Category: Ekspo

  • Sahabat Media ke Destinasi Pelancongan Johor

    Program Sahabat Media Tahun Melawat Malaysia 2014 Ke Johor

    Program Sahabat Media Tahun Melawat Malaysia 2014 Ke Johor

    Pada 14 Ogos 2014, Program Sahabat Media Tahun Melawat Malaysia 2014 telah pergi ke Johor Bharu dalam siri lawatan mempromosikan tarikan-tarikan pelancongan di Negeri Johor. Seramai 40 Media Kuala Lumpur yang terdiri daripada Media dari Majalah Pelancongan dan Media Cetak & Elektronik telah turun padang untuk meninjau sekitar Negeri Johor. Antara tempat yang dikunjungi selama tiga hari dua malam adalah di Daerah Pontian dan Bandaraya Johor Bharu. Manakala antara kemudahan penginapan yang terbaik adalah di Hotel Double Tree Hotel dan Renaissance. Sahabat Media juga tidak melepaskan peluang untuk ke Legoland Malaysia Resort dan Hello Kitty di Nusajaya, Johor.

    Pada awalnya Johor dikenali sebagai ‘The Southern Gate Way to Malaysia’. Ini seiringan dengan negeri yang dikurniakan dengan sumber-sumber pelancongan yang menarik dan unik seperti pantai atau gugusan kepulauan Mersing yang sering menjadi tempat perfileman. Terdapat juga tempat-tempat yang menarik dan menjadi legasi kepada sejarah kepada kebudayaan dan warisan lama. Antara tempat lain yang menarik adalah Hutan Hujan Tropika berstatus Dunia dan tertua di Malaysia, Taman Negara Endau Rompin, Destinasi Eko & Agro Valley di Kluang dan Rumah Tumpangan Inap Desa.

    Kewujudan pusat hiburan dan pusat membeli-belah seperti Legoland Malaysia Resort, Hello Kitty, dan Johor Premier Outlet telah menjadikan kepesatan ekonomi semakin membangun di Johor. Perancangan pembangunan pelancongan mega projek di Desaru telah mewarnai landskap pelancongan Johor menjadi ‘Catalyst’ justeru meletakkan Johor sebagai pilihan destinasi pelancongan yang menarik bagi pasaran pelancongan domestik dan antarabangsa.

    Satu Pelan Induk Pelancongan 2014 – 2023 telah dilaksanakan sebagai asas untuk merangka hala tuju pembangunan sektor pelancongan Negeri Johor untuk menjadikan Negeri Johor sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi. Hala tuju ini seiring dengan hala tuju pembangunan pelancongan negara iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bernilai tinggi menjelang tahun 2020.

    Pelan Induk ini bermatlamat untuk mengenalpasti senario pelancongan semasa dan perancangan atau keperluan pada masa hadapan, pembangunan produk pelancongan, pemasaran dan promosi dan pembangunan modal insan. Pelan ini disusun bagi tempoh 10 tahun bagi menjadikan Johor sebagai satu destinasi pelancongan bernilai tinggi dan meyokong aspirasi kerajaan dalam pengagihan peluang kepada semua daerah di Negeri Johor melalui konsep pembangunan kluster pelancongan atau tourism development kluster.

    Antara kluster yang disokong oleh Negeri Johor adalah Family Fun, Urban Heritage and Lifestyle, Leisure Shopping, Mangrove and Rural Gateway, Coastal Retreat, Marine and Island Escapade, Eco Adventure Challenge, Cradle of Johor Heritage, Mystical Nature, Agri Delights and Orchards Route.

  • 100 Doraemon Secret Gadgets Expo

    100 Doraemon Secret Gadgets Expo

    100 Doraemon Secret Gadgets Expo

    100 Doraemon Secret Gadgets Expo- Tahukah anda warna asal Doraemon?? Mesti ramai yang jawab warna biru bukan? Jawapannya ialah kuning. Kenapa warna kuning?? Sebab memang warna asal doraemon warna kuning. Doraemon bertukar kepada warna biru disebabkan daripada satu musibah yang telah berlaku. Pada suatu hari, kedua-dua telinga doraemon telah digigit oleh sebuah robot tikus ketika sedang tidur . Doraemon menangis dan terus menangis selama 10 hari sehingga tubuhnya berubah kepada warna biru kerana air matanya. Jadi, doraemon yang kita kenal sekarang adalah sebuah robot kucing warna biru tanpa daun telinga.

    IMG_7492

    Pameran 100 gajet rahsia doraemon diadakan bagi meraikan 100 tahun sebelum kelahiran Doraemon pada abad ke 22. Pameran ini telah berlangsung di Dewan Ekspo Viva Home Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Animation International (m) Sdn. Bhd. Manakala, harga tiket untuk pameran ini adalah RM25 bagi dewasa dan RM 15 bagi kanak-kanak .Terdapat 100 doraemon bersama gajet- gajetnya rahsia dipamerkan. Gajet yang paling popular dalam kartun doraemon, iaitu pintu rahsia. Ramai pengunjung yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan doraemon – doraemon yang ada terutama kanak-kanak.

    IMG_7505

    Doraemon bersama gajetnya

    Selain itu, terdapat juga kedai- kedai cenderamata yang menjual pelbagai barangan yang berasaskan doraemon seperti beg, bantal, pakaian kanak-kanak, jam, patung doraemon dan banyak lagi yang menarik hati pengunjung yang berkunjung di pameran tersebut.

    IMG_7515

    Kedai Cenderamata

    Pameran ini turut dimeriahkan dengan permainan-permainan yang terdapat dalam kartun Doraemon. Antara permainannya adalah  ‘Dart Game’, ‘Time Machine’, dan ‘Air Gun’. 

    destina-game-doraemon

    Setelah penat bergambar, membeli belah dan bermain, 100 Café(nama kafe) menjual makanan dan minuman bagi menghilangkan dahaga dan kepenatan para pengunjung. Kuih dorayaki yang disukai oleh doraemon turut dijual di 100 café ini.

    IMG_7526

    Taiyaki yang sangat sedap