Exists Jemput Peminat Sertai Umrah Bersama dalam Program ‘Umrah Langkah Seiringan’

Kumpulan Exists yang cukup terkenal dengan lagu ikonik “Langkah Seiringan” dari album pertama mereka bertajuk Exist, yang dilancarkan pada tahun 1991, kini mengundang peminat dan orang ramai untuk menyertai mereka dalam sebuah perjalanan rohani ke Tanah Suci.

Exist, yang kini terdiri daripada Ezad Lazim sebagai vokalis, Along atau Azhrul Nasir sebagai gitaris utama, Musa Radhi di posisi pemain bass, Ujang atau Saharudin Saniman di posisi dram, dan Ajai @ Mohd Faizal Maas sebagai pemain keyboard, bakal berangkat menunaikan umrah dengan kerjasama syarikat pelancongan, Darmina Revolution.

Pelawaan dari Darmina Revolution, yang diterima sekitar dua bulan lalu, adalah sebuah rezeki yang tidak terduga. Impian anggota Exists untuk menunaikan umrah akhirnya bakal terlaksana dengan izin Allah. Program yang dinamakan “Umrah Langkah Seiringan Exists” ini akan menyaksikan kesemua anggota kumpulan tersebut berangkat ke Tanah Suci bermula 22 Januari hingga 2 Februari 2025.

Ahmad Fawzy bin Mohd Hashim, selaku Ketua Pegawai Operasi Darmina Revolution, menyatakan bahawa program “Umrah Langkah Seiringan Exists” ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai mencari dan memilih pakej umrah yang disediakan oleh syarikat pelancongan. Darmina Revolution bukan sahaja menawarkan pakej umrah, tetapi juga pakej pelancongan luar dan dalam negara dengan harga yang berpatutan.

Exists

Menurut Ahmad Fawzy, jemaah yang mendaftar bersama Darmina Revolution tidak perlu risau tentang urusan perjalanan kerana semua perkara diatur rapi. Pakej yang disediakan dirangka dengan memastikan keselesaan jemaah, dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan agar lebih ramai dapat menunaikan umrah.

“Darmina Revolution sentiasa berusaha menyediakan pakej yang mampu milik. Dengan pendaftaran awal, jemaah boleh menikmati diskaun antara 5% hingga 20%, bergantung kepada pakej dan kuota yang ditawarkan. Harga kami lebih rendah berbanding harga pendaftaran saat akhir,” jelasnya lagi.

Selain daripada pakej umrah, platform Darmina Revolution turut menawarkan pelbagai pakej percutian ke destinasi seluruh dunia dengan harga kompetitif.

Ezad Lazim, yang pernah menunaikan umrah sebelum ini, turut tidak menjangka bahawa beliau akan berpeluang lagi untuk kembali ke Makkah dan Madinah. Ezad menyifatkan jemputan ini sebagai sesuatu yang istimewa kerana ia kali ini bersama rakan-rakan Exists yang lain.

“Ramai orang impikan untuk menjejak kaki ke Tanah Suci. Tahun lalu, saya berkesempatan menunaikan umrah bersama keluarga. Kali ini, bersama rakan-rakan Exists pula, suasananya pasti akan berbeza. Saya sangat bersyukur dengan peluang ini kerana anggota Exists yang lain belum pernah ke sana sebelum ini. Jadi, ini rezeki yang amat bermakna,” katanya.

Musa Radhi, pemain bass Exists, turut berkongsi keterujaannya kerana selama ini beliau hanya mengetahui kisah sirah Nabi SAW melalui pembacaan. Kini, beliau berpeluang menziarahi lokasi bersejarah tersebut dengan mata sendiri.

“Apabila diberitahu kami akan menunaikan umrah, saya rasa sangat terharu. Selama ini saya hanya membaca kisah sirah Nabi, tetapi kali ini saya dapat menziarahi tempat-tempat itu sendiri. Saya amat berterima kasih kerana ini adalah peluang berharga untuk saya. Saya hanya berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk memanfaatkan peluang ini,” ujarnya dengan penuh emosi.

Sementara itu, Ajai turut menyatakan rasa terharunya kerana mendapat peluang untuk menjadi tetamu Allah.

“Saya amat terharu dan bersyukur atas rezeki ini. Terima kasih kepada Darmina Revolution yang merealisasikan impian ini. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan Exists yang selama ini bersama-sama mengharungi suka duka dalam kerjaya seni. Dapat bersama mereka ke Kota Makkah adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Saya berharap Allah mempermudahkan segala urusan ibadah kami,” ujar Ajai.

Orang ramai yang ingin menunaikan umrah bersama Exists boleh memilih pakej dengan harga serendah RM8,500 untuk bilik berempat, RM9,100 untuk bilik bertiga, dan RM9,500 untuk bilik berdua. Penerbangan akan diuruskan oleh Saudi Air, dan penginapan pula disediakan di Hotel Dar Ieman di Makkah dan Hotel Artal International di Madinah.

Untuk keterangan lanjut mengenai pakej “Umrah Langkah Seiringan Exists”, anda boleh menghubungi talian +60 16-432 8793 atau e-mel ke darmina.revolution@gmail.com.