Kehidupan sering dipenuhi perkara yang tidak dijangka dan keadaan ini boleh menimbulkan kerisauan terhadap masa depan kewangan. Menyedari keperluan tersebut, FWD Insurance Berhad (“FWD Insurance”) bersama rakan strategiknya, Bank Simpanan Nasional (“BSN”), memperkenalkan Qaseh Setia. Pelan mikroinsurans ini ditawarkan pada harga rendah untuk membantu rakyat Malaysia, khususnya golongan B40, mendapatkan perlindungan kewangan asas. Sejak ia diperkenalkan pada April 2025, lebih 20,000 orang telah mendaftar, menunjukkan sambutan yang menggalakkan serta kepercayaan masyarakat terhadap produk ini.
Dengan hanya 20 sen sehari, Qaseh Setia menawarkan perlindungan menyeluruh. Antara manfaatnya termasuk pampasan sehingga RM90,000 bagi kematian akibat kemalangan, perlindungan sehingga RM15,000 bagi kematian bukan kemalangan atau hilang upaya kekal menyeluruh, serta bantuan pengebumian sehingga RM3,000. Perlindungan ini bertujuan mengurangkan beban kewangan keluarga ketika berdepan saat kehilangan insan tersayang.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Insurance, Mak See Sen berkata, “Qaseh Setia adalah inisiatif untuk menjadikan insurans lebih mudah dicapai oleh semua golongan masyarakat. Ia bukan sekadar produk, tetapi usaha kami memberi keyakinan dan ketenangan jiwa, terutama kepada mereka yang kurang mendapat perhatian. Setiap orang berhak rasa dilindungi dan hidup dengan lebih yakin.”
Sementara itu, Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil menambah, “Qaseh Setia menyokong misi BSN iaitu ‘Tiada Rakyat Malaysia Yang Ketinggalan’ dengan menyediakan pelan perlindungan asas pada harga mampu milik. Kami mahu memastikan rakyat Malaysia, khususnya komuniti B40, dapat menjaga orang tersayang dan mengurangkan beban kewangan dalam waktu yang sukar.”
Qaseh Setia juga direka untuk lebih mudah dimiliki kerana tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan. Dengan cara ini, halangan utama untuk mendapatkan insurans dapat dihapuskan, sekali gus menjadikan perlindungan kewangan lebih mudah diakses oleh golongan berpendapatan rendah.
Sebagai sebahagian daripada Kempen FWD Fiesta Paling Onz 2025, FWD Insurance akan mengadakan siri jelajah khas di MyTown Shopping Centre dari 21 hingga 24 Ogos 2025. Acara ini bertujuan mendekatkan masyarakat dengan kepentingan perancangan kewangan. Pengunjung boleh mendapatkan maklumat tentang pelan seperti Qaseh Setia dan Qaseh Bakti Plus di gerai khas yang disediakan, di samping menikmati pemeriksaan kesihatan percuma.
Selain maklumat kewangan, FWD Fiesta Paling Onz juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk aktiviti seni pasir untuk kanak-kanak serta peluang memenangi hadiah istimewa, antaranya sebuah Proton X50.
Melalui penganjuran ini, FWD berhasrat mengubah cara masyarakat memandang insurans, menjadikannya lebih mesra, mudah difahami dan relevan dengan kehidupan seharian.