iflix!

Kuala Lumpur– Berita baik buat peminat filem tempatan! Filem terbaharu WeTV iflix, “Aku Bukan Gila” yang diterbitkan oleh Pencil Pictures and Records dan diarahkan oleh Rahila Ali, akan disiarkan bermula hari ini secara eksklusif dan percuma menerusi perkhidmatan penstriman WeTV iflix.

Berita baik buat peminat filem tempatan! Filem terbaharu WeTV iflix, “Aku Bukan Gila” yang diterbitkan oleh Pencil Pictures and Records dan diarahkan oleh Rahila Ali, akan disiarkan bermula hari ini secara eksklusif dan percuma menerusi perkhidmatan penstriman WeTV iflix.

“Saya berbangga untuk menjadi sebahagian daripada filem ini dan menghidupkan watak Andra, seorang wanita dengan personaliti yang kompleks lagi kuat, yang bergelut dengan kesedihan serta cabaran kehidupan seperti kita semua,” kata Fasha Sandha, pelakon utama “Aku Bukan Gila”.

“Peluang keemasan untuk bekerjasama dengan pengarah filem wanita, Rahila Ali, dalam penerbitan ini turut memperkasakan saya. Saya bersyukur dapat bekerjasama dengan WeTV iflix untuk menyebarkan keterujaan serta mesej yang disampaikan filem ini, dan berharap dapat menyertai lebih banyak lagi kolaborasi sedemikian pada masa depan.”

“Kami sangat bersyukur untuk menjadi platform yang membawakan kisah menyentuh hati, ‘Aku Bukan Gila’ kepada rakyat Malaysia, yang pasti akan tersentuh oleh mesej cintakan diri sendiri daripada filem ini,” demikian kata Aik Kuang Heng, Pengurus Negara WeTV iflix Malaysia. “Memandangkan penstriman media telah menjadi pengaruh yang berkuasa dalam industri perfileman, serta penerapan media ini yang sangat tinggi di Malaysia, kami berharap untuk membawa pilihan kandungan premium yang lebih luas dari rantau Asia kepada penonton kami, di samping memperkasakan industri perfileman tempatan.” Dibintangi artis tempatan yang berpengalaman, Beto Kusyairy dan Fasha Sandha, “Aku Bukan Gila” mengisahkan Andra (Sandha) yang merantau ke perkampungan Beddgelert di North Wales untuk melarikan diri daripada kekangan kekeluargaan dan mengubati hatinya selepas kematian ibu tersayang. Tanpa diduga, takdir mempertemukannya dengan Andre (Kusyairy) dalam latar belakang yang menampilkan keindahan lanskap Wales. Walaupun pada awalnya, Andra banyak berselisih pendapat dengan Andre, mereka akhirnya berjaya mengatasi perbezaan yang wujud di antara mereka. Namun, apabila Andra

cuba masuk campur dalam kehidupan silam Andre, jejaka itu bukan sahaja mula berasa tidak selesa bahkan meragui kesihatan mental Andra. Ciri kompleks kedua-dua pelakon utama filem ini akan membuka mata penonton kepada isu kesihatan mental, yang akan diterokai lagi dalam sebuah babak khas yang ditayangkan selepas penutup penghargaan. Ia pasti akan menyentuh perasaan penonton, dan meningkatkan penghayatan terhadap dua watak utama yang dihidupkan oleh Beto dan Fasha.

WeTV iflix akan terus berusaha menyokong bakat tempatan dan menjadi platform premium untuk mengedarkan kandungan tempatan yang bermutu tinggi. Tonton “Aku Bukan Gila” sekarang juga secara percuma menerusi penstriman eksklusif di WeTV iflix di iflix.com, atau aplikasinya yang boleh dimuat turun dari Apple Store dan Google Play Store.