Indeks penanda aras itu dibuka 1.73 lebih rendah pada 1,444.34 dan bergerak antara 1,440.62 dan 1,452.74 sepanjang sesi dagangan. – Foto hiasan
BURSA Malaysia kembali pulih selepas dibuka rendah dan ditutup dalam lingkungan positif berikutan pembelian pada saat akhir saham Dialog, CelcomDigi dan Nestle, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.4 peratus atau 6.67 mata kepada 1,452.74, tertinggi intra hari, berbanding 1,446.07 ketika ditutup pada Rabu.
Indeks penanda aras itu dibuka 1.73 lebih rendah pada 1,444.34 dan bergerak antara 1,440.62 dan 1,452.74 sepanjang sesi dagangan.
Bagaimanapun, pasaran kekal negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 626 berbanding 328, manakala 419 kaunter tidak berubah, 995 tidak diniagakan dan 63 yang lain digantung.