Category: ATTRACTION

  • The 3rd World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award

    The World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award was founded by our President Professor Dato Sri Dr Chan Fa Deng, this award is one of the Malaysia Most Glamorous and Prestigious Award of the World.

    The purpose of the World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award are the award’s vision and mission is to recognise and honour exceptional entreprenerus, well-known brands, and remarkable individuals in Malaysia, Asia, and the world in accordance with international standards.

    The World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award is organized by The World Noble Organization (WNO), International Business Entrepreneur Association (IBEA) and Malaysia China Culture Trade and Commercial Association (MCCTCA). The mission is to unite and get together which for a collection of world notable business leaders, enterprises, culture, commerce to create personal and corporate brands for future collaboration.

    The World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Awards is supported by Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs, National Film Development Corporation Malaysia (FINAS) and China Group of Medias.

    The awards ceremony will be officially open by government officials, eminent business entrepreneurs, leaders, celebrities, and high society figures from all over the world. There are hundreds of luxuries sport cars are on display at the hotel’s entrance for visitors to photograph during the awards night.

    World Noble Organisation (WNO) have 35 corporate, a total of 15,000 famous brands, and more than 1,500 world entrepreneurs, merchants, leaders, masters, and professionals members.

    ‘WNO’ creates a shared resource and company membership. ‘Privilege Card’ for existing company members in various industries will be set up. The World Excellence Entrepreneur Brand Celebrity Award will be on 16th July 2022 at Sunway Resort Hotel.

  • ROCKETFUEL ENTERTAINMENT KINI MENDARAT DI PLANET V!

    Baru-baru ini, syarikat Rocketfuel Entertainment mengumumkan pelan masa hadapan syarikat. Merentasi galaksi semasa acara makan malam gala yang bertemakan ‘angkasa lepas’ yang dikenali sebagai Rocketfuel V.

    Syarikat ini telah menjalankan penstrukturan semula dan pengubahsuaian model perniagaan yang bersepadu pada tahun sebelum ini dibawah pimpinan Encik Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment bersama Encik Feros Sayna Andreas, Ketua Rocketfuel Entertainment.

    Memberikan tumpuan terhadap penciptaan kandungan yang unik, baharu dan yang juga melibatkan acara langsung, di samping mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu perniagaan Key Opinion Leader KOL yang sedia ada.

    Rocketfuel V berfungsi untuk memperkenalkan semula jenama Rocketfuel Entertainment yang baharu seiring dengan tahun kelima pengoperasian mereka.

    Menurut Encik Feros Sayna Andreas, mereka sangat teruja untuk membentangkan projek terbaharu dan perancangan syarikat serta untuk meraikan mereka yang telah bersama-sama sejak mula dilancarkan.

    Para hadirin juga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh barisan artis terkenal tanah air.

    Kolaborasi antara Rocketfuel Entertainment dan Def Jam Recordings Malaysia, Program ‘16 Baris’  menjadi salah satu platform untuk pengamal hip-hop di serata rantau Asia Tenggara (SEA) untuk menunjukkan bakat mereka.

    Joe Flizzow atau dikenali sebagai The President dan DJ CZA membuat persembahan pembukaan istimewa sekaligus mengumumkan berita tentang musim ke-3 ’16 Baris’ dan sebuah konsert yang bakal berlangsung pada penghujung musim ini.

    Rocketfuel Entertainment bakal menganjurkan beberapa konsert di pelbagai lokasi. Antaranya ialah konsert mini oleh penyanyi terkenal Hael Husaini pada hujung tahun ini, pasangan suami isteri popular, Ernie Zakri dan Syamel juga bakal mengadakan konsert bersama.

    Rocketfuel Entertainment juga memperkenalkan ‘I’m In Session 2’ yang merupakan kandungan bersiri memaparkan persembahan secara langsung oleh para artis di lokasi yang istimewa di sekitar Malaysia selama 30 minit bagi satu episode. Setiap episode memaparkan segmen-segmen berbeza seperti nyanyian dan wawancara eksklusif bersama artis yang ditonjolkan.

    Rocketfuel Entertainment juga dikatakan akan berkolaborsai bersama pencipta siri animasi paling popular iaitu Didi & Friends dari Warnakala Studios untuk mencipta ‘bintang virtual-Nya’ yang pertama.

    Selain itu, permintaan yang tinggi terhadap kepelbagaian produk yang terjual di atas talian memberikan peluang buat Rocketfuel Entertainment untuk melancarkan platform dagangan sosialnya sendiri melalui platform artis yang tersedia.

    Di samping itu, Rocketfuel Entertainment dengan bangganya mempersembahkan kolaborasi bersama Genting Group bagi menjayakan konsert karnival hujung minggu yang istimewa di Madison Garden, Genting Highlands. Konsert selama dua hari itu akan merangkumi sesi ramah mesra artis bersama peminat, permainan di taman tema serta kemudahan hotel.

    Rocketfuel Entertainment berbesar hati untuk mengumumkan penglibatannya dalam bidang industri perfileman. Filem berkonsepkan jenayah yang masih belum bertajuk ini akan membariskan bintang-bintang popular dari kalangan artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment sendiri.

    Jaa Suzuran dan pasangan suami isteri terkenal Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bersama dua puteri mereka, Lara Alana dan Lila Amina merupakan artis terbaharu label hiburan Rocketfuel Entertainment.

    Dan yang terbaharu, Rocketfuel Entertainment akan bergabung dengan aplikasi ‘Holla’, sebuah platform unik yang menawarkan laungan khas (shout-out) oleh artis kesayangan mereka dan peminat turut berpeluang merasai pengalaman istimewa bersama-sama artis dan influncer kegemaran mereka.

    Di harapkan ini menjadi titik tolak Rocketfuel Entertainment untuk menerokai pasaran baharu, berkembang maju serta meluaskan pengaruhnya. Dengan pelbagai projek dan pelan masa hadapan dan perkembangan terbaharu, Encik Kenny Ong selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio & Rocketfuel Entertainment yakin bahawa syarikat berada di landasan yang betul dan terus memecut laju.

    Untuk maklumat lanjut tentang Rocketfuel Entertainment, boleh layari laman web www.rocketfuelent.com , Instagram @rocketfuelent atau Youtube Rocketfuel Network.

  • JOE FLIZZOW BAKAL ULANG KEJAYAAN BERSAMA SONAONE DALAM SATU MALAM DI TEMASEK

    Di luar kerjaya seni dan personalitinya, Joe Flizzow nampaknya masih mempunyai sedikit emas di setiap tempat yang dia pergi dalam industri yang tidak dijangka.

    Dia mula terkenal sebagai ahli kumpulan rap terkenal Too Phat, tetapi sejak itu telah membuktikan dirinya sebagai artis hip-hop teratas di negara ini. Pada hakikatnya, dia terkenal sebagai penerbit, penulis lagu, dan ahli perniagaan yang prolifik yang sentiasa mencari untuk memperbaiki dirinya.

    Album solo pertamanya, The President Satu 2009, Anugerah Album Inggeris Tempatan pernah dimenangi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM). Album Bahasa Malaysianya Havoc mencapai tempat teratas dalam senarai iTunes Malaysia pada 2013, dan kejayaan itu diteruskan selepas itu.

    Dia mempunyai beberapa pencapaian, tetapi dia masih mempunyai banyak lagi yang ingin dilakukan. Karya barunya, SATU MALAM DI TEMASEK, yang dibawa balik.

    Gubahan Joe Flizzow SATU MALAM DI TEMASEK dipenuhi dengan lirik yang cerdik yang menyindir dan kaya dengan kiasan, dan sudah pasti ia akan meningkatkan tahap irama hip-hop Malaysia.

    Bersama rakan kongsinya yang sangat berbakat SonaOne, mereka menulis, menghasilkan dan merakam lagu itu sepenuhnya.

    Pautan lagu, ” Imma be an hour late to my funeral ” oleh SonaOne, yang diterjemahkan kepada “Saya akan lewat ke pengebumian saya sendiri,” mencerminkan perjalanan Joe menceritakan perjuangannya melalui cabaran dan, jika perlu, mengatur sejarahnya sendiri .

    Lagu ini juga diharapkan dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengejar impian dan cita-cita mereka.

    Lagu terbaharu daripada Joe Flizzow, SATU MALAM DI TEMASEK, kini boleh diakses pada semua perkhidmatan muzik digital, termasuk YouTube Music, Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX dan Deezer. Bermula 1 Julai 2022 jam 9 malam, peminat boleh menonton video muzik di saluran YouTube Joe Flizzow.

  • Langgar Kontrak, A. Aida Saman Amelia Henderson & Idris Khan

    Penerbit dan Pengarah, Datuk A Aida, tidak akan bertolak ansur dengan dua pelakon tanah air, Amelia Henderson dan Idris Khas dan tetap akan meneruskan saman terhadap mereka kerana melanggar perjanjian kontrak penggambaran sebuah drama terbitan A Aida Production yang berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

    Menurut A Aida, kedua-dua pelakon tersebut yang merupakan hero dan heroin untuk drama terbabit didakwa menarik diri saat-saat akhir dengan memberikan alasan yang tidak munasabah. Dia kehilangan kata-kata dengan dua pelakon tersebut yang melanggar kontrak yang sudah dimenterai. 

    Mereka sepatutnya menjalani penggambaran pada 16 Jun lalu, namun pihak pengurusnya memberitahu dia (Amelia) mahu menarik diri pada malam 15 Jun.

    “Kita dah tandatangan kontrak lama dan mereka dah ambil bayaran pendahuluan lima peratus. Paling saya tersentak bila Idris beritahu, dia ambil drama ini sebab Amelia, jadi bila Amelia tarik diri, dia tarik diri sama,” katanya.

    “Saya pun terkedu kerana tidak profesional langsung. Kita sudah tanda tangan kontrak lama iaitu dua hingga tiga bulan sebelumnya. Dan Mei lalu saya lock dia sebab di Malaysia ini nak cari pelakon watak hero dan heroin bukan senang. Kedua-duanya sudah menandatangi kontrak dan lima peratus bayaran pendahuluan juga sudah diambil,” katanya.

    Selain itu, kata Aida, dia turut memaklumkan pengarahnya, Riza Baharudin sudah menelefon pihak Amelia dan Idris, bagaimanapun panggilan tidak berjawab. Ekoran penarikan diri itu, A Aida berkata dia menanggung kerugian produksi sebanyak lebih kurang RM 150,000. 

    Dalam pada itu, peguambela dan peguamcara dari Zulpadli dan Edham yang mewakili A Aida iaitu Ashmadi Othman berkata, tujuan sidang media itu diadakan adalah lebih kepada tindakan yang bakal diambil oleh A Aida bersama A Aida Production ke atas dua orang artis yang terbabit dalam drama Sekali Lagi Cinta Kembali.

    “Pihak AAP ada menyebut di dalam surat tuntutan kerana Amelia dan Idris mungkir perjanjian dan ada beberapa perkara lain menyusul,” katanya. 

  • Wings Live in Kuching

    Wings bakal melangsungkan konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC pada 15 Julai ini. Dikhabarkan tiket konsert tersebut habis dijual dalam tempoh 15 minit selepas dilancarkan.

    38 tahun bertapak dan menempah nama dalam industri muzik tanah air, Wings merupakan salah satu kumpulan lagenda rock yang cukup disegani.

    Wings yang dianggotai oleh Dato’ Awie selaku vokalis, Syam dan Edrie selaku pemain gitar, Eddie selaku pemain bass dan Black selaku pemain dram.

    Wings kembali menerusi Showcase Wings One Night Only Live in Kuching di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos 2022.

    “Wings adalah kumpulan rock lagenda yang masih utuh sehingga sekarang. Awie sebagai penyanyi utama Wings mempunyai ramai pengikut. Begitu juga lagu-lagu Wings yang masih segar dalam ingatan peminat walau di mana sahaja mereka berada termasuklah di Sarawak,” kata penganjur Bidari Mohamad Suhaili dari BMS EVENT.

    Menerusi penganjuran Showcase Wings One Night Only Live in Kuching, Bidari berharap konsert ini mendapat sambutan sekaligus dapat membantu badan bukan kerajaan (NGO) National Cancer Society Cawangan Sarawak.

    Sementara itu, penganjur bersama, Pengarah Urusan HS Shazlicious berkata Mubarak Akhtar berkata, “Kuching antara lokasi yang sentiasa dinantikan peminat Wings di sana.

    “Sebenarnya sudah 10 tahun Wings tidak buat showcase atau konsert di Sarawak. Wings ada peminat di sana. Malah Kuching juga antara bandar besar nak buat konsert. Jadi, kita harap dengan adanya Showcase Wings One Night Only Live in Kuching ini peminat Wings boleh hadir bagi mengubat rindu. Dalam masa sama, mereka boleh membuat sumbangan untuk tabung National Cancer Society cawangan Sarawak.

    Penganjuran Showcase Wings One Night Only Live in Kuching dibuat seminggu selepas Showcase Romantika Awie di Kota Kinabalu, Sabah.

    “Dato’ Awie selaku penyanyi tidak ada masalah kerana lagu-lagu Wings dan Awie berbeza. Awie bersetuju untuk menjayakan dua persembahan besar ini dalam jarak seminggu. Malah dari segi latihan pun tak ada masalah. Bagi Awie, cukup masa rehat seminggu. Lagi pula range muzik Wings dan lagu solo Awie berbeza. Jadi tak ada masalah buatnya,” tambahnya lagi.

    Konsert selama dua jam itu bakal menyaksikan Wings menyampaikan hampir 20 lagu.

    Harga tiket dibahagikan kepada beberapa kategori dengan harga bermula dari RM3000 hingga RM12,000 untuk 10 orang semeja. Tiket akan mula dijual pada 24 Jun melalui pasukan pemasaran BMS Event. Penempatan meja adalah berdasarkan harga dan first come first serve basic.

  • Showcase Awie Romantika, Dato’ Awie & Erra Fazira kembali bersama

    Dato’ Awie masih seorang yang hebat, terbukti dengan kejayaan pementasan Konsert Awie Romantika di Stadium Malawati Shah Alam pada tahun 2020.

    Selain itu, acara yang turut menampilkan penyanyi dan pelakon Erra Fazira itu mengimbau kembali kenangan indah mereka tentang kejayaan Sembilu dan Sembilu 2 serta kenangan ketika itu.

    Peminat meleraikan dan terus jatuh cinta kerana ditenangkan dengan alunan muzik lagu solo Awie yang indah, antaranya Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Di Bayang Awan, Ratuku, Di Penjara Janji, dan banyak lagi. Awie, 54, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, menyanyikan lagu tersebut.

    Awie Entertainment, HS Shazlicious, dan FazBuzz Event & Media Sdn Bhd menyampaikan Showcase Awie Romantika di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Ogos 2022, sebagai menyahut aura konsert yang masih berlegar di hati orang ramai. kenangan selepas dua tahun.

    Menarik untuk diperhatikan bahawa Erra Fazira, wanita terkemuka pawagam Melayu, juga dipaparkan dalam Showcase Awie Romantika, yang berdasarkan idea menjamu selera dengan penjualan meja ini.

    Selain gandingan dengan Erra yang turut dinanti-nantikan peminat, pilihan Awie adalah baik, menurut Pengarah Urusan FazBuzz Event & Media dan ketua penganjur rancangan Fazura Azima AG Sha.

    “Sebenarnya, selepas kejayaan Konsert Romantika Awie dua tahun lalu, memang kami ada perancangan untuk membawakan persembahan ini di Sabah tapi tertunda ekoran pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selepas semuanya kembali normal, saya kira ini waktu sesuai untuk teruskan. Lagi pula di Sabah sudah lama tidak ada persembahan besar ‘live’ penyanyi dari Kuala Lumpur.

     “Sebelum ini saya pernah bekerjasama dengan Awie sempena persembahan Minggu Setiausaha pada awal tahun 2000 di Sandakan. Boleh dikatakan kenalan lama dan tahu kredibilitinya sebagai penghibur. Baru-baru ini dia ada datang di Kota Kinabalu bagi menjayakan sebuah persembahan. Nampak sangat dia penyanyi yang ada kualiti suara yang boleh menghiburkan peminat.

     “Kiranya membawakan semula Awie bersama Erra pasti berbaloi apatah kejayaan pada konsert sebelum ini. Kalau tidak, saya pun tak berani nak bawa mereka. Bagi saya, Awie ialah penyanyi legenda yang masih kekal dengan suara dan persembahan. Erra pula ikon yang masih digilakan. Gandingan ini akan menjadi impak baik,” katanya.

    Menurut Faz, dia menyerahkan semua tanggungjawab berkenaan konsep dan pemilihan muzik rancangan itu kepada Awie Entertainment.

    “Konsep, lagu dan apa saja berkaitan persembahan saya serahkan kepada pihak Awie. Saya beri kepercayaan penuh dan tambah idea sikit-sikit saja. Sebab mereka sudah pernah buat jadi pengalaman itu sudah ada.

     “Dalam masa sama, pada Showcase Romantikan Awie ini juga penonton boleh berhibur sambil menderma. Semua tahu di Sabah ada beberapa kawasan yang sebelum ini terkena banjir besar dan ramai keluarga terkesan. Jadi, kita mahu membantu mereka dengan sedikit sumbangan,” katanya.

    Menurut Mubarak Akhtar, pengarah urusan HS Shazlicious dan penganjur bersama Awie’s Romantic Showcase, konsert itu diteruskan pada persembahan itu, menjadikan gandingan Awie dan Erra masih relevan.

     “Persembahan ini adalah kolaborasi kedua Awie dan Erra. Kenapa kembalikan persembahan ini kerana yang pertama memang ‘meletup’. Cuma Kali ini kembalikan dalam konsep makan malam. Bukan tak berani konsert, tapi buat skala medium dulu. Sambutan yang pertama tu tiket habis dan memang di luar jangka sebab mengembalikan nostalgia mereka dalam filem. Sama macam konsert, Showcase Romantika Awie ini juga bukan menyanyi semata-mata, tapi ada sedikit lakonan atas pentas. Peminat nak tengok itu daripada mereka.

     “Kalau nak cakap soal relevan, sebenarnya artis lama ni masih relevan. Kebanyakan penyokong mereka dalam umur mereka. Macam baru-baru ini pun kebanyakan konsert orang lama semua laris. Jadi orang masih nak tengok dan tertunggu-tunggu. Apatah lagi selepas pandemik Covid-19.

     “Sebagai penganjur bersama, harapan saya agar sambutan tiket Showcase Romantika Awie ini juga laris seperti mana saya buat Raikan Cinta Ramadan Wings pada Ramadan lalu yang mana tiket laris dalam masa lima hari. Jadi, jelas peminat Awie masih ada. Awie dan Erra ini pun ada peminat tersendiri,” katanya.

    18 lagu, termasuk duet, dijadualkan dipersembahkan semasa persembahan Awie Romance selama satu setengah jam. Pengarah Muzik Rozario, Ritz Metal Asia (gitar), Fly (bass), dan Paie membentuk barisan pemuzik yang akan membuat persembahan bersama kumpulan (dram).

    Selepas sidang media pada 23 Jun lalu, tiket konsert Awie di Kuala Lumpur boleh dibeli. RM12,000 untuk Platinum (Meja untuk 10 orang). RM8,000 untuk Gold (Meja untuk 10 orang). Silver: RM 5,000 (Meja untuk 10 orang). Bronze: RM3,500 (Meja untuk 10 orang).

    Hubungi Zul Sayap Wings di talian 010-2480106 atau Shasha dan Sofiq di talian 012-3636790 untuk tempahan. Anda juga boleh menghubungi Perry Hussin di 013-8688282, Fernalis di 011-1002383, dan Hana di 019-6928417.

  • Single Seorang Kakitangan KKM Mendapat Sambutan Hangat di Indonesia

    Lagu single seorang penyanyi yang masih bertugas sebagai kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meletop di Indonesia. Penyanyi itu ialah Aida Elias aau lebih dikenali di sebelah Utara sebagai Mami Aida.

    Pada awal tahun, dia telah merakan sebuah lagu single yang bertajuk “Cari Pacar’ tetapi oleh kerana peraturan yang sangat ketat di Malaysia pada ketika itu untuk membuat persembahan, single itu telah dilancarkan di Indonesia pada bulan Febuari 2022. Lagunya telah mendapat sambutan yang hangat di stesen-stesen radio Indonesia. Lagu ini telah menempatkannya di carta lagu dangdut Indonesia di posisi ke-2 radio di sana.

    Mami Aida bakal melakar sejarahnya tersendiri di Malaysia apabila dia akan menganjurkan Showcase pertamanya di Kuala Lumpur “Mami Aida Live di Hard Rock Cafe” pada 16 Julai 2022 depan. 

    Showcase ini telah dianjurkan oleh BEST FBKL Concerts dan Muzik Dua Karya untuk mengenalkan artis rakaman baru dalam industri muzik tempatan kepada Rakyat Malaysia khususnya di luar Pulau Pinang.

    Mami Aida Bakal akan mendendangkan 15 lagu semasa showcasenya. Dia bakal
    mempersembahkan lagu daripada beberapa genre termasuk balada, rock dan dangdut. Selain daripada nyanyi lagu singlenya dan lagu dangdut lain, dia akan buat tribute kepada dua artis yang telah menjadi inspirasi kepadanya iaitu Ziana Zain dan Liza Hanim.

    Aida Elias (Lahir 15 Januari 1980) adalah anak seni kelahiran Pulau Pinang berketurunan Jawi Peranakan dikenali sebagai PENGHIBUR di Utara Malaysia kerana aktif di pentas sebagai penyanyi, pengacara, pelakon dan sering mengendalikan pentas dalam bentuk jenaka secara spontan. Aida Alias juga seorang kakitangan kerajaan yang masih bertugas di KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dari Tahun 2007 sehingga ke hari ini iaitu bagi tahun ke 15, Aida Elias membahagikan masa waktu kerja sebagai staf KKM, Penghibur dan ibu kepada 3 org anak.

    Aida pernah menjadi antara barisan pelakon di dalam beberapa TELEMOVIE di Astro,
    antaranya SELAMAT PAGI ABANG POSMEN arahan Zulkiflee M Osman, CINTA DI
    KAKI GUNUNG JERAI arahan Khalid Sulaiman dan banyak lagi.
    Aida sangat aktif mengadakan persembahan secara tertutup untuk VIP-VIP di hotel
    terkemuka dan dia juga turun padang membuat persembahan di Karnival seperti Karnival Pulau Pinang Selain di Malaysia, Aida pernah mengadakan persembahan di Indonesia bersama band terkenal PALLAPA. Aida mendapat sambutan baik ketika mengadakan persembahan di Singapura di konsert DANGDUT MAUT 2019 anjuran Seri Maharani Events Singapore.

    Aida Elias sebelum ini pernah viral di FACEBOOK ketika mengadakan persembahan di
    Pantai Murni, Yan Kedah bersama band beliau SERA SIX BAND sebelum PKP dengan
    lagu Perawan Atau Janda dan video tular tersebut mencecah 3.7 juta tontonan.

    Memegang gelaran artis rakaman serta masih lagi bertugas sebagai staf di KKM sesuatu yang bukan mudah untuk dilakukan serentak namun 3 cahayamata menjadi inspirasi dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan dalam karier dan kehidupan.

    Peminat yang ingin menyaksikan Showcase “Mami Aida Live DI Hard Rock Café pada 16 Julai boleh mendapatkan tiket menerusi laman sesawang myticket.asia 

  • Slot Dahlia TV3 Mempersembahkan ROXY Mulai 25 Jun 2022, Setiap Sabtu & Ahad, 7.00 Malam

    Aqil bertindak untuk mencari jalan penyelesaian apabila dia penat dengan pelbagai karenah pembantu rumah yang merungsingkan namun tidak disangka tindakannya bakal menimbulkan kekecohan dalam keluarganya malahan seluruh kawasan kejiranan turut riuh mengenai kewujudan ROXY selaku pembantu rumah baharunya.

    Aquila Emas Sdn Bhd menerbitkan sebuah drama bersiri komedi sebagai tayangan penonton TV3 di slot Dahlia berjudul ROXY pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 7.00 malam.  Drama sebanyak 20 episod ini merupakan arahan M.Nazir Juhan ataupun lebih dikenali sebagai Jet Lee dan nukilan skrip oleh Adza Emie, Azal Ezreen serta Intan Zarina Hassan.  Pelakon-pelakon handalan tanah air digabungkan menerusi drama ini seperti Azlee Khairi, Eira Syazira, Nadiyah Shahab, Aqeesh Aleeya, Nik Adam Mika, Zizan Nin, Tony Eusoff, Zack Kool, Kween Keela, Oktovia Manrose, Roy Azman, Atu Zero, Chiwan Chilokk, Amyza Aznan dan ramai lagi.

    ROXY mengisahkan kehidupan sepasang suami isteri berkerjaya iaitu Aqil lakonan Azlee Khairi dan Arissa yang dilakonkan oleh Eira Syazira yang sering berhadapan dengan masalah pembantu rumah yang melarikan diri berikutan Aqil dan Arissa amat sibuk dengan kerjaya dan sangat mengharapkan pembantu rumah yang cekap dan boleh dipercayai untuk menguruskan dua orang cahaya mata mereka iaitu Amira dan Amar.

    Aqil bertindak membawa pulang sebuah robot persis manusia yang telah rosak di dalam setor syarikatnya sebagai solusi masalah pembantu rumah yang melarikan diri.  Kehidupan harian mereka lebih terurus dan berjalan lancar pada peringkat kehadiran ROXY (Nadiyah Syahab) hasil pemberian nama oleh Amar.  Amira dan Amar kini menganggap ROXY sebagai penjaga dan teman sebaya mereka yang jujur, amanah dan setia apabila ibu bapa mereka semakin sibuk dengan kerja.

    Selain itu, kekecohan dan insiden yang lucu mula timbul selepas kehadiran ROXY seperti pegawai keselamatan di taman perumahan itu iaitu Domi dan Bidin telah jatuh cinta dengan ROXY yang dipercayai sebagai seorang gadis sempurna, bukan itu sahaja Pakcik Murad berkenan untuk menjadikannya sebagai menantu.  Isteri Pakcik Murad, Makcik Norlela pula sentiasa mahu mencungkil rahsia ROXY kerana beranggapan ROXY ialah pendatang asing tanpa izin.  Bukan itu sahaja, ROXY turut dilamar oleh seorang pakar dermatologi iaitu Dr. Rosli sebagai duta produknya serta-merta membuatkan Puan Maria berasa cemburu kerana selama ini hanya dia yang menjadi duta untuk produk suaminya.

    Ingin tahu apakah akan terjadi pada ROXY? Adakah robot ini merupakan penyelesaian terbaik dan pembantu rumah sempurna bagi keluarga Aqil dan Arissa? Jangan ketingalan untuk menyaksika ROXY menerusi slot Dahlia mulai 25 Jun 2022, setiap hari Sabtu dan Ahad pada jam 7.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

  • Video Keselamatan Dalam Penerbangan Baharu Dari Malaysia Airlines

    Video keselamatan dalam penerbangan Malaysia Airlines menggabungkan dunia seni persembahan, budaya dan keselamatan penerbangan yang mempesonakan. Daripada gimnas Olimpik yang menunjukkan kedudukan pendakap semasa kecemasan, kumpulan gegar menggesa penumpang supaya tidak merokok di dalam pesawat, hinggalah watak kelab bola sepak Harimau Malaya yang menyanyikan kepentingan keselamatan tali pinggang keledar.

    Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May, berkata, “Keselamatan adalah sangat penting untuk Malaysia Airlines kerana ia adalah dalam DNA kami, itulah sebabnya kami berbesar hati untuk mendedahkan ‘Satu Dua Tiga, Jom!’ sebagai maklumat bermaklumat.” Video ini merangkumi budaya terbaik Malaysia, seni persembahan, dan sudah tentu Hospitaliti Malaysia yang terkenal.

    Video itu dihasilkan dengan kerjasama Enfiniti, kumpulan syarikat Malaysia yang memenangi anugerah mencipta pengalaman bertaraf dunia merentasi hiburan, pelancongan dan pendidikan. Antara kameo ialah: Dr. Mazlan Othman, ahli astrofizik pertama Malaysia; Farah Ann Abdul Hadi, gimnas artistik; Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Pengasas MERCY Malaysia; Francisca Luhong; Miss Universe Malaysia 2020, antara lain. Ia ditayangkan pada acara yang diadakan di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya.

    Filem Puan Sri Tiara Jacquelina telah ditugaskan oleh Malaysia Airlines untuk memberi harapan kepada industri seni persembahan dan hiburan yang terjejas teruk akibat wabak itu. Filem ini menjalani penggambaran selama 3 hari dan malam dengan sepasukan 150 penghibur, krew teknikal dan pengarah bersama, dengan pasukan Malaysia Airlines, ketika menunaikan ibadah puasa Ramadan.

    Mulai Ogos 2022, penumpang yang menaiki Malaysia Airlines akan berpeluang melihat versi padat video keselamatan yang dikemas kini di atas kapal, dengan versi penuh akan datang tidak lama lagi sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam penerbangan yang komprehensif. Daftar untuk menjadi ahli Enrich di www.enrich.com untuk mula memperoleh Enrich Points dan pastikan anda memuat turun Aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan promosi terkini dengan mudah di hujung jari anda, pada bila-bila masa dan di mana sahaja!