Cara mudah atasi bau badan lelaki

SELAIN rambut berkelemumur, lelaki juga kerap terdedah pada masalah bau badan atau saintifiknya bromhidrosis. Ia boleh menimbulkan perasaan kurang senang dalam kalangan orang sekeliling.

Jika masalah itu tidak diatasi dengan baik, pastinya akan menyebabkan anda berasa malu dan kurang keyakinan diri tatkala berdepan di khalayak.

Di sini terdapat empat tip ringkas yang boleh membantu menangani masalah bau badan.

1) Kerap mandi

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan air suam.

Pastikan aliran air meliputi semua bahagian badan terutamanya kawasan berambut dan kawasan utama bakteria membiak seperti pada kemaluan dan ketiak.

Selain itu, bersihkan anggota badan dengan krim mandian mengikut jenis kulit dan gaya hidup anda serta antibakteria.

2) Deodoran

Selepas mandi dan sebelum melakukan aktiviti harian jangan lupa menggunakan deodoran pada ketiak bagi menghalang penghasilan peluh secara berlebihan.

Langkah tersebut juga membantu mencegah bakteria membiak hingga menyebabkan bau badan kurang menyenangkan.

3) Cuci rambut

Selain anggota badan, bahagian kepala juga wajar dititiberatkan memandangkan rambut antara punca yang mengeluarkan bau tidak selesa.

Ia berikutan peluh yang daripada kulit kepala akan melekat pada helaian rambut lalu mengeluarkan bau kurang menyenangkan, sekali gus menyebabkan kulit rambut berkelemumur dan berminyak

4) Haruman

Pilih minyak wangi maskulin yang baunya tidak terlalu kuat dan tidak terlalu lembut.

Sembur haruman pada kulit yang mempunyai aliran darah seperti bahagian tangan, leher dan telinga khususnya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *