Category: ATTRACTION

  • Begini denim wujud

    Begini denim wujud

    BAJU atau seluar denim amat selesa dipakai. Sesuai untuk aktiviti lasak mahupun acara kasual. Mana tidaknya rupanya denim ini diwujudkan untuk kegunaan pelombong sehingga ia menjadi trend.

    Asal usul denim

    1. Denim dicipta untuk kegunaan pelombong emas pada kurun ke-18. Kemudiannya menjadi trend sehingga ke hari ini.

    2. Nama asal panggilan seluar denim adalah ‘waist overalls’.

    3. Benang oren yang digunakan jenama terkenal Levi Strauss & co. bagi jahitan seluar jeans trademarked istimewa mereka. Ia digunakan sebagai satu ciri wujudnya dan sepadan dengan warna tembaga rivet.

    4. Denim diperbuat dari kapas dan pakar mendapati kapas paling awal ditemui 5000 tahun dahulu di daerah Pakistan Barat.

    5. Kegunaan poket kecil yang terdapat pada denim untuk pelombong menyimpan emas-emas yang dijumpai sewaktu melombong.

    6. Jeans biru terhasil secara rasmi pada 20 May 1873 apabila Jacob Davis dan Levi Strauss and co. Mencipta paten celana tersebut.



    Sumber

  • Panduan bersahabat daripada Rasulullah SAW

    SEMUA orang mempunyai sahabat, bukan?

    Tidak kiralah sama ada sahabat karib, rakan sekerja mahupun teman serumah, semuanya tetap dianggap sebagai sahabat meskipun panggilannya berbeza.

    Tujuan bersahabat

    Sumber

  • Kolaborasi Hino, Yamato lahirkan pemandu berhemah

    Kolaborasi Hino, Yamato lahirkan pemandu berhemah

    PENIAGA sah Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HMSM) melancarkan satu program latihan pemanduan selamat iaitu Ujian Kecenderungan Memandu dan Latihan Keselamatan Pemandu baru-baru ini.

    Program latihan dengan kerjasama Yamato Transport Malaysia Sdn Bhd (YTM) itu bakal beroperasi secara langsung di Pusat Sokongan Menyeluruh Hino (HTSCC) di Sendayan.

    HMSM yang mula ditubuhkan sejak 1977, berpegang kepada prinsip Total Support iaitu memberi sokongan penuh kepada pelanggan bagi memastikan setiap pembelian kenderaan berat Hino menyumbang kepada peningkatan prestasi perniagaan para pelanggan. Sehubungan itu, penubuhan HTSCC bertujuan menyediakan program latihan yang memberi penekanan terhadap cara pemanduan selamat dan cekap tenaga bagi meningkatkan jangka hayat serta mengurangkan kos kitaran hayat kenderaan.

    Hino melaksanakan program latihan itu bagi pengendali dan pengusaha industri logistik serta pengangkutan di Malaysia berikutan minat mereka dalam latihan pemanduan selamat yang menggalakkan. Pengarah Urusan Yamato Transport Malaysia, Takeshi Kitaoka berkata, YTM juga memperkukuhkan penubuhan jurulatih dalaman bagi menambah baik kemahiran mereka.

    “Dalam usaha ke arah pembangunan keselamatan jalan raya di Malaysia, kedua-dua buah syarikat telah mengambil inisiatif bagi memperkukuhkan operasi keselamatan kenderaan dalam industri logistik dan pengangkutan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran. Program latihan itu dilaksanakan di HTSCC merangkumi ciri-ciri keselamatan yang terdiri daripada kombinasi ujian kecenderungan memandu, latihan kuliah dan pemanduan praktikal.

    Kitaoka berkata, latihan itu adalah bertujuan meningkatkan pemahaman, kesedaran dan kemahiran memandu berdasarkan gaya pemanduan si pemandu. Pegawai bertugas khususnya akan menggunakan keputusan kualitatif Ujian Kecenderungan Memandu dan memberi konsultasi melalui latihan kuliah serta menyampaikan pemahaman dan kesedaran mengenai pemanduan selamat, kata beliau.

    “Keputusan ujian dan latihan juga akan dimaklumkan kepada pemandu dan pengusaha sebagai rujukan untuk mereka memperbaiki gaya pemanduan,” ujarnya.



    Sumber

  • Sniker RS-X Puma edisi khas

    Sniker RS-X Puma edisi khas

    PADA tahun 2006, Puma dan MTV pernah melancarkan koleksi PUMA YO MTV Raps di mana kasut-kasut Puma yang klasik diberi olahan semula dengan berinspirasikan muzik hip hop 1980-an.

    Kini kolaborasi mereka kembali lagi dengan menampilkan persilangan budaya pop dan fesyen sukan yang diterjemahkan pada kasut-kasut sniker RS-X edisi khas, sekali gus meraikan semula kegemilangan budaya muzik yang terdahulu.

    ”Kami sangat gembira untuk sekali lagi bekerjasama dengan sebuah jenama ikonik yang relevan dengan zaman dahulu dan kini,” kata Pengarah Global untuk Jenama & Pemasaran Puma, Adam Petrick.

    RS-X Tracks MTV Gradient Blaze Puma White - Sweet Lavender.

    RS-X Tracks MTV Gradient Blaze Puma White – Sweet Lavender.

    MTV telah merevolusikan industri hiburan. Penggabungan industri fesyen dan budaya pop jelas menggariskan usaha mereka untuk mencapai golongan muda di seluruh dunia.

    “MTV dan Puma adalah dua jenama yang kekal sinonim dengan representasi budaya dan gaya jalanan untuk pelbagai generasi, dan kerjasama ini berjaya menyatukan kedua-dua jenama ikonik ini untuk masa kini,” kata Naib Presiden Kanan, Kerjasama Global dan Softlines, Viacom Nickelodeon Consumer Products, Jose Castro.

    Sniker RS-X Puma diilhamkan oleh unsur-unsur muzik dan era digital, sekali gus mencerminkan evolusi MTV sendiri, menjadikannya sebuah koleksi yang mesti ada buat peminat fesyen nostalgia.

    Puma RS-X Tracks MTV Gradient Gloom.

    Puma RS-X Tracks MTV Gradient Gloom.

    Koleksi Puma x MTV Capsule, Kolaborasi Puma x MTV juga melancarkan olahan reka bentuk terbaharu sniker RS-X Tracks. Mengetengahkan iterasi warna pop neon yang menonjol, koleksi ini memaparkan keluaran dua jenis warna, iaitu RS-X Tracks MTV Gradient Blaze dalam warna Puma White-Sweet Lavender dan RS-X Tracks MTV Gradient Gloom dalam warna Puma Black-Sweet Lavender colorways.

    Menyempurnakan rupa dengan pakaian musim yang sesuai, koleksi bergaya ini turut melancarkan kemeja T, tank top, baju trek dan seluar pendek yang dilingkari dengan logo grafik Puma x MTV.

    Puma RS-X Tracks MTV Gradient Gloom Black - Sweet Lavender.

    Puma RS-X Tracks MTV Gradient Gloom Black – Sweet Lavender.

    Koleksi Puma x MTV akan dilancarkan di butik-butik Puma terpilih seluruh negara bermula 14 Mac ini.

    #Ohlelaki!



    Sumber

  • Hukum berbuka puasa awal selepas dengar azan di televisyen, radio

    Hukum berbuka puasa awal selepas dengar azan di televisyen, radio

    BAGI yang gemar berbuka puasa di rumah, radio dan televisyen menjadi medium utama untuk kita mengetahui sama ada sudah masuk waktu Maghrib atau belum.

    Namun, kita kena ingat. Azan itu menandakan waktu Maghrib di Kuala Lumpur yang tidak semestinya sama di sesetengah kawasan.

    Ada tempat yang masuk waktu solatnya lebih awal daripada Kuala Lumpur dan ada juga yang lebih lewat dari di ibu kota.

    Barangkali, ada yang pernah terbuka puasa awal sebaik sahaja mendengar azan, sedangkan lokasi tempatnya berbuka agak lewat masuk waktu solat berbanding di ibu kota.

    Bagaimanakah dengan puasa kita? Apa hukumnya dan adakah ia membatalkan puasa?

    Menjawab persoalan itu, sunah Nabi Muhammad SAW adalah melewatkan sahur dan segera berbuka puasa iaitu sejurus sahaja masuknya waktu azan Maghrib di kawasan masing-masing.

    Pada asasnya, jumhur ulama Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan sebahagian Ulama Mazhab Hanbali menyatakan, batal puasa dan wajib qada.

    Sementara, Imam al-Muzani dan Mazhab Zahiri menyatakan tidak batal puasa kerana tidak sengaja.

    Bagaimanapun, pandangan jumhur adalah lebih utama diambil yang menyatakan puasa batal dan wajib qada.

    Lebih-lebih lagi, zaman moden kini, segala kelengkapan untuk menentukan waktu berbuka puasa wujud.

    Ia juga sepertimana yang diputuskan oleh Imam Nawawi dan Mazhab Syafie di dalam kitab.

    ***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan pendakwah bebas dan penulis.



    Sumber

  • Naza Kia buka Pusat 3S di Kota Bharu

    Naza Kia buka Pusat 3S di Kota Bharu

    NAZA Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia, dijangka mampu memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggannya di pantai timur selepas membuka Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) baharunya di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

    Kumpulan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin berkata, ruang pameran terkininya itu mempunyai keluasan kira-kira 3,500 kaki persegi bagi memberi lebih keselesaan kepada pengunjung dan pelanggan.

    Katanya, ruang pameran yang dimiliki syarikat pengedar Raza Motors Sdn Bhd itu mampu memuatkan lima kenderaan pada setiap masa, selain melakukan kerja penyelenggaraan sehingga 100 kenderaan setiap bulan. Terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, outlet baharu ini juga mempunyai sasaran jualan sebanyak 18 unit sebulan.

    “Saya begitu kagum dengan pengedar di sini kerana sanggup melabur sehingga RM1 juta bagi membangunkan Pusat 3S yang lengkap termasuk mempunyai ruang jualan, khidmat selenggara kenderaan serta kemudahan alat gantian. “Selaku antara peneraju jenama antarabangsa bagi pasaran tempatan, Naza Kia Malaysia berharap dapat memberi perkhidmatan terbaik terutama kepada pelanggan sekitar pantai timur dengan pembukaan pusat baharu ini,” katanya dalam satu kenyataan.

    Pusat 3S itu turut dilengkapi dengan ruangan menunggu yang selesa berserta dengan kemudahan surau.

    SM Nasarudin menambah, selepas pembukaan Pusat 3S Kota Bahru, pihaknya akan membuka enam lagi cawangan baharu di Lembah Klang, utara, selatan, pantai timur serta Sabah dan Sarawak. Untuk maklumat lanjut atau untuk mengaturkan pandu uji di Kia Kota Bharu, sila layari www.kia.com/my.



    Sumber

  • Bomba Melaka hargai al-Quran wakaf

    Bomba Melaka hargai al-Quran wakaf

    MELAKA – “Kami anggota bomba berasa dihargai dan diberi perhatian apabila menerima wakaf al-Quran terjemahan daripada pewakaf melalui Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) terutama pada bulan Ramadan ini.”

    Demikian kata Timbalan Penguasa Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka, Kamaruddin Mustafa.

    Menurutnya, sumbangan 200 naskhah al-Quran wakaf itu telah diagih-agihkan kepada bahagian-bahagian dalam jabatan itu dan 10 balai di seluruh Melaka untuk mewujudkan Quran Corner.

    “Kami harap boleh memanfaatkan al-Quran wakaf untuk membaca dan memahaminya pada bila-bila masa di tempat kerja. Selain itu, al-Quran terjemahan tersebut boleh digunakan untuk tazkirah dan tadabbur walaupun tiga ayat al-Quran sehari.

    “Tahun lepas, kami membeli sebanyak 17 naskhah melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka untuk diagihkan setiap satu ke bahagian-bahagian dalam jabatan dan balai bomba.

    “Sebelum ini kami menerima sumbangan al-Quran daripada individu yang diletakkan di surau. Kami ada Cawangan Hal Ehwal Islam di JBPM Negeri Melaka yang menguruskan program kerohanian dan kebajikan anggota bomba,” katanya di sini semalam.

    Pada 13 Mei lalu, warga JBPM Negeri Melaka menggunakan al-Quran wakaf yang diterima pada program World #QuranHour.

    Turut serta, Pengarah JBPM Negeri Melaka, Abu Obaidat Mohamad dan Timbalannya, Saiful Iswandy K Hassan.



    Sumber

  • Pilih minyak wangi pun kena tahu caranya

    Pilih minyak wangi pun kena tahu caranya

    PEMAKAIAN minyak wangi boleh menyerlahkan aura seksi seorang lelaki. Wanita turut berpendapat lelaki yang memakai haruman lebih memikat, menarik dan diingati.

    Namun harus diingat, penggunaan wangian berlebihan boleh mengundang rasa tidak selesa orang sekeliling kita. Untuk itu, anda harus anda tahu cara yang betul menggunakan wangian dan memilih minyak wangi tepat. Barulah si dia akan memikirkan tentang anda walaupun selepas anda berlalu pergi. Wanita akan anggap anda seorang yang cukup mementingkan penampilan diri.

    Berikut panduan memilih dan menggunakan pewangi;

    1. Menguji haruman pada kulit sebelum memilih untuk memakai wangian itu. Pilihan tepat harus kena pada masa, suasana dan tempat.
    1. Pergelangan tangan adalah tempat paling tepat untuk menguji haruman.
    1. Elak daripada mengosok antara pergelangan tangan kerana ia membuatkan minyak kulit bercampur dengan haruman dan menyebabkan sifat haruman berubah.
    1. Sebelum memilih membeli wangian itu, anda perlu mencubanya dan tunggu selama 20 minit. Anda akan mengetahui jika pilihan yang dibuat itu tepat mengikut citarasa anda.
    1. Kebanyakan kaunter haruman membantu peringkat awal untuk mencuba seberapa banyak wangian. Namun begitu, perlu diingatkan dalam memilih wangian tiada satu kaedah setepat kulit.
    1. Kurangkan menyembur haruman secara berlebihan terutamanya dalam suasana cuaca yang panas daripada kebiasaan. Haba dan peluh berlebihan mengurangkan keberkesanan wangian. Kadangkala keadaan ini mengundang bau yang tidak enak untuk dihidu.
    1. Wangian tepat ketika suasana panas adalah wangian citrus yang baunya sederhana dan boleh meninggalkan kesan segar berpanjangan.



    Sumber

  • Kenapa pentingnya baca doa ketika keluar rumah?

    Kenapa pentingnya baca doa ketika keluar rumah?

    BERAPA ramai di antara kita yang selalu berdoa apabila kita keluar rumah untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja destinasi?

    Jawapannya hanya ada pada diri kita sendiri.

    Ramai yang menganggap dengan hanya mengucapkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ sahaja sudah memadai.

    Sebenarnya, berdoa apabila kita hendak keluar rumah itu adalah salah satu sunah Rasulullah SAW.

    Apabila kita keluar dari rumah, tiada sesiapa yang akan tahu apakah yang akan berlaku di sepanjang perjalanan menuju ke lokasi yang hendak dituju.

    Maka, Rasulullah SAW mengajarkan kita satu doa apabila hendak keluar rumah:

    “Ya ALLAH, aku berlindung dengan-Mu daripada menyesatkan atau disesatkan, daripada menggelincirkan atau digelincirkan, daripada menganiaya atau dianiayai, daripada memperbodoh atau diperbodohkan (oleh orang lain)” -Ashab al-Sunan

    Sekurang-kurangnya apabila kita membaca doa, ALLAH SWT akan memberikan perlindungan daripada sebarang bahaya, halangan dan sebagainya.

    Mungkin apabila kita tidak membaca doa, ia menyebabkan ia menjadi halangan apabila kita menuju ke suatu tempat.

    Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang keluar daripada rumahnya lalu membaca (zikir) ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwata illa billah’ yang bermaksud, ‘Dengan nama ALLAH, aku berserah diri kepada-Nya dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya,” maka, malaikat akan berkata kepadanya…'(Sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh ALLAH) dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (daripada semua keburukan)…sehingga syaitan-syaitan tidak akan menghampiri dan syaitan-syaitan itu berkata kepada syaitan-syaitan lain, ‘Bagaimana (mungkin) kamu dapat (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan diberi perlindungan oleh ALLAH SWT?’” (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

    Begitu besarnya kelebihan apabila kita membaca doa sebelum keluar rumah.

    ALLAH akan menghantar malaikat untuk memberi perlindungan terhadap rumah tangga dan keluarga kita.

    Apabila bermusafir, kita akan sentiasa dijaga oleh malaikat sehingga kembali semula ke rumah.

    Marilah sama-sama kita jadikan doa sebagai amalan ketika hendak keluar rumah.

    (Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



    Sumber

  • Dua varian keluarga baharu MINI

    Dua varian keluarga baharu MINI

    MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua varian baharu bagi keluarga Mini iaitu MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure baharu ke pasaran tempatan.

    MINI Countryman merupakan jentera serba boleh yang terunggul dan simbol ikonik untuk kehidupan urban. Sejak pengenalannya pada tahun 2010, MINI Countryman dengan konsisten telah menjalani proses evolusi.

    Jentera ini mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.8 saat.

    Jentera ini mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.8 saat.

    Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pada tahun 2018, Malaysia menjadi tonggak utama di rantau Asia Tenggara dengan tugas pemasangan MINI Countryman di peringkat tempatan.

    “Lanjutan daripada kejayaan cemerlangnya dan sejajar dengan strategi elektrifikasi, kami juga memperkenalkan varian Hibrid Plug-In sebagai menunjukkan komitmen kami terhadap pembentukan masa hadapan bagi industri automotif Malaysia dengan Mobiliti Elektro,” katanya kepada Sinar Turbo baru-baru ini.

    Beliau menambah, kenderaan Aktiviti Sport (SAV) mencatat pertumbuhan positif sebanyak 19 peratus dengan 1,200 unit telah diserahkan kepada pelanggan sepanjang tahun lalu. Kedua-dua model baharu itu menampilkan pelbagai teknologi termaju seperti MINI Connected yang dilengkapi dengan sambungan internet 4G yang menawarkan informasi dan kandungan hiburan terkini.

    




Ruang kokpit tampil serba mewah dan sarat dengan butang kawalan.

    Ruang kokpit tampil serba mewah dan sarat dengan butang kawalan.

    Dengan penawaran keupayaan keterhubungan dan servis peribadi yang ekstensif, MINI Connected akan meningkatkan lagi tahap keselamatan, kemudahan dan menawarkan informasi yang terkini serta kualiti hiburan yang tinggi. Ia juga membolehkan warga MINIacs kekal terhubung walaupun ketika mereka berada di atas jalan raya.

    Antara ciri standard yang ditawarkan ialah Intelligent Emergency Call, TeleServices, MINI Online, MINI Concierge Service, Apple CarPlay, tanpa wayar, Remote Services dan Servis eDrive yang eksklusif untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired.

    MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired

    Tampil dengan reka bentuk ALL4, jentera itu dipasang dengan kemasan rim bersaiz 19 inci dan tayar jenis run flat. Ia diserlahkan lagi dengan jalur pada bonet, bumbung berwarna hitam dan gril berbentuk heksagon. Ruang kabin pula menerima kemasan kulit hitam, MINI Yours Illuminated dan stereng MINI Yours.

    




MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired

    MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired

    Tidak ketinggalan, paparan sesentuh 8.8 inci terbaharu yang beresolusi tinggi pada Instrumen Pusat MINI kini memuatkan teknologi tercanggih dan maklumat navigasi di hujung jari pemandu. Paparan Head-Up (HUD) juga berorientasikan pemandu, ia memastikan jalan yang dituju dan informasi penting yang berkenaan dengan kenderaan ini dapat dilihat dengan jelas. Aspek hiburan dalam kenderaan ini diperkemaskan oleh sistem bunyi Harman Kardon dengan 12 unit pembesar suara.

    




Keterampilan dan kelasakan jentera kenderaan ini digilapkan dengan jaluran bonet MINI, bumbung berkontras dalam warna hitam atau putih serta gril berbentuk heksagon.

    Keterampilan dan kelasakan jentera kenderaan ini digilapkan dengan jaluran bonet MINI, bumbung berkontras dalam warna hitam atau putih serta gril berbentuk heksagon.

    Jentera pula didatangkan dengan enjin petrol TwinPower Turbo yang digandingkan bersama motor elektrik. Dengan transmisi automatik enam kelajuan, varian hibrid plug-in berupaya untuk menjana 224 kuasa kuda dan tork 385 Nm. Ia mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 kilometer per jam (km/j) hanya dalam masa 6.8 saat, mencecah kelajuan maksimum setinggi 198 km/j dengan penggunaan bahan bakar yang hanya berjumlah 2.1 liter bagi setiap 100km. MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dijual pada harga RM250,888 dengan pilihan Chilli Red, Light White, British Racing Green dan Melting Silver. Semuanya dipadankan dengan bumbung berwarna hitam. Warna eksterior biru pula dipadankan dengan bumbung berwarna putih.

    MINI Cooper S Countryman Pure

    Dengan reka bentuk serba lasak yang menawan, MINI Cooper S Countryman Pure terbaharu tampil bersama jaluran bonet yang ikonik dan bumbung hitam yang elegan. Jentera juga hadir dengan lampu hadapan LED yang dilengkapi oleh lampu indikator, serta rim ruji 18 inci Black Pin.Bahagian dalamannya dihiasi dengan upholsteri hitam (carbon black) dan penggayaan material kulit (leather cross punch) dengan kerusi berelektrik untuk keselesaan maksimum bertaraf tinggi.

    




Kedua-dua model menampilkan teknologi termaju seperti sambungan internet 4G.

    Kedua-dua model menampilkan teknologi termaju seperti sambungan internet 4G.

    Trim interior eksklusif berwarna kelabu menzahirkan nuansa kemodenan yang melengkapi material bumbung berwarna kuning air. Jentera terbaharu itu juga didatangkan dengan paparan sesentuh 6.5 inci bersama navigasi yang mengutamakan pengalaman kepenggunaan dengan antara muka yang mudah untuk dioperasikan.

    




MINI Cooper S Countryman Pure

    MINI Cooper S Countryman Pure

    MINI Cooper S Countryman Pure dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder TwinPower Turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan. Rangkaian kuasa itu mampu menghasilkan kuasa 192hp dan tork 280Nm. Dengan penggunaan bahan api sekitar 6.5l/100km, SAV masih dapat mencatat kelajuan maksimum 224km/j.

    MINI Cooper S Countryman Pure dijual pada harga RM228,8888 dengan penawaran Chilli Red, Light White, British Racing Green, Thunder Grey, Melting Silver dan Island Blue. Kesemuanya dipadankan dengan bumbung berwarna hitam.

    MINI Cooper S Countryman Pure terbaharu tampil bersama jaluran bonet yang ikonik serta bumbung hitam elegan.

    MINI Cooper S Countryman Pure terbaharu tampil bersama jaluran bonet yang ikonik serta bumbung hitam elegan.

    Bantuan Tepi Jalan MINI

    MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure yang terbaharu diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 5 Tahun oleh MINI Malaysia, ditawarkan untuk semua kenderaan MINI dengan senarai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Bantuan Kemalangan 24 jam. Program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) MINI boleh dicapai melalui talian 1800-88-8808.

    




MINI Countryman jentera serba boleh untuk kehidupan urban.

    MINI Countryman jentera serba boleh untuk kehidupan urban.

    Online

    Kini, anda boleh membuat temu janji servis dengan lebih mudah. Program servis dalam talian yang baharu kini membolehkan pelanggan menjadualkan servis yang mereka perlukan secara terus di Pengedar MINI Bertauliah pilihan mereka melalui https://service.mini.my. Dengan Easy Drive, pemilikan MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired terbaharu bermula daripada RM2,998 setiap bulan dan pemilikan MINI Cooper S Countryman Pure bermula dari RM2,548 setiap bulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh tiga tahun, had perbatuan ditetapkan pada 20,000km setiap tahun). Easy Drive ditawarkan atas ihsan BMW Group Financial Services Malaysia. Maklumat lanjut berkenaan dengan MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure boleh didapati melalui www.mini.my.



    Sumber