Penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim atau lebih mesra disapa sebagai Ibu telah meluangkan masa bersama lebih 100 peminat setianya dalam satu majlis ramah mesra eksklusif yang berlangsung semalam di D’Banquet Hall, Aljunied Link, Singapura.
Kehadiran Dato’ Khadijah disambut penuh rasa teruja oleh para peminat yang telah lama menanti peluang untuk bertemu secara dekat dengan idola kesayangan mereka. Majlis yang penuh mesra dan nostalgia itu turut menyaksikan pelancaran rasmi produk terbaharu beliau, Sos Cili Ibu, buat julung kalinya di Singapura.
Sos Cili Ibu merupakan produk istimewa keluaran jenama Khadijah’s Kitchen, yang terkenal dengan sajian berasaskan resipi tradisional Melayu. Sebagai seorang yang sinonim dengan kecintaan terhadap masakan, Dato’ Khadijah tampil dengan inovasi baharu yang mengekalkan keaslian rasa air tangan ibu-ibu zaman dahulu dalam bentuk yang lebih praktikal untuk dapur moden.
“Saya cipta Sos Cili Ibu dengan penuh kasih sayang, diinspirasikan daripada minat saya terhadap makanan pedas. Berbanding sos cili lain di pasaran, Sos Ibu ini ada kick tersendiri memang sesuai untuk penggemar makanan yang mahukan rasa yang lebih padu. Saya harap ia dapat membangkitkan kenangan serta menyatukan rasa cinta kita terhadap masakan ibu,” ujar Dato’ Khadijah penuh semangat.
Para tetamu turut berpeluang merasai sendiri keenakan Sos Cili Ibu yang amat serasi digandingkan dengan pelbagai hidangan seperti nasi goreng, mi goreng, ayam panggang, kentang goreng, keropok lekor dan banyak lagi. Sambutan yang amat positif daripada hadirin membuktikan potensi besar produk ini untuk menembusi pasaran serantau.
Kini, Sos Cili Ibu boleh didapati secara rasmi di Yisun Halal Mart, Singapura sekaligus membuka tirai bagi langkah awal Dato’ Khadijah dalam mengembangkan empayar kulinari beliau ke peringkat antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Sos Ibu, sila layari www.ibufood.com atau ikuti perkembangan terkini di media sosial rasmi: SOS IBU OFFICIAL.