Divas & Diamonds 2024: Konsert Epik Yang Akan Menggegarkan Johor Bahru

Muzik mempunyai keajaiban tersendiri yang mampu menyentuh hati dan jiwa. Bagi ramai di antara kita, muzik adalah teman setia sepanjang hayat. Lagu klasik seperti “Only You” oleh The Platters yang dirilis pada tahun 1959, sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati kita. Begitu juga dengan lagu Melayu seperti “Belaian Jiwa” yang dinyanyikan oleh Innuendo, memberikan impak yang mendalam kepada pencinta muzik tanah air.

Hari ini, Mega Eve Sdn Bhd dengan bangganya mempersembahkan konsert yang dinantikan ramai – Divas & Diamonds 2024. Konsert ini dijangka menjadi salah satu acara muzik terbaik yang pernah diadakan di Johor Bahru, menyatukan peminat muzik dari seluruh pelusuk negara untuk menikmati persembahan luar biasa daripada barisan artis terkemuka.

Konsert Divas & Diamonds 2024 menampilkan barisan artis fenomena dari Indonesia dan Malaysia. Dato’ Sri Rossa, yang tidak membuat persembahan di Johor Bahru selama hampir sedekad, akan kembali menghiburkan peminatnya dengan lagu-lagu popular beliau. Dato’ Jamal Abdillah, seorang lagenda yang tiada tandingan, juga akan memeriahkan pentas dengan persembahan memukau. Tidak ketinggalan, Dayang Nurfaizah, seorang artis berkaliber tinggi, turut serta dalam barisan artis konsert ini.

Malah, satu lagi superstar akan diumumkan tidak lama lagi, menambah lagi keterujaan dan keseronokan buat peminat yang bakal hadir.

Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pengalaman yang mempamerkan inovasi pentas, bunyi, dan lampu yang memukau. Pemilihan lagu dari kegemaran sepanjang masa hingga single hit terkini akan menghidupkan malam dengan magis tersendiri. Adakah akan ada duet antara artis-artis berbakat ini? Kita sama-sama nantikan!

Divas & Diamonds 2024 bukan sahaja tentang muzik. Lima peratus daripada hasil tiket akan disalurkan untuk menyokong bantuan kemanusiaan di Gaza, Palestin. Sumbangan ini akan diserahkan terus kepada pegawai Kedutaan Palestin sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada saudara dan saudari kita di Gaza.

Ketua Pegawai Eksekutif Mega Eve Sdn Bhd, Dr Farhan Razali, menegaskan komitmen syarikat dalam menyokong usaha kerajaan memperjuangkan nasib rakyat Palestin melalui pelbagai acara pada masa akan datang.

Visi Mega Eve adalah untuk mencipta pengalaman muzik yang luar biasa dan tidak akan dilupakan. Dengan pasukan profesional berpengalaman dalam industri muzik, Mega Eve terus berusaha untuk menghasilkan acara muzik yang berkesan dan inovatif, memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada peminat muzik dan hadirin.

Divas & Diamonds 2024 menjanjikan malam yang penuh dengan keseronokan, persembahan memukau, dan kenangan indah yang akan terpahat di hati peminat muzik. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara epik ini dan raikan irama hidup dengan muzik yang membawa keharmonian dan kegembiraan.