Stories by Muslim Pro Raikan Keindahan Naratif Islam Global

Muslim Pro, aplikasi gaya hidup Muslim paling popular di dunia, terus melangkah ke hadapan dengan pelancaran inisiatif kreatif terbaharu, Stories by Muslim Pro. Ia merupakan sebuah hab penceritaan digital global yang menghimpunkan suara-suara tulen serta kisah autentik daripada komuniti Muslim di seluruh dunia. Melalui platform ini, Muslim Pro berhasrat mengetengahkan naratif yang menggambarkan kepelbagaian budaya,…

Read More

TV AlHijrah & Yayasan Wakaf Malaysia Jalin Kerjasama Strategik Laksana Inisiatif Wakaf Media

Dengan semangat “Wakaf Anda, Dakwah Kami”, TV AlHijrah hari ini memeterai Perjanjian Kerjasama Wakaf Tunai bersama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM). Usaha ini memperkukuh peranan media Islam dalam mendidik, menyebar dan menggerakkan ummah ke arah amal jariah yang berkekalan. Kerjasama strategik ini membuka ruang lebih luas kepada masyarakat untuk menyalurkan wakaf tunai bagi pelaksanaan wakaf media…

Read More

TV AlHijrah Catat Sejarah: Stesen Televisyen Pertama Malaysia Patuhi Lesen Hiburan Awam Kanak-Kanak & Belia

TV AlHijrah melakar sejarah penting dalam industri penyiaran apabila diiktiraf sebagai stesen televisyen pertama di Malaysia yang mematuhi sepenuhnya syarat Lesen Hiburan Awam Kanak-kanak dan Orang Muda di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966. Pencapaian ini bukan sahaja bersifat pentadbiran, tetapi juga melambangkan komitmen berterusan TV AlHijrah dalam menjaga kebajikan bakat muda, sekali…

Read More

Pentas Keinsafan Konsert Cinta Rasul: Hijjaz, UNIC & Rabbani Bersatu

10 Pro Event Management dengan bangganya menganjurkan Konsert Cinta Rasul, sebuah persembahan istimewa yang mengetengahkan keindahan seni nasyid serta nilai spiritual dalam suasana penuh kasih sayang dan kebersamaan. Malam ini dijangka membangkitkan rasa nostalgia sekaligus membawa penonton mendekati makna cinta kepada Rasulullah SAW. Konsert ini menampilkan kumpulan legenda nasyid Hijjaz yang akan mengalunkan lagu-lagu penuh…

Read More

Keberkatan Ramadan Disemarakkan dengan Hijrah Prihatin Bubur Lambuk

Ramadan bukan hanya bulan ibadah, tetapi juga masa untuk memperkukuh ukhuwah dan menyebarkan kasih sayang. TV AlHijrah terus komited dengan inisiatif Hijrah Prihatin Bubur Lambuk bagi menyantuni masyarakat menerusi pengagihan juadah berbuka puasa. Program ini diadakan di Lembah Klang dan Pulau Sebang, Melaka, dengan matlamat utama menyebarkan kebaikan serta mengeratkan hubungan sesama insan. Di Lembah…

Read More

Inspirasi Raudhah: Memupuk Jiwa dan Menghubungkan Iman dengan Sentuhan Moden

TV3, TV9, dan Tonton dengan rasa bangga memperkenalkan program baharu bertajuk Inspirasi Raudhah: Panggilan Jiwa, Penghubung Iman. Program unik ini dilancarkan dalam sebuah majlis istimewa dua hari yang lalu dan bakal membawa pendekatan segar dalam menyampaikan mesej Islam. Inspirasi Raudhah akan berlangsung dalam empat siri sepanjang tahun, memberikan penonton peluang untuk mendalami ilmu agama menerusi…

Read More

Azan Versi Baharu TV3 dengan Sentuhan AI, Saksikan Inspirasi Raudhah!

Pada 15 Januari 2025, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) melancarkan inisiatif terbaru dengan memperkenalkan seruan azan dalam versi yang lebih segar dan inovatif. Pembaharuan ini melibatkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta penyampaian azan oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki yang memiliki suara syahdu dan merdu. Langkah ini bertujuan untuk memberikan pengalaman baharu dalam…

Read More

TV AlHijrah Perkenalkan Program Baharu Hadis@114 dan Musim Terbaharu Quran@114 Sejak 1 Januari 2025

TV AlHijrah mengumumkan pelancaran dua program baharu yang pastinya akan menjadi sumber ilmu dan inspirasi bagi umat Islam di Malaysia, iaitu Hadis@114 dan musim terbaharu Quran@114. Kedua-dua rancangan ini dilancarkan untuk memperkukuh pemahaman serta penghayatan ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW, sejajar dengan komitmen stesen ini dalam memperkasakan ummah melalui ilmu yang bermanfaat. Ketua Pegawai…

Read More

Haflah Al-Quran TV3 & Tonton Bersama Meraikan Keberkatan Tahun Baharu 2025

TV3 dengan kerjasama Al Falah Youth akan menganjurkan Majlis Haflah Al-Quran Bersama TV3 & Tonton, sebuah program istimewa yang bakal berlangsung pada 31 Disember 2024 di Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya, Selangor. Majlis ini bertujuan untuk memulakan tahun baharu dengan nilai-nilai spiritual, rasa syukur, dan harapan, sambil memperkukuhkan hubungan masyarakat melalui penghayatan Al-Quran. Haflah Al-Quran…

Read More

‘IQRA’ Inisiatif Baharu TV AlHijrah Untuk Generasi Celik al-Quran

TV AlHijrah dengan bangganya memperkenalkan inisiatif terbaharu dalam misi dakwahnya, iaitu program IQRA, yang dilancarkan melalui platform TikTok. Program ini adalah kerjasama dengan Darul Fikir, dan bertujuan untuk memperkenalkan konsep celik al-Quran kepada masyarakat Malaysia, khususnya melalui pendekatan digital yang mudah diakses oleh semua golongan. Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha TV AlHijrah untuk menyokong…

Read More