BULETIN TV9 TAMBAH DURASI SIARAN BERMULA PADA 1 JANUARI 2023

BULETIN TV9 TAMBAH DURASI SIARAN BERMULA PADA 1 JANUARI 2023

Buletin TV9, yang menyiarkan berita masa perdana, telah mengumumkan penambahan panjang program daripada 30 kepada 50 minit, berkuat kuasa 1 Januari 2023. Tempoh penyiaran lanjutan, yang bermula dari 7:00 malam. hingga 7:00 p.m., turut distrim secara langsung serentak di platform dalam talian rasmi TV9, YouTube dan Facebook.

Transformasi ini dilakukan untuk bergerak seiring dengan perkembangan isu semasa sekaligus meme­nuhi kehendak penonton berikutan penambahan penonton yang mendadak daripada 150,000 kepada 500,000 penonton pada setiap hari. Paparan berita dengan durasi sejam ini akan disajikan dengan laporan yang merangkumi berita-berita tempatan dan luar negara merentasi segmen-segmen baharu seperti segmen hiburan, Turun Padang, Potret Inspirasi dan Cuaca.

Segmen Turun Padang adalah merupakan satu platform untuk rakyat mengemukakan permasalahan dan aduan kepada pihak berwajib. Wartawan akan turun padang untuk melaporkan permasalahan dan akan mendapatkan reaksi pihak berwajib. Ia membabitkan penglibatan masyarakat, komuniti, pihak berkuasa dan pemimpin.

Menerusi Potret Inspirasi pula akan mengetengahkan inovasi atau perniagaan individu khususnya komuniti setempat, persatuan kecil, pertubuhan bukan kerajaan dan golongan belia. Segmen ini bermatlamat untuk memberi inspirasi atau ilham kepada masyarakat luar untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Penonton juga dapat mengetahui ramalan cuaca bandar-bandar utama di Malaysia menerusi segmen Cuaca yangdikendalikan menggunakan pelaporan dan grafik yang lebih segar serta bersahaja.

Sementara segmen Hiburan menampilkan konsep dan pengisian program yang lebih informatif yang membabitkan idola atau artis tempatan mahupun antarabangsa. Ia bertujuan memperkenalkan bakat baharu atau trend terkini dalam industri seni, hiburan dan kreatif.

Segmen menarik seperti ini membuatkan perkongsian informasi lebih menarik dan pada masa sama turut memberi laluan kepada Buletin TV9 Jam 7:00 malammenjadi saluran berita perdana pilihan ramai .

Buletin TV9 juga menampilkan barisan penyampai berita yang mantap seperti Nur Afizza, Zaira Sri, Ahmad Barr, Intan Syazwina, Wan Saifulizam, dan Mas Zharif Zhafri yang baru sahaja memenangi Anugerah Seri Angkasa 2022 di bawah kategori Wartawan TV Terbaik serta bakal mengenalkan penyampai berita yang baru..

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia.