PEMILIK nama Nor Atirah Mohd Rahani baru berusia 27 tahun. Pada usia yang cukup muda itu, Ketua Pegawai Eksekutif beauTfix itu mampu tersenyum lebar apabila impiannya mahu menjadi usahawan kecantikan berjaya telah diizinkan-Nya.
Melihat takdir indah itu, Nor Atirah atau mesra disapa Eira berkata, beliau mahu berkongsi kejayaannya dengan wanita lain di luar sana.
“Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar. Kini, saya mahu membina satu landasan perniagaan yang boleh membantu kaum Hawa yang mahu memulakan perniagaan sendiri,” ujarnya dengan penuh iltizam.
Kepada Inspirasi Femina, Eira berkongsi secara terperinci tentang produk jenama Ruby-Cell yang dibawa oleh syarikatnya, beauTfix khas dari Korea Selatan.
Beliau juga berkongsi secara panjang lebar mengenai filosofi bisnes kecantikannya, Ruby-Cell yang telah berjaya menyuntik kesuksesannya sebagai peniagawati yang semakin dikenali.
Ikuti wawancara kami bersama wanita jelita itu baru-baru ini.
1) Boleh Puan berkongsi tentang bagaimana mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar ini?
Sebenarnya, minat saya terhadap dunia kecantikan sangat mendalam. Saya percaya, semua wanita di dunia ini ingin kelihatan cantik. Saya juga begitu. Ditambah, semua insan-insan di sekeliling saya minat berniaga.
Mungkin itu adalah satu pemangkin ke arah kejayaan saya hari ini. Sebenarnya, sebelum ini, saya juga pernah menjadi rakan kongsi dalam sistem networking (rangkaian) yang lain tetapi gagal.
Daripada kegagalan itu, saya kaji di mana kelemahan dan segera bangkit. Sistem networking Ruby-Cell ternyata telah memberi ruang idea yang baharu kepada saya untuk membuka pusat kecantikan sendiri dengan mengguna jenama hebat ini.
2) Difahamkan, Puan sudah lebih setahun mengurus perniagaan dengan membawa jenama Ruby-Cell ini. Kami yakin, ia bukan mudah dan pasti banyak cabaran dan halangan? Benarkah?
Ya, saya tidak nafikan hal itu semua. Di Malaysia, memandangkan banyak sistem perniagaan networking gagal dan banyak penipuan, maka, menjadi satu cabaran yang amat besar kepada saya mendapatkan sokongan rakan-rakan kongsi saya di peringkat permulaan.
Namun, berkat kesabaran dan keyakinan terhadap sistem networking Ruby-Cell, saya telah berjaya membina jaringan networking sendiri dalam masa 6 bulan.
3) Boleh kongsi bagaimana Puan mendepani rintangan dan cabaran yang pastinya wujud dalam dunia bisnes?
Setiap apa yang saya lakukan, saya kena percaya kepada diri sendiri. Kalau saya mahu orang percaya kepada produk saya, saya kena menjadikan diri saya sebagai contoh terbaik.
Saya sendiri menjadikan diri saya sebagai testimoni kepada produk Ruby-Cell ini. Alhamdulillah, ia menjadi kerana berjaya membuahkan hasil! Berkenaan soal networking, saya lihat sistem pelan pulangan yang dibawa dari Korea Selatan berbeza sekali dengan di Malaysia.
Saya amat yakin dengan sistem tersebut. Hanya melalui pengalaman selama enam bulan, saya telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan. Seperkara, jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa.
Namun, hal itu sebenarnya memotivasikan diri saya untuk lebih berjaya. Bila kecewa, saya akan muhasabah diri dan dekatkan diri dengan ALLAH. Terima kasih suami, ibu mertua, ibu saya dan anak-anak yang sentiasa bersama saya dalam keadaan susah dan senang.
4) Kejayaan Puan itu boleh dijadikan inspirasi kepada mereka di luar sana. Namun, kebanyakannya tidak tahu strategi untuk berjaya. Adakah Puan berhasrat mahu mereka yang mahu membantu dan sukses seperti Puan?
Memang itu tujuan utama saya. Saya ingin menolong mereka untuk membantu diri mereka untuk berjaya. Sebenarnya, saya mahu membimbing mereka dalam pelbagai aspek selain suntikan modal.
Beautfix ingin mencari dan membimbing 10 orang yg berminat untuk membuat perniagaan mobile spa dengan modal bermula dari RM500.
Kami amat mengalu-alukan pelajar lepasan universiti, ibu tunggal serta mereka yang ingin menambahkan pendapat untuk menyertai kelas kecantikan yang dianjurkan oleh beauTfix.
5) Secara spesifiknya, boleh Puan kongsikan dengan pembaca tentang produk Ruby-Cell?
Ruby-Cell merupakan jenama kosmetik yang berasal dari Korea Selatan. Ia mula diperkenalkan di negara itu lebih kurang tujuh tahun lalu dan baru setahun setengah menjengah pasaran Malaysia.
Ruby-Cell sebenarnya merupakan produk kosmetik pertama menggunakan kultur sel stem yang mengandungi pelbagai faktor pertumbuhan penting untuk kesihatan terutamanya kulit.
Dengan penggunaan secara berterusan produk ini, ia dapat mengembalikan keanjalan wajah dan kelihatan 10 tahun lebih muda.
6) Pastinya Ruby-Cell satu jenama yang menjadi kepercayaan wanita-wanita di Korea Selatan. Bagaimana Puan boleh yakinkan pengguna wanita di Malaysia untuk mendapatkan produk ini?
Apa yang saya boleh katakan, banyak produk yang terdapat di pasaran sekarang hanya dapat menyelesaikan satu masalah kulit sahaja. Namun, Ruby-Cell yang melalui teknik semburan dengan penggunaan mesin semburan berteknologi tinggi dari Korea Selatan menawarkan lebih daripada itu.
Teknologi itulah yang membantu menyelesaikan keseluruhan masalah kulit seseorang. Dengan semburan, bahan yang terkandung dalam Ruby-Cell akan meresap terus ke lapisan epidermis yang membantu mengukuh dan menganjalkan kembali kolegan yang hilang disebabkan faktor usia dan keadaan persekitaran.
Jika produk Ruby-Cell digunakan secara berterusan, seperti yang saya katakan tadi, wajah anda akan nampak 10 tahun lebih muda. Muka akan lebih berseri-seri tanpa menggunakan mekap.
Kami juga mempunyai set penjagaan rambut. Kepada mereka yang mempunyai masalah kulit atau mahu melebatkan rambut, pilihlah Ruby-Cell. Pendek kata, produk Ruby-Cell membantu menyelesaikan masalah dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
7) Bagaimana orang ramai boleh mendapatkan produk ini?
Buat masa sekarang, produk Ruby-Cell hanya boleh dibeli melalui ejen-ejen yang dilantik. BeauTfix merupakan agen terbesar dalam memasarkan produk ini.
BeauTfix juga telah membuka sebuah spa yang memfokuskan kepada penggunaan produk jenama Ruby-Cell. Pihak BeauTfix kini sedang mencari ejen-ejen dari seluruh Malaysia untuk memasarkan produk kami.
Salun kecantikan juga dialu-alukan. Kami akan memberi latihan dan tunjuk ajar bagaimana untuk memasarkan produk ini. Ruby-Cell menjalankan perniagaan berbentuk networking yang mana pelan pemasaran adalah dari Korea Selatan.
Berkenaan dengan harga pula, ia mengikut produk yang dibeli dan ada juga beberapa kaedah harga bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, begitu juga untuk salun kecantikan yang ingin menjadi ejen BeauTfix untuk memasarkan produk Ruby-Cell.
8) Pastinya, Puan mempunyai pelan jangka panjang dalam bisnes kecantikan ini, boleh Puan kongsikan?
Ya, saya berhasrat agar impian saya untuk membuka lebih banyak cawangan pusat kecantikan selain membina satu kumpulan networking yang berjaya di seluruh dunia dapat direalisasikan suatu hari nanti.
Saya juga mahu melahirkan lebih ramai usahawan kecantikan di seluruh Malaysia melalui jenama pusat kecantikan BeauTfix dalam jangka masa 10 tahun di seluruh Malaysia.
Selain, itu saya juga memasang niat untuk memiliki akademi kecantikan sendiri serta menjadi francaisor untuk pusat kecantikan saya sekarang.
Dalam sistem rangkaian bisnes, saya ingin menjadi top leader untuk memimpin lebih ramai downline di seluruh dunia. Doakan saya ya.