BMW X3 tampil dengan pakej M Sport

SENTIASA kekal progresif menghasilkan sesuatu di luar kebiasaan, pengeluar kereta mewah buatan Jerman, BMW Malaysia baru-baru ini memperkenalkan kenderaan aktiviti sukan (SAV) BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport ke pasaran tempatan.

Model yang dilancarkan itu merupakan bukti BMW mahu terus mengekalkan aspek kualiti dari segi kemodenan dan pemanduan dinamik.

Pengarah Urusan BMW Malaysia, Harald Hoelzl berkata, lebih daripada 1,600 unit kenderaan BMW X3 generasi ketiga berjaya diserahkan kepada pemilik-pemilik baharu sejak ia mula dikomersialkan tahun lalu.

“Ini membuktikan BMW X3 merupakan perintis segmen kenderaan SAV bersaiz sederhana dan ia menerajui segmen tersebut. Kami ingin menganjak tanda aras yang dipahat dalam industri permotoran Malaysia menerusi BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport ini untuk terus merealisasikan Sheer Driving Pleasure yang kami janjikan di Malaysia,” katanya.

BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport memperlihatkan kombinasi yang sempurna dicapai antara ciri ketangkasan dan keagresifan dibawa daripada BMW X4 bersama aspek kegunaan ruang dan praktikal sebuah jentera BMW X3.

Reka bentuk praktikal

Apa istimewanya SAV baharu barisan X kali ini? Jika melihat rupa paras luaran, jentera itu tampil sporty dengan rim aloi ringan 699 M bersaiz 20 inci, tayar run flat, penggayaan badan dan bampar belakang M Aerodynamic serta muncung ekzos dalam kemasan krom berkilat.

Hadir dengan pakej Shadow Line, jentera tersebut juga mempunyai rel bumbung dan logo M pada kedua-dua panel sisi hadapan. Suspensi M Sport dan sistem brek M Sport turut disertakan sebagai kelengkapan standard.

Melihat pada rekaan kemasan dalaman pula, terdapat upholsteri kulit Vernasca dengan jahitan kontras, bersama-sama dengan kemasan aluminium dan Pearl Chrome. Turut dilengkapi dengan stereng M Sport dengan kemasan kulit, paddle shifter dan kemasan ambang pintu dengan logo M adalah antara kelengkapan M spesifik yang terdapat pada model tersebut.

BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport menawarkan sebuah pengalaman hiburan bertaraf premium menerusi paparan Navigation System Professional bersaiz 10.25 inci bersama fungsi sentuhan, iDrive Touch dan sistem HiFi dengan 12 pembesar suara.

Aspek keselesaan dinaik taraf melalui sistem penyaman udara tiga zon automatik dan tempat duduk hadapan yang boleh dilaraskan menggunakan tenaga elektrik juga turut hadir dengan fungsi memori pemandu.

Unit terhad

Jentera alaf baharu berkenaan dikuasakan oleh enjin petrol TwinPower Turbo empat silinder yang mampu menjana output maksimum berjumlah 252 kuasa kuda (hp) dari 5,200 hingga 6,500 rpm dan 350 meter Newton (Nm) dari 1,450 hingga 4,800 rpm.

Justeru, sudah pasti ia berupaya untuk membuat pecutan dari sifar ke 100km/j hanya dalam tempuh masa 6.3 saat dengan menggunakan transmisi Steptronic sport lapan kelajuan. Hebat bukan?

METER digital penuh.

METER digital penuh.

Enam beg udara dan dua sambungan tempat duduk ISOFIX juga disediakan untuk membekalkan tahap keselamatan yang tinggi buat pemandu dan penumpang.

Ciri lain termasuk akses kenderaan tanpa kunci dan pintu but yang boleh dibuka secara elektrik juga menawarkan kemudahan buat para pemilik jentera SAV baharu itu.

Diberikan empat warna pilihan iaitu Alpine White, Carbon Black, Glacier Silver dan Phytonic Blue. Upholsteri kulit Vernasca tersebut didatangkan dalam warna hitam dengan jahitan kontras biru.

Terhad kepada 120 unit sahaja, X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport dijual pada harga RM328,800. Tanpa pakej M Sport, X3 xDrive pula boleh didapati pada harga RM313,800.

Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, model tersebut boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM3,758 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

BMW X3 xDrive30i

Enjin: 2.0 liter TwinPower Turbo empat silinder.

Kapasitas: 1998 cc

Transmisi: Steptronic sport lapan kelajuan.

Kuasa: 252 hp/350 Nm

Pecutan 0-100 km/j: 6.3 saat.

Harga: RM328,000 (M Sport), RM313,800 (xDrive)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *