Category: ATTRACTION

  • GELAGAT NAKAL DARA AKAN MENCUIT HATI DI SLOT LESTARY

    Akan sentiasa ada konflik apabila Hariz dan Dara bertembung! Dara memaksa Hariz berlakon sebagai teman lelakinya semasa berada di kampung demi menyelamatkan diri. Dara tidak akan pernah jatuh cinta dengan Hariz memandangkan dia tidak sesuai dengan gadis Kuala Lumpur sepertinya ini. Adakah permusuhan ini akan berubah kepada cinta? Nantikan kesudahan drama romantik komedi lakonan Syafiq Kyle dan Riena Diana yang ditayangkan pada 24 Ogos pukul 9.00 malam. dari hari Rabu hingga Sabtu. Ia juga akan tersedia untuk distrim di iQIYI sehari selepas siaran TV3nya.

    Barisan pelakon tempatan yang mengagumkan antaranya Riena Diana, Syafiq Kyle, Sean Lee, Shah Rezza, Rozita Che Wan, Afifah Nasir dan lain-lain bakal muncul dalam drama bersiri 20 episod terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd ini.

    Ibunya telah bersedia untuk menghantar Dara pulang ke kampung kerana tidak gemar dengan gaya luncur air yang agresif, tetapi sebaliknya meminta nasihat Kak Ros (Rozita Che Wan) tentang cara melatih dan melembutkan tingkah laku anaknya. Kerana berkongsi kedai runcit dengan bapa Hariz, Dara dan Hariz yang bergaduh di Kuala Lumpur kini bertembung di kampung halaman di Kuala Selangor.

    Ibunya ingin memperkenalkan Dara kepada anak kawannya dalam usaha membentuk semula watak Dara menjadi seorang yang lemah lembut dan peramah. Dara mengajak Hariz menjadi teman lelaki sementaranya memandangkan dia tidak mahu dipaksa untuk bertemu lelaki itu. Dara mesti berikrar tidak akan jatuh cinta dengan Hariz sebelum dia menerima menjadi kekasihnya.

    Mampukah Dara dan Hariz berbaik semula demi mengekalkan hubungan rekaan mereka? Adakah Dara mampu mengikut komitmennya untuk tidak jatuh cinta dengan Hariz? Jangan ketinggalan drama menyayat hati ini dalam slot masa Lestary, yang akan bermula pada 24 Ogos dan disiarkan setiap hari Rabu hingga Sabtu pukul 9:00 malam, serta di perkhidmatan penstriman iQIYI sehari selepas ia disiarkan di TV3. Selain itu, penonton boleh mendapatkan sari kata Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia percuma pada bila-bila masa dengan melayari www.iQ.com/local atau dengan memuat turun aplikasi iQIYI daripada App Store atau Play Store. Akses VIP ekspres untuk drama ini tersedia kepada pelanggan VIP iQIYI, membolehkan penonton menonton episod terbaharu 1 jam selepas ia disiarkan di TV3, manakala pengguna percuma boleh menonton 48 jam kemudian.

    Sejak dilancarkan di Malaysia pada tahun 2020, iQIYI telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan, meningkatkan pangkalan penggunanya dengan faktor 15 atau lebih. iQIYI disenaraikan sebagai perkhidmatan penstriman Asia teratas di Malaysia untuk pertumbuhan keseluruhan pada 2021 berdasarkan jumlah muat turun, jumlah pengguna aktif bulanan dan jumlah masa platform.

    Lawati akaun media sosial TV3 di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram (@TV3Malaysia, @dramasangat) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai drama kegemaran anda.

  • Rakaman semula “Buat Insan Tersayang” popularkan Ahmad Syafiq dan Wawa Shazwa

    Menjadi trend industri muzik tempatan ketika ini apabila lagu malar segar era 90-an dirakam semula dengan susunan muzik baharu dan dinyanyikan oleh penyanyi baharu.

    Ternyata rakaman semula lagu-lagu lama mendapat sambutan hebat pendengar kini dan menjadi siulan golongan generasi baharu seperti lagu Mahligaimu Dari Airmataku, Mengintai Dari Tirai Kamar, Tragedi Cinta,Resah Kerinduan dan Dalam Diam Aku Mencintaimu.    

    Terbaharu, syarikat rakaman Nova Music tidak ketinggalan untuk merakam semula lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu iaitu lagu “Buat Insan Tersayang” yang dinyanyikan sebelum ini oleh Ashira dan Eddie Hamid.

    Lagu ciptaan Eddie Hamid yang dikeluarkan pada tahun 2000 itu dirakam semula oleh penyanyi muda, Ahmad Syafiq dan pendatang baharu, Wawa Shazwa.

    Ahmad Syafiq, 22, juga naib juara program Lagu Cinta Kita musim kedua berkata, dia pada awalnya terkejut apabila mendapat tawaran untuk merakamkan semula lagu “Buat Insan Tersayang” itu.

    Apatah lagi menurut Syafiq, dia tidak biasa mendengar lagu itu walaupun mengetahui sejarah lagu terbabit yang pernah mencipta fenomena satu ketika dahulu..

    Saya pada mulanya rasa terkejut dan takut sebab genre lagu ini berbeza sangat dengan lagu-lagu yang saya rakam sebelum ini. Lagu ini macam ada lenggok dangdut sikit. Tapi lagu ini sebenarnya balada dan sedih. Melalui versi terbaru ini, kami beri nafas baharu dengan susunan yang lagi rancak tapi ia masih lagu sedih. 

    Dalam masa sama, saya berasa beruntung dipilih oleh abang Eddie Hamid sebab lagu ini dulu dikeluarkan pada tahun 2000, tahun kelahiran saya sendiri. 

    Sejujurnya, dari kecil saya jarang sangat dengar lagu ini walaupun saya tahu kewujudannya. Saya tak pernah ambil tahu lagu ini sebab lagu ini meletup sewaktu saya kecil lagi dan tahun itu saya baru lahir. Jadi apabila diberi tugas dan peluang untuk menyanyikan semula lagu ini, saya rasa teruja. Lagu ini pula kena dengan saya yang berjiwa jiwang,” katanya.

    Mengenai trend merakamkan semula lagu lama, Syafiq tidak menolak ia sesuatu yang berleluasa sekarang dan secara tak langsung mampu menonjolkan lagi namanya di persada muzik tanar air.

    Lagu lama dijadikan single baru sekarang ini memang sangat ‘trending’. Ia menjadi seakan satu ‘ombak’ dalam industri seni nyanyian ini. Boleh dikatakan ramai artis baharu macam Fieya Julia, Luqman Faiz, Amsyar Leee, Afieq Shazwan dan Tajul sudah buat. Tidak dinafikan, nama mereka semakin popular setelah menyanyikan semula lagu lama berkenaan. 

    Bagi rakaman semula lagu Buat Insan Tersayang ini saya anggap kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada, tak adalah. Cuma lagu ini dia agak ringan sikit dan ‘feel’ tak berat macam dulu. Muzik video pula bertemakan ala filem Bollywood, katanya.

    Berkongsi mengenai gandingannya dengan Wawa Shazwa, Syafiq mengakui timbul sedikit kesukaran pada awalnya kerana perbezaan vokal antara mereka.

    Saya dapat bergandingan dengan seorang penyanyi baharu yang juga artis baharu Nova Music iaitu Wawa Shazwa daripada kumpulan Darul Aman Buskers. Dia pernah tular di YouTube jadi rasa terkejut dan takut sebenarnya kali pertama digandingkan dengan dia. Apa-apa pun, saya telah buat yang terbaik untuk sampaikan lagu ini bersamanya.

    Cuma, pada mulanya kami menghadapi sedikit kesukaran untuk menyanyikan lagu ini bersama sebenarnya. Sebab ada perbezaan antara vokal saya dengan Wawa. Vokal Wawa bila makin tinggi makin halus suaranya dan saya jenis vokal yang lebih lantang. Jadi nak menyeimbangkan vokal kami ambil masa juga.

    Wawa pandai menggunakan kelebihan yang ada pada suaranya. Dia ada keunikan suara, kalau nyanyi lagu yang ada lenggok-lenggok sebegini, memang ‘makanan’ Wawa sebenarnya. Saya pula kena haluskan sedikit suara supaya tak menjadi macam bapak dengan anak menyanyi. Dari situ, baru nampak macam pasangan kekasih yang menyanyi. Sukar jugalah untuk sesi rakaman lagu ini, katanya.

    Sementara itu, Wawa, 22, atau nama sebenarnya Nor Shazwa Atiqah Shamshul meluahkan rasa bertuah apabila dipilih menyanyikan lagu “Buat Insan Tersayang” yang pernah dipopularkan oleh Ashira dan Eddie Hamid.

    Perasaan saya apabila dapat lagu lama yang dikeluarkan pada tahun 2000 iaitu tahun kelahiran saya dan dipilih untuk menyanyikan lagu ini sudah tentu berasa bertuah. Ia disebabkan generasi sekarang dan saya sendiri pun tak pernah tahu lagu lama macam itu. 

    Saya rasa bangga sebab dipilih untuk menyanyikan dan menaikkan semula lagu zaman dulu. Tapi sejujurnya saya tak biasa dengar lagu ini sebab lagu yang lama-lama memang jarang saya dengar. Jadi apabila dapat nyanyi semula lagu ini barulah saya tahu mengenai lagu ini. Rupanya lagu ini seronok, kata-kata dan liriknya sangat menarik, katanya.

    Menjadi pengalaman pertamanya merakamkan lagu di studio, Wawa berharap kemunculannya bersama Syafiq menerusi lagu “Buat Insan Tersayang” itu dapat diterima baik.

    Walaupun ini sekadar lagu rakaman semula, tapi ia memberikan pengalaman baharu buat saya. Ia sangat berharga dan memberikan banyak ilmu baharu dalam diri. Ternyata ia bukan semudah disangka. Banyak lagi yang perlu saya pelajari jika mahu terus mengorak langkah dalam bidang seni ini.

    Terima kasih kepada Nova Music kerana memilih saya untuk menggalas tanggungjawab ini. Terima kasih juga kepada Abang Eddie Hamid kerana membantu sepanjang proses rakaman. Saya berharap lagu ini dapat diterima baik seperti mana ia pernah popular suatu ketika dahulu. Paling penting, saya dan Syafiq sudah memberikan yang terbaik dalam lagu ini dengan cara nyanyian kami tersendiri, katanya. Video muzik rasmi lagu Buat Insan Tersayang yang dirakam di Desaru, Johor Bahru baru dimuatnaik ke saluran YouTube Nova Music Videos pada 5hb. Ogos 2022 yang lalu.

  • Rumah Ngaji siap sedia anjur Malaysia #QuranHour

    Rumah Ngaji siap sedia anjur Malaysia #QuranHour

    SHAH ALAM – Beberapa Rumah Ngaji di bawah Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) telahpun membuat persediaan rapi di lokasi masing-masing sempena Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung pada 30 Ogos depan.

    Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton @Zariyah Abdullah berkata, pihaknya memilih Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara sebagai lokasi utama penganjuran Malaysia #QuranHour pada tahun ini.

    Menurutnya, selain lokasi utama tersebut, pihaknya turut memberikan autoriti kepada 39 Rumah Ngaji di Pulau Pinang untuk menganjurkan program berkenaan di lokasi masing-masing.

    “Sebagai contoh, kita ada Surau Al-Muttaqin, Surau Al-Falah, Masjid Permatang Tok Gelam, Masjid Umar Abdul Aziz dan beberapa sekolah agama dan dewan-dewan komuniti.

    “Insya-ALLAH kita akan usahakannya supaya sambutan Malaysia #QuranHour tahun ini mencapai objektif, di samping menghidupkan lagi semangat tersebut di setiap Rumah Ngaji di Pulau Pinang.

    “Selain itu, kita juga mendapat sokongan daripada Pejabat Mufti Pulau Pinang dalam melaksanakan Malaysia #QuranHour, malah mereka sendiri akan turut serta menjayakan program ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sewaktu kunjungan muhibah di WUIF @Karangkraf di sini pada Sabtu.

    Kunjungan muhibah itu dihadiri oleh 30 peserta Rumah Ngaji Pulau Pinang, manakala 86 peserta lagi dari Rumah Ngaji Pahang.

    Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff yang mana turut berkongsikan dengan lebih terperinci mengenai program yang akan diadakan itu.

    Tambah Zaiton, sambutan Malaysia #QuranHour yang diadakan tahun ini turut memberi fokus kepada cara untuk menarik rakan-rakan bukan Muslim untuk bersama-sama bersujud kepada ALLAH SWT.

    “Walaupun hanya dengan sepotong ayat, sekurang-kurangnya mesej kita sampai kepada mereka. Mudah-mudahan ia memberikan ‘Nur’ dan juga ‘Hidayah’,” katanya.

    Sementara itu, Penyelaras Rumah Ngaji Pahang, Mohd Rozamli Mohd Rozak berkata, persediaan untuk program Malaysia #QuranHour sudahpun mencapai 70 peratus ketika ini dan antara lokasi utama yang dipilih ialah Maahad Tahfiz Negeri Pahang.

    Mohd Rozamli dan Zaiton

    Mohd Rozamli dan Zaiton

    Menurutnya, program tersebut juga akan dirasmikan oleh Exco Agama negeri berkenaan.

    “Dari segi kempennya pula, kita akan salurkan melalui Jabatan Agama, Jabatan Mufti, pihak Yayasan Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri dan 31 Rumah Ngaji peringkat cawangan masing-masing.

    “Rakan sinergi kita pula antaranya Maahad Tahfiz itu sendiri dan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM).

    “Justeru, dari segi persiapan kita sudah capai hampir 70 peratus dan sekarang ini kita ke arah untuk perkasakan lagi kempen Malaysia #QuranHour. Kita ada lebih kurang 10 hari. Jadi ruang-ruang yang ada ini kita besarkan gelombang bagi menampakkan semarak Malaysia #QuranHour di Pahang. Itu yang kami cuba aturkan,” katanya.

    Ditanya mengenai surah al-Sajdah yang menjadi tema pada program tersebut, beliau berpandangan, ia merupakan satu penawar kepada permasalahan isu kemasyarakatan ketika ini.

    Katanya, masyarakat sukar untuk kembali ke pangkal jalan berikutan isu kesombongan yang ada dalam diri masing-masing.

    “Justeru, masing-masing perlu tunduk kepada aturan yang sepatutnya. Kalau kita boleh memanfaatkannya dalam kehidupan kita dengan bertadabbur kepada surah al-Sajdah terutama ayat 15, ia akan menjadi penawar kepada segala permasalahan,” katanya.

    Sumber

  • Masjid Razaleigh lokasi Malaysia #QuranHour di Kelantan

    Masjid Razaleigh lokasi Malaysia #QuranHour di Kelantan

    Malaysia #QuranHour bagi negeri Kelantan akan diadakan di Masjid Razaleigh, Gua Musang pada 30 Ogos ini. Gambar kecil: Adnan

    Malaysia #QuranHour bagi negeri Kelantan akan diadakan di Masjid Razaleigh, Gua Musang pada 30 Ogos ini. Gambar kecil: Adnan

    KOTA BHARU – Masjid Razaleigh Gua Musang yang menyerupai model Masjidil Haram, Makkah terpilih sebagai lokasi berlangsungnya Malaysia #QuranHour bagi negeri Kelantan yang akan diadakan pada 30 Ogos ini.

    Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Datuk Adnan Hashim berkata, program membudayakan al-Quran itu akan berlangsung serentak di seluruh negara dan bagi Kelantan, ia pertama kali diadakan di luar ibu negeri Kota Bharu.

    Katanya, penganjuran program oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada tahun ini mendapat penajaan utama rakan sinergi daripada Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang beribu pejabat di Gua Musang.

    “Masjid Razaleigh yang baru beroperasi ini amat selesa dan sesuai sebagai lokasi orang ramai menyertai Malaysia #QuranHour di Kelantan pada 30 Ogos ini bersempena Bulan Kebangsaan dengan tema Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

    “Lebih 3,000 peserta disasarkan hadir untuk membaca al-Quran, bertadabbur surah Al-Sajdah dan membaca doa Malaysia Teguh Bersama selama sejam bermula 12 tengah hari,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

    Adnan berkata, lebih istimewa Malaysia #QuranHour di Kelantan akan menampilkan johan qari Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/ 2020M, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang berstatus orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan untuk mengetuai bacaan.

    Malaysia #QuranHour akan diadakan pada 30 Ogos ini.

    Malaysia #QuranHour akan diadakan pada 30 Ogos ini.

    “Beliau akan membaca al-Quran braille bersama seorang lagi kanak-kanak OKU berusia 10 tahun yang pekak dan bisu.

    “Bacaan juga akan berlangsung serentak di 10 lokasi terpilih antaranya surau Mydin Mall, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Rumah Ngaji Ala Perupok, Bachok dan Rumah Ngaji Tahsinul Quran Muslimah (TQMAH) di Kampung Sering,” kata beliau.

    Menurut Adnan, uniknya Malaysia #QuranHour di Kelantan akan turut diadakan pada sebelah petang bermula jam 2.30 yang akan melibatkan penyertaan khusus pelajar di lebih 10 sekolah menengah di daerah Gua Musang.

    “Mereka akan membaca al-Quran, bertadabbur dan berinteraksi secara berkumpulan menerusi 12 orang sukarelawan.

    “Mereka terdiri daripada golongan profesional muda seperti doktor, pegawai perubatan dan farmasi yang dilatih sebagai penggerak Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan,” katanya.

    Sumber

  • SIDANG MEDIA: PELUANG KEDUA BUAT NASHRAIN MELALUI ‘DAHLIA’

    Betullah kata orang tuah itu tidak pernah salah alamat, mungkin sedikit lewat, namun bagi penyanyi lelaki berpengalaman bersuara lunak, Nashrain, peluang kedua yang diberikan oleh label rakaman terbaharu tanah air yang kian terkenal, Armani Entertainment Group (AEG) tidak harus dipersiakan.

    Terbaharu, beliau hadir dalam sebuah sidang media bagi memperkenalkan single pertamanya di bawah naungan AEG berjudul ‘Dahlia’ hasil ciptaan komposer terkenal, Anas Amdan yang telah pun dilancarkan pada 29 Julai yang lalu.

    “Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya diberikan peluang kedua yang tidak ternilai ini hasil kepercayaan pihak AEG yang ‘nampak’ bakat yang saya ada. Selain itu, platform yang disediakan pihak rakaman lengkap kerana mempunyai team yang cekap dan sentiasa membantu saya dalam apa jua perkara,” ujar bapa kepada Ozil dan Ardhani ini.

    Single Dahlia yang sudah pun mencapai lebih 70,000 jumlah tontonan di YouTube sejak dilancarkan rata-ratanya menerima respon yang sangat memberangsangkan, tambah Nashrain, “Semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan dan walaupun masih baharu saya percaya lama-kelamaan ia akan membuahkan hasil kerana kejayaan tidak diraih dalam sekelip mata. Kebanyakan komen yang saya terima, ramai yang tertunggu bila saya akan muncul dengan lagu baharu setelah tidak muncul dengan mana-mana single setelah sekian lama.

    “Selain itu, sidang media pada kali ini juga turut menampilkan rakan-rakan seperjuangan saya seperti Emeer Bakri dan Yunadia yang masing-masing telah muncul dengan single mereka.

    “Dan melalui sidang media yang diadakan ini juga dapat mengumpulkan kesemua rakan media yang sudah lama tidak saya temui, yang penting dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

    Menurut Nashrain, Dahlia mempunyai signifikasi yang istimewa dalam hidupnya, jelas beliau, “Lagu ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan, tambahan pula kita baharu sahaja dalam fasa pemulihan sejak berlakunya bencana COVID-19, ramai yang kehilangan orang tersayang dan ada pula terpaksa berjauhan dengan keluarga, sebagai ketua keluarga saya harus menggalas tanggungjawab ini demi mencari rezeki dan mengejar cita-cita.

    Sebagai penyanyi berpengalaman, Nashrain percaya pada bakat kerana tanpa bakat tidak akan kemana-mana, katanya, “Dalam dunia serba moden ini, pembangunan teknologi digital hanya membantu dari belakang dan buka nombor satu, jadilah penyanyi yang sentiasa bersiap siaga, dan hargai sokongan peminat.

    “Saya tidak mengejar kemasyhuran, saya betul-betul ikhlas dalam berkarya dan langkah pertama saya adalah menembusi pasaran arus perdana dan membuktikan kemampuan saya yang sebenar.

    Menurut Dato’ KK Chua, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Armani Media, “Sidang media pada hari ini selain ingin memperkenalkan Nashrain, Emeer Bakri dan Yunadia, merupakan usaha AEG dalam memperkenalkan bakat baharu dan juga berpengalaman dengan menyediakan platform yang lengkap buat mereka yang betul-betul berkelayakan dan mempunyai pakej yang lengkap.

    Layak digelar comeback kid, Nashrain percaya peluang itu terbuka luas jika sabar dan yakin, “Untuk peminat yang mengenali saya, lagu ini untuk anda semua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dan percaya pada bakat yang saya ada. Semoga Dahlia menjadi permulaan peluang kedua saya dan doakan saya agar dapat berikan yang terbaik buat semua.

    Lagu ‘Dahlia’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Armani Entertainment.

  • Tontonan Komplimentari Gemilang Saluran 100 Untuk Semua Pelanggan, 21 Ogos- 18 Sept

    Astro menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini dengan menampilkan cerita dan hiburan terhebat Malaysia dengan lebih 150 program kegemaran yang terdiri daripada genre hiburan, variasi, drama, fakta, filem, telefilem, filem pendek dan kanak-kanak di Saluran 100 Gemilang melalui TV, On Permintaan dan Astro GO. Saluran ini percuma untuk semua pelanggan Astro dari 21 Ogos hingga 18 September.

    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan berkata, “Sebagai rakyat Malaysia yang bangga, Astro berharap agar dapat memberi inspirasi kepada negara kita untuk bersatu dan kekal teguh seperti yang divisualkan menerusi tangan-tangan yang mewakili kepelbagaian kaum di Malaysia, pada masa yang sama disulami dengan warna-warna kebangsaan kita – Biru untuk Perpaduan, Merah untuk Keberanian, Putih untuk Kesucian dan Kuning untuk Kesetiaan. Inilah nilai-nilai menyatukan rakyat Malaysia sejak lahirnya negara kita dan akan terus membimbing kita.”

    Tan berkata, “Video Gemilang Bersama kami memaparkan Nurin Amalin yang berusia 19 tahun, seorang para-atlet yang kehilangan penglihatannya ketika berusia 10 tahun. Menerusinya, kita akan melihat warna dan nilai yang dimaksudkan sebenarnya.

    Astro, sebuah jenama tempatan, mahu menjadi suara untuk kebaikan dengan memperkasakan rakyat Malaysia untuk menyumbang kepada pembangunan negara kita melalui kempen Gemilang Bersama dan Saluran 100 Gemilang, yang mengetengahkan cerita dan hiburan terbaik Malaysia. Pelanggan boleh mengambil kesempatan daripada pilihan luas kandungan baharu dan akan datang, termasuk:-

    • Sekali gus, trofi Istimewa Merdeka Malaysia The All Together Now menjadi tumpuan program Khas Merdeka, yang menampilkan beberapa selebriti terkenal negara daripada pelbagai kaum dan generasi.
    • Dalam komedi Satu Tong, Shah Iskandar, Elizabeth Tan, dan Andy Teh menggambarkan cabaran yang sering dihadapi rakyat Malaysia, seperti gangguan bekalan udara mereka. Komedi “feel-good” ini berfungsi sebagai peringatan tentang keikhlasan dan sifat membantu rakyat Malaysia.
    • Oleh pengarah terkenal KC Chiu, dokumentari Malaysia In Their Eyes dan The Conservationists. Dokumentari pertama menyerlahkan keindahan negara kita melalui mata lapan warga asing yang menggambarkan kehidupan di Malaysia, menjelaskan mengapa mereka memilihnya sebagai rumah baharu mereka, dan berfungsi sebagai peringatan tentang budaya dan cara hidup yang kaya yang telah kita gunakan.
    • 270 min Laluan pasukan bola sepak negara untuk layak ke Piala Asia AFC 2023 buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun diceritakan dalam dokumentari Ke Piala Asia.
    • Saksikan The Making of Air Force sempena Hari Malaysia dan Hari Kebangsaan. Di saluran Gemilang, Selagi Bernyawa. Armed Forces Selagi Bernyawa ialah filem blockbuster penuh aksi yang mengisahkan pengorbanan Tentera Udara Diraja Malaysia dan semangat patriotisme yang mendorong mereka melindungi kita semua. Pelakon hebat termasuk Dato Adi Putra, Aiman Hakim, Nas-T, Sara Ali, Carmen Soo, Anas Ridzuan, Jack Tan, Johan As’ari, Iman Corinne, dan Luqman Hafidz, Pablo Amirul , Scha Alyahya, Sangeeta Krishnasamy, Azira Shafinz dan banyak lagi yang muncul dalam filem itu, yang akan ditayangkan pada 25 Ogos.
    • Melalui interaksi dengan hos Alif Satar, Sissy Iman, dan tetamu istimewa Datuk Aznil Haji Nawawi dan Michael Ang, Cheerful Chit Chat menunjukkan bagaimana kanak-kanak melihat Malaysia secara berbeza daripada orang dewasa.

    Tonton filem popular Malaysia termasuk Ola Bola, Hantu Kak Limah, The Journey, The Garden of Evening Mists, Paskal, Polis Evo 1 & 2, The Kid from The Big Apple, P. Ramlee Movies, Boboiboy The Movie 2, dan banyak lagi. Anda juga boleh menonton Rancangan Masakan Kampunglympics dan Agak-Agak.

    Raikan Hari Kebangsaan Dengan Lebih Lagi 

    Sempena Hari Kebangsaan, Astro Radio akan mengadakan beberapa program menarik, termasuk memainkan lebih banyak muzik tempatan di 11 stesen radio dan aplikasi SYOK. LITE akan menyediakan pelbagai cerita yang menonjolkan ciri-ciri tersendiri rakyat Malaysia. Manakala ERA pula akan menaiki bas hop-on-hop-off bersama selebriti untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan di sekitar lokasi terkenal di bandar ini. Persembahan yang menarik akan disampaikan oleh RAAGA, Makanan Merdeka akan disediakan, dan MY akan menganjurkan Konsert Mini Merdeka dengan pelbagai penghibur tempatan.

    Dari 8 Ogos hingga 18 September 2022, Go Shop akan menganjurkan “Jualan Go Gemilang”, menyediakan baucar diskaun bernilai sehingga RM112. Pelanggan boleh mendapat manfaat daripada penghantaran percuma ke seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak, tanpa keperluan pembelian dari 31 Ogos hingga 4 September dan 16 September hingga 18 September.

    Saluran Go Shop, internet dan aplikasi mudah alih turut menawarkan pelanggan peluang menonton program TV eksklusif termasuk Kak Joy & The Geng, Inspirasi Malaysia, Keluarga Mahabbah, Go Cuti dan Rencah Go Shop. Lawati www.goshop.com.my atau apl Go Shop di Google Play atau App Store untuk butiran tambahan.

    Sehingga 30 September, pelanggan NJOI yang membeli Kotak NJOI dari Kedai NJOI di www.njoi.com.my, penjual NJOI di setiap negeri, atau tapak e-dagang seperti Shopee, Lazada dan Go Shop akan menerima 2 bulan percuma akses kepada Pek HD dan kredit RM30.

    100 pelanggan Astro boleh menyertai untuk memenangi HONOR Band 6 melalui Astro Rewards dengan membalas factoid tentang saluran Gemilang. Untuk mengakses halaman peraduan, klik di https://astro.com.my/merdeka22.

    Memberi Semula Kepada Komuniti

    Astro mengumumkan kempen derma darah bersama Pusat Darah Negara (PDN) dan melancarkan usaha buku audio bersama Persatuan Orang Buta Malaysia berhubung kempen Gemilang Bersama (MAB). Satu beg darah yang anda berikan mungkin berpotensi menyelamatkan tiga nyawa. Anda boleh melakukan ini di kemudahan derma darah di Mid Valley, Putrajaya, dan Jalan Tun Razak. Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan di www.pdn.gov.my.

    Melalui kerjasama dengan Persatuan Orang Buta Malaysia, Astro juga menggalakkan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam rakaman buku audio untuk orang yang kehilangan penglihatan (MAB). Rakaman buku audio boleh dihantar ke librarian@mab.org.my. Sila layari librarian@mab.org.my untuk maklumat lanjut.

    Lawati promotions.astro.com.my/details/GemilangBersama untuk butiran lanjut mengenai inisiatif Gemilang Bersama.

  • PERTEMPURAN BAKAL BERMULA… PENYANYI ‘SENIOR’ & ‘JUNIOR’ LAWAN VOKAL 

    Lagu-lagu popular Anugerah Juara Lagu akan dipertaruhkan dalam pertandingan vokal Ahad ini antara tiga penyanyi senior dan tiga penyanyi muda, yang akan disiarkan di TV3. Pada 21 Ogos 2022, Terpaling Juara membuka gelanggang dengan konsert pengenalan keenam, termasuk enam peserta, sebelum ketiga-tiga kapten itu mendedahkan pilihan mereka untuk dua peserta pilihan mereka.

    Terpaling Juara yang disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, mulai jam 9.30 malam. hingga 10:30 p.m., juga boleh ditonton melalui strim langsung definisi tinggi di laman web portal video www.tonton.com.my.

    Para peserta akan membuat taruhan pada lagu-lagu yang akan memenangi Anugerah Juara Lagu dalam episod pertama, termasuk Cinta (AJL36, lagu asal Marsha Milan), Sangkar Cinta (SFMM11, lagu asal Ziana Zain), Nur Kasih (SFMM10, asal. lagu Slam), Bayangan Jurauan (SFMM8, nyanyian asal Mega), Gilalah (AJL29, nyanyian asli Stacy), dan Mungkir Bahagia (AJL21, nyanyian asli Hazami). Raja Pop Malaysia Dato’ Jamal Abdillah, yang memenangi Kejohanan AJL12 bersama Ghazal Untuk Rabiah, Dato’ M. Nasir, dan Dato’ Jamal Abdillah, dan tempat ketiga Kejohanan AJL 35 bersama Belenggu Rindu, Wany Hasrita, dan Dato ‘ Jamal Abdillah, akan tampil sebagai penyanyi jemputan di Pentas Utama Juara.

    Mana dua pesaing di antara Ifa Raziah, Hazami, Rahmad Mega, Shazreen Shaharum, Aqmal Ramdan, dan Aqeesh Aleeya akan berlindung di bawah pengawasan kapten Akim Ahmad, Hael Husaini, dan Naim Daniel demi bersiap sedia untuk merebut mahkota Terpa. Juara? Jangan terlepas tawaran hiburan terbaru dan terbaik dari WOW dan TV3 setiap Ahad bermula jam 9.00 malam.

    Haziq Hussni dan Shiha Zikir, dua hos TV yang riang dan petah berkata, bertindak sebagai pengacara rancangan itu, dan Datuk Hattan dan Fauziah Latiff bertindak sebagai hakim tetap pertandingan. Sepanjang 8 minggu, “Terpaling Juara” menggandingkan 3 kapten menentang 6 calon. Tiga penyanyi, pencipta lagu dan penulis lirik yang sangat cemerlang—Akim Ahmad (Juara Lagu 30 – Potret), Hael Husaini (Juara Lagu 32 – Jampi & Juara Lagu 33 – Haram), dan Naim Daniel (Juara Lagu 34 – Sumpah) —serta pemilik perniagaan Anugerah paling berprestij, Anugerah Juara Lagu akan menyandang jawatan kapten, mengetuai seorang penghibur mapan dan bintang yang sedang meningkat naik ke kejayaan dalam rancangan mingguan dengan hashtag #playlistAJL. Lagu-lagu terkenal daripada AJL bakal mendapat nafas baru. dan pasti membangkitkan nostalgia penonton Terpaling Juara! Siapakah yang bakal bergelar Juara Terpaling dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000?

    Vivo Malaysia ialah penaja utama Terpaling Juara, dengan Nivea berkhidmat sebagai penaja bersama, Hot FM bertindak sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro bertindak sebagai rakan media rasmi, dan Xtra dan Oh Bulan! berkhidmat sebagai rakan digital rasmi.

    Penerbit eksekutif kanan Nurhul Huda Haji Khalid, penerbit eksekutif Ikha Arnisya Mohd Anuar, dan penerbit Azrul Effendi Abdullah menyelia sesi produksi Terpaling Juara. Jangan ketinggalan Terpaling Juara, yang akan mula disiarkan secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 di Shah Alam pada hari Ahad, 21 Ogos 2022, jam 9.00 malam, dan akan disiarkan secara langsung dalam HD di www.tonton.com. saya. Untuk memulakan perbahasan di media sosial, gunakan hashtag #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL.

  • AEON One Utama Mempromosi Produk Innercasual Jenama ATHLEISURE, iC X Tribe Boxing – Jom Kita Bershadow Boxing!

    Untuk Kali ini Aeon Bandar Utama mempromosikan di bahagian Sukan. Untuk Keselesaan anda. Menggemparkan dunia secara universal, sukan-sukan menjadi gaya hidup dan selepas berjaya merangkul banyak negara, AEON akhirnya mengumumkan ketibaan innercasual atau ringkasanya, ic di Malaysia.

    AEON telah dengan tekun memilih gim butik komuniti, TRIBE BOXING STUDIO yang terkenal dengan kickboxing kumpulannya kepada muzik pam bertenaga untuk melancarkan yang pertama kerjasama dengan ic.

    Innercasual atau iC menjanjikan kualiti terbaik dengan kemampuan yang tinggi pada agenda yang menampilkan saiz dan termasuk umur- semuanya sambal kekal pada harga yang mudah diakses dan mesra bajet untuk mematuhi mantra nilai baik setiap hari.

    Jenama itu berhasrat untuk menetapkan gerakannya di Malaysia dengan memperkenalkan 3 gaya tersendiri: ActiveWear yang menyeronokkan dan berfungsi; teknologi menarik untuk meningkatkan PeaceFit gaya hidup, serta rangkaian fesyen Lestari dengan kerjasama pereka dan aktivis British, Katherine Hamnett, perintis dalam fesyen beretika.

    Koleksi komited kepada fabrik mesra alam, kapas organic- ditanam di lading tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia sebagaimana koleksi Katherine Hamnett. 4 jenama utama iC meliputi gaya Peace Fit, Active Wear, Miral Beauty dan Organic Cotton yang memberi focus terhadap keselesaan pemakaian harian khususnya waktu bersenam atau beriadah ‘Saving The Planet’ tertera di kebanyakkan jenama Innercasual berfungsi memelihara dan memulihara alam sekitar dan bumi.

    iC sesuai digayakan semua lapisan masyarakat samada untuk aktiviti lasak mahu pun kasual memandangkan jenama ini diperbuat dengan empat fungsi rekaannya iaitu- ‘functionality, aesthetic, sustainability & affordability’.

    Pembelian lebih daripada RM150 berpeluang melakukan ‘spend, spin & win’ untuk memenangi hadiah misteri mahu pun yang paling ‘best’ jika putaran anda berhenti pada ruang ‘innercasual’ di mana anda berpeluang memperoleh apa sahaja produk iC di bawah RM100 secara percuma.

    SAVING THE PLANET ialah mesej pada banyak cetakan tee iC innercasual yang merangkumi kehendak dan semangat Katherine Hamnett untuk melindungi bumi dan alam sekitar yang memupuknya. Setiap bahagian dalam koleksi komited kepada fabrik mesra alam, kapas organic- ditanam di ladang tanpa menggunakan racun perosak atau baja kimia. Kebolehpakaian yang panjang dan berulang juga merupakan satu lagi komitmen sengit Katherine untuk koleksi ini.

    Salah satu kekuatan iC yang paling ketara ialah keselesaan serta-merta daripada bahan sutera lembut dan mentega yang selesa dan selesa ketika ia dipakai sambal memberikan keyakinan dengan fungsi terbina dalam penyerapan peluh dan keupayaan pengeringan yang cepat. Selain diperbuat daripada bahan yang boleh diregangkan dan ringan yang menyokong pergerakan, iC  juga direka untuk menjadi anti-bau, anti-bakteria dan dengan perlindungan UV.

    MENGENAL IC

    iC ialah kedai konsep khusus pakaian dalam AEON bagi pakaian dalam berfungsi, pakaian aktif dan pakaian kasual. dengan mendengar dan mengutamakan suara pelanggan, iC komited sepenuhnya untuk membangunkan produk yang sesuai dengan gaya hidup harian pelanggan dengan keselesaan maksimum. iC menawarkan produk mampu milik yang berkualiti tinggi, berfungsi, mampan dan sesuai untuk semua peringkat umur dan saiz. 5 jenama untuk iC, PEACE FIT, ACTIVEWEAR, KATHARINE HAMNETT, MIRAI BEAUTY, ORGANIC COTTON memfokuskan untuk berfungsi, selesa dab mampan untuk pakaian harian.

    Beli iC di AEON Taman Maluri Shopping Centre, AEON Mid Valley, AEON Mall Bandar Utama, AEON Mall Wangsa Maju dan AEON Mall Tebrau City.

    Mengenai AEON CO. (M) BHD.

    Ialah rangkaian Kedai Barangan Am (GMS) merangkap Pasaraya terkemuka di Malaysia, dengan 28 AEON Malls, 34 AEON Stores, 9 MaxValu, 65 AEON Wellness, 42 DAISO dan 4 Komai-so di seluruh negara. Pada tahun 1984 sebagai menyahut jemputan Kerajaan Malaysia untuk membantu memodenkan industry runcit negara, rangkaian kedai AEON berusaha untuk memenuhi keperluan dan keinginan pengguna yang sentiasa berubah.

    AEON BiG (M) SDN.BHD. kini mengendalikan 21 pasar raya besar di bawah nama dagangan ‘AEON BiG’ di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada rancangan Kumpulan AEON untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi Asean.

    Dipandu oleh falsafah ‘Pelanggan Didahulukan’, pemahaman akut syarikat tentang keperluan pasaran sasaran, dibantu oleh campuran produk yang optimum, AEON mengatasi jangkaan pengguna dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka membeli-belah. Dalam semangat nama AEON, yang bermaksud keabadian dalam bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk bekerjasama tanpa henti dengan pelanggan, pembekal, rakan kongsi perniagaan, pemegang saham dan komunitinya untuk mencipta masa depan dengan kemungkinan tanpa had.

  • Membentuk Semula Acara Perniagaan Melalui Pertemuan di Malaysia @ Minggu Acara Perniagaan Malaysia 2022

    Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB) mencipta Minggu Acara Perniagaan The Meet in Malaysia @ Malaysia (MIM @ MBEW), yang akan kembali pada tahun ketujuhnya dengan matlamat utama membincangkan kebimbangan penting mengenai reka bentuk semula acara perniagaan. Acara itu, yang dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dari 29 Ogos hingga 1 September 2022, dijangka menarik lebih 700 hadirin, serta media, penceramah dan pembeli terkenal dari sekitar dunia.

    “Dengan tema “Membentuk Semula Acara Perniagaan”, beberapa topik penting yang akan dipaparkan ialah mengenai kepelbagaian, ekuiti, rangkuman, kemampanan & UNSDG, dan kumpulan bakat, antara lain. Selepas lawatan kami ke Jakarta pada bulan Jun, saya berbesar hati untuk berkongsi bahawa kami akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Kerjasama (MoC) antara Pihak Berkepentingan Industri Malaysia dan Indonesia. Perkongsian strategik ini menyasarkan untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan rakan sejawatan Asia kami berdasarkan kemasyarakatan dan meneroka peluang baharu untuk meningkatkan pasaran acara perniagaan di rantau ini,” kata Dato’ Sri Abdul Khani Daud, Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB.

    Acara utama minggu ini ialah persidangan sehari penuh yang akan dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Hajah Nancy binti Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan. Pameran BE Xchange B2B, bengkel kemampanan dan perbincangan meja bulat tentang strategi perniagaan melengkapkan elemen lain. Pada tahun ini, akan berlaku anjakan ketara dalam pendekatan kemampanan acara itu, termasuk usaha mengurangkan sisa makanan, mengelakkan plastik sekali pakai, mengurangkan pelepasan karbon, bekerjasama rapat dengan organisasi bukan untung dalam inisiatif pemacu makanan, mengambil bahagian dalam CSR program dengan Zoo Negara, dan bekerjasama dengan Kloth Malaysia untuk mencegah pembuangan sampah pakaian yang tidak diingini. Malah, semua cagaran acara itu akan dikitar semula dan mesra alam. Selain itu, MyCEB telah bekerjasama dengan Global Destination Sustainability Movement menerapkan kemampanan dalam DNA industri acara perniagaan dan Urbanice Malaysia.

    Semua persatuan acara perniagaan antarabangsa utama akan diwakili oleh penceramah pada persidangan itu, termasuk Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabangsa (ICCA), Persekutuan Pameran dan Konvensyen Asia (AFECA), Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM), Destination International (DI), Persatuan Pameran dan Acara Antarabangsa (IAEE), dan Persatuan Penganjur Malaysia.

    Matlamat MIM @ MBEW 2022 adalah untuk meningkatkan profesionalisme dengan daya tahan dengan memupuk pembinaan hubungan dan pertukaran pengetahuan untuk menggiatkan semula ekosistem acara perniagaan Malaysia. Dengan tumpuan pada kemampanan dan pendigitalan, acara ini mempersembahkan trend terkini, amalan terbaik dan kajian kes. Seiring dengan mempromosikan kebolehcapaian Malaysia kepada sebahagian besar penduduk dunia, tarikan pelancongan, infrastruktur canggih, dan hospitaliti terkenal negara, ia juga akan mempromosikan Malaysia sebagai lokasi untuk perhimpunan perniagaan antarabangsa.

    Dengan semua komponen penting ini, MyCEB menjangkakan bahawa MIM @ MBEW ke-7 akan dapat meningkatkan industri acara perniagaan. Sila layari https://mbew2022.com/ untuk butiran lanjut dan untuk mendaftar untuk acara tersebut.

  • KONSERT FAZTIVAL FAZURA 2022 DIKHASKAN UNTUK PEMINAT

    Pelakon, penyanyi dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin bakal menganjurkan konsert Faztival Fazura 2022 pada 11 September depan yang akan menghimpunkan ramai artis terkenal tempatan dan dari Indonesia, khas untuk para peminat dan penyokong beliau.

    Nur Fazura atau lebih dikenali mesra sebagai Faz rasa bersyukur dan teruja kerana dapat menghimpunkan ramai nama besar untuk konsert ini yang juga merupakan penyanyi dan kumpulan muzik terkemuka kegemaran beliau.

    “Alhamdulillah Faz bersyukur kerana konsert ini akhirnya dapat juga direalisasikan kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama dengan rakan-rakan seni yang amat saya kagumi di bawah satu acara yang gilang gemilang.” kata Fazura semasa ditemui di majlis sidang media ‘FAZTIVAL FAZURA 2022’ di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

    Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk meraikan para peminat Fazura yang sentiasa memberikan sokongan kepada kerjaya beliau dan juga rangkaian produk jenama Fazura yang diasaskan oleh beliau termasuk hijab Tudung Fazura, produk penjagaan kulit Fazura Skincare, produk kecantikan Fazura Beauty, dan rangkaian fesyen serta aksesori Fazbulous.

    Konsert ini juga dianjurkan untuk meraikan para stokis dan ejen rasmi, Fazura Besties yang menunjukkan pencapaian yang terbaik dan konsisten sepanjang menjadi wakil jualan produk jenama Fazura. Mereka merupakan nadi dalam menggerakkan program Fazura Rewards, di mana pelbagai barangan ekslusif dapat ditebus menggunakan mata ganjaran yang dikumpul.

    “Konsert ini bakal ditunjangi oleh dua penyanyi luar negara yang tidak asing lagi dari Indonesia, Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani berserta isterinya, Mulan Jameela yang sudi untuk membuat persembahan di konsert sulung Faztival Fazura 2022 ini.” jelas beliau.

    Selain penyanyi dari Indonesia, konsert Faztival Fazura 2022 yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil juga mengemukakan nama-nama terkemuka tempatan seperti Dato’ M.Nasir, Dato’ Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Konsert gilang gemilang tersebut juga bakal disertakan dengan persembahan dari kumpulan Ruffedge Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi pada malam Ahad tersebut.

    “Harga tiket pula sudah tentunya harga yang mampu dimiliki, kerana #miliksemua sudah begitu sinonim dengan jenama Fazura.”

    “Selain dari persembahan hebat dari para artis yang Faz kagumi ini, beberapa kejutan istimewa juga bakal kami tampilkan semasa konsert ini kelak, Inshaa-Allah. Saya berharap agar penganjuran sulung Faztival Fazura ini berjaya supaya dapat dijadikan sebagai konsert tahunan, Inshaa-Allah,” tambah Fazura lagi.

    Konsert Faztival Fazura 2022 ini diuruakan oleh Icon Entertainment dan tiket bakal dijual pada 19 Ogos 2022 dengan harga yang bermula dari RM147 melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my atau talian hotline WhatsApp di +6 0199919055