Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • ‘Big Stage Alpha’: Astro Lancar Pencarian Boy Group Pertama Tempatan
  • Music
  • music
  • News

‘Big Stage Alpha’: Astro Lancar Pencarian Boy Group Pertama Tempatan

Helmi Aziz April 18, 2025 4 minutes read
Big Stage Alpha (18 contestants)

Astro kembali menggegar pentas hiburan dengan pelancaran ‘Big Stage Alpha’, sebuah edisi istimewa dan penuh revolusi yang memberi nafas baharu kepada jenama realiti popular, Big Stage. Kali ini, buat julung kalinya dalam sejarah program, format all-male spin-off diperkenalkan – menampilkan 18 bintang lelaki yang bakal berentap demi merebut peluang eksklusif untuk debut sebagai ‘boy group’ pertama di bawah naungan Astro, hasil gabungan pemarkahan juri dan sokongan peminat.

Big Stage Alpha akan mula bersiaran mulai 27 April 2025, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) serta boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka, membawakan pertandingan intensif, penuh inspirasi dan warna emosi kepada penonton seluruh negara.

TAMPIL LEBIH SEGAR, LEBIH BERANI & LEBIH GLOBAL

Dibina atas kejayaan siri Big Stage yang telah mencungkil bintang-bintang seperti Aisha Retno dan Nadeera Zaini, Big Stage Alpha membuka pentas yang lebih besar dan lebih dinamik. Bukan sekadar pertandingan nyanyian, tetapi satu pengalaman transformasi menyeluruh buat para peserta untuk menyerlahkan bakat, membina identiti serta bersedia menjadi fenomena hiburan baharu — bukan sahaja untuk Malaysia, malah ke peringkat antarabangsa.

18 PESERTA LELAKI, SATU DESTINASI – IDOL DEBUT!

Dipilih melalui uji bakat terbuka buat pertama kalinya dalam sejarah Big Stage, 18 peserta lelaki dari pelbagai latar belakang dan negara seperti Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia telah terpilih berdasarkan aura vokal, karisma pentas dan potensi untuk bersinar sebagai kumpulan. Mereka berumur antara 18 hingga 37 tahun, mewakili generasi dan gaya yang berbeza, menjanjikan persaingan yang penuh variasi.

Antara peserta yang akan mencuri tumpuan ialah:
Afiq Sky, Alif Azri, Allan Andersn, Ariel Fesol, Ashmirul, Araff, Que, Qarl G, Daniel Sher, Ray-D, Apich Lo, Ridhwan Azman, Awienit, Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Izat Ibrahim, Rizal Rasid dan Shaqeen.

IDOL SURVIVAL KELAS DUNIA DENGAN SENTUHAN TEMPATAN

Menurut Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Astro Ria:
“Big Stage Alpha adalah respons kami terhadap gelombang hiburan Asia yang mengangkat konsep ‘idol survival show’. Dengan inspirasi daripada program realiti terbesar dunia, kami bawakan pertandingan yang bukan sahaja menguji vokal dan persembahan, tetapi juga kekuatan mental, daya tahan dan kuasa fandom. Kami mahu melahirkan bintang dari bawah – dari ‘zero to hero’ – dengan sokongan produksi tempatan bertaraf global. Ini adalah ruang transformatif buat peserta dan hiburan segar buat penonton.”

PANEL JURI & PENGACARA GABUNGAN IKON TEMPATAN & NUSANTARA

Barisan juri mantap terdiri daripada nama-nama besar dalam industri:
Edry Abdul Halim
Datuk Syafinaz Selamat
Hael Husaini

Manakala, pentas Big Stage Alpha akan dimeriahkan oleh dua hos yang tidak asing lagi –
Elly Mazlein
Rina Nose – bintang popular dari Indonesia yang pertama kali mengacarakan program realiti Malaysia sepenuhnya.

FORMAT PENJURIAN: KOMBINASI PROFESIONAL & FANDOM

Setiap minggu, peserta akan beraksi secara solo dan berkumpulan mengikut tema yang ditetapkan. Penjurian terbahagi kepada dua bahagian. Panel juri menentukan 3 peserta terbawah mingguan. Undian peminat akan menentukan siapa yang terus kekal dan siapa yang tersingkir.

Finalis terbaik akan membentuk ‘boy group’ debut di bawah label Rocketfuel Entertainment dan Astro.

JADUAL SIARAN BIG STAGE ALPHA

Konsert Big Stage Alpha
Setiap Ahad, mulai 27 April 2025 | 9 malam
Astro Ria (Saluran 104) | Astro GO & sooka | Royal Theatre Shah Alam

Buzz Big Stage Alpha
Setiap Ahad, selepas konsert utama
Paparan post-show eksklusif bersama juri

Diari Big Stage Alpha
Setiap Isnin – Jumaat, mulai 21 April 2025 | 11.08 malam
Sorotan latihan, sesi bersama mentor & aktiviti peserta

PENAJA & RAKAN RASMI

Perfume Paradise – Penaja Utama
ZUS Ngupi – Kopi Rasmi
Astro Gempak – Rakan Digital
ERA – Rakan Radio Rasmi

LANGGANAN & PENSTRIMAN

Nikmati Big Stage Alpha dengan langganan:
Pek Astro One – RM49.99/bulan
Astro Fibre 500Mbps + Pek Hiburan – Hanya RM139.99/bulan

Langgan atau naik taraf sekarang di www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tertakluk kepada terma dan syarat.

PERFUME PARADISE – SPRAY SEKALI, WANGI 3 HARI

Jenama tempatan kesayangan rakyat Malaysia, Perfume Paradise, kini tampil sebagai penaja utama Big Stage Alpha 2025. Sejak ditubuhkan pada 2008, mereka terkenal dengan wangian tahan lama berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Pada tahun 2024, mereka melakar sejarah sebagai jenama minyak wangi tempatan pertama menerima anugerah Superbrands Malaysia, mengukuhkan lagi kedudukan sebagai simbol keyakinan dan gaya.

Perfume Paradise aktif dalam dunia kandungan Astro termasuk Kongsi Kasih, Sepahtu Reunion, Borak SeeNI dan banyak lagi. Dengan kempen tradisional, digital, kolaborasi bersama selebriti dan aktiviti “on-ground”, jenama ini terus mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia. Misi mereka jelas — membina keyakinan dan keanggunan dengan satu semburan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: A Smarter and Safer Home with Samsung’s New 2025 Bespoke AI Appliances
Next: Jay Jay: Hati yang Tidak Lelah Memberi

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.