Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Ejen Ali The Movie 2 Best Gile! Harley Owners Group Kuala Lumpur Bawa Anak-Anak Yatim Tengok Wayang!
  • Community
  • Entertainment
  • Movie

Ejen Ali The Movie 2 Best Gile! Harley Owners Group Kuala Lumpur Bawa Anak-Anak Yatim Tengok Wayang!

Helmi Aziz June 18, 2025 2 minutes read
Photo A

Abang-abang Harley pun jiwa penyayang, ok! Bawa adik-adik layan Ejen Ali The Movie 2 untuk semua, HOGKL “ride” demi misi gembirakan anak-anak yatim.

Siapa kata geng Harley cuma tahu gegarkan jalan dengan bunyi enjin mereka? Sempena tayangan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), Harley Owners Group Kuala Lumpur Route 77 (HOGKL) buktikan mereka juga ada sisi lembut. Dengan gaya penuh karisma, 10 penunggang Harley-Davidson telah berkonvoi dari HDKL Route 77 di Jalan Ampang ke GSC Mid Valley Megamall untuk membawa 50 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni sama-sama menonton filem animasi tempatan yang kini hangat ditayangkan di pawagam.

Ejen Ali The Movie 2 bukan sekadar untuk kanak-kanak. Abang-abang Harley berjaket kulit pun boleh tersandar sebab syok sangat! “Kita ni nampak je ganas, tapi cerita kartun pun kita layan! Ingat rider Harley tak tengok kartun ke? Kitaorang pun excited sangat nak tengok. Mula-mula ingat cerita budak-budak je… sekali tengok, terus tercenggang. Kalau nak cari salah dalam filem ni, memang tak jumpa. Perfect!” kata Encik Mohamad Wira, Presiden HOGKL.

Anak-anak jelas terhibur, dan ahli HOGKL sendiri akui Ejen Ali The Movie 2 memang padu dengan sound effect yang mantap, mesej positif serta animasi yang luar biasa. Ringkasnya, ini memang filem untuk semua. Dari anak kecil sampai abang-abang naik Harley pun boleh layan habis!

Yang paling penting, program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) HOGKL dalam usaha menyebarkan senyuman dan keceriaan kepada mereka yang memerlukan. Misi masih aktif unlock fasa seterusnya dan terus sokong Ejen Ali The Movie 2 di pawagam sekarang.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: PASCA KAU PERGI – Syed Irfan galas tanggungjawab sebagai tulang belakang keluarga di usia remaja
Next: Sos Cili Ibu Oleh Dato’ Khadijah Ibrahim Rasa Asli, Jiwa Sejati

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.