CELCOM MEMBAWAKAN ‘NUBIA RED MAGIC 3’ SECARA EKSKLUSIF KE MALAYSIA!

CELCOM MEMBAWAKAN ‘NUBIA RED MAGIC 3’ SECARA EKSKLUSIF KE MALAYSIA!

PETALING JAYA, 3 JULAI 2019 – Penggemar permainan mudah alih kini boleh menikmati telefon
pintar khas untuk permainan – nubia Red Magic 3, dibawakan oleh Celcom secara eksklusif ke
Malaysia. Red Magic 3 merupakan telefon pintar permainan pertama di dunia, yang didatangkan
dengan sistem penyejuk aktif bersama kipas penyejuk dalaman.

Red Magic 3 merupakan peranti berkuasa tinggi dengan spesifikasi termasuk butang rangsangan
permainan, picu bahu sensitif sentuhan, kuasa Qualcomm® Snapdragon™ 855 6.65 inci skrin ultra-
lebar dengan kadar ‘refresh’ 90hz, getaran 4D, pembesar suara dwi-hadapan, bateri berkuasa
5,000mAh battery dan ia menyokong sehingga 18W pengecasan pantas bagi prestasi permainan
terunggul.

Pelanggan yang melanggan pelan Celcom Mobile Platinum Plus (100GB) pada RM188 setiap bulan
month boleh memiliki telefon permainan Red Magic 3 hanya pada RM499! Pelanggan juga boleh
menikmati kehebatan Red Magic 3 hanya pada RM1,358 apabila memilih untuk melanggan pelan
pascabayar Celcom Xpax XP60 pada RM60 setiap bulan.

Roy Ong, Ketua Pegawai Produk dan Inovasi, Celcom Axiata Berhad berkata Celcom amat teruja
untuk menawarkan telefon pintar permainan yang terkini iaitu nubia Red Magic 3, khas buat
penggemar permainan mudah alih yang bergantung kepada kualiti peranti dengan rangkaian 4G LTE
terbaik bagi memenuhi keperluan permainan atas talian mereka.

“Industri e-sukan hari ini termasuk permainan mudah alih, kini pesat berkembang dan kami menyedari
terdapat permintaan yang begitu tinggi daripada pelanggan untuk rangkaian dan peranti terbaik bagi
memberikan pengalaman permainan mudah alih yang lancar dan terunggul. Dengan tawaran terkini
dan eksklusif ini, golongan pemain kasual mahupun pakar boleh menjangkakan pengalaman
permainan yang menarik bersama rangkaian 4G LTE kami,” kata beliau.

Bagi maklumat lanjut mengenai tawaran Celcom, layari www.celcom.com.my

-End-

Mengenai Celcom Axiata Berhad
Celcom merupakan operator mudah alih swasta yang pertama di Malaysia, dengan lebih 9 juta pelanggan. Ditubuhkan pada tahun 1988, ia
mempunyai liputan meluas bagi rangkaian 2G, 3G dan 4G LTE di negara ini, meliputi kira-kira 98% populasi. Celcom kini memacu ke arah
penyelesaian integrasi pelbagai akses, perkhidmatan multimedia, dan Objek Rangkaian Internet (IoT). Budaya dalam mengutamakan
pengalaman pelanggan diperlihatkan melalui penerimaan anugerah dalam perkhidmatan pelanggan, produk, dan juga pelbagai
pengiktirafan di peringkat serantau. Celcom merupakan sebahagian daripada Kumpulan Axiata Berhad, salah satu syarikat telekomunikasi
terbesar di dunia merentasi 10 pasaran Asia. Untuk maklumat lanjut mengenai Celcom, layari www.celcom.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *