BDB Land, Enfiniti Escapes meterai MoU bangunkan forest chalet

Raja Shahreen (dua dari kanan) dan Tiara Jacquelina (dua dari kiri) bertukar MoU sambil disaksikan oleh Mohd Effendi Norwawi (kiri) dan Isahak (tengah).

Raja Shahreen (dua dari kanan) dan Tiara Jacquelina (dua dari kiri) bertukar MoU sambil disaksikan oleh Mohd Effendi Norwawi (kiri) dan Isahak (tengah).

BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) yang merupakan anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan kerjasama bersama Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan sektor ekopelancongan.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, kedua-dua pihak merancang menjalinkan usahasama bagi membangunkan forest chalet atau pembangunan berkonsepkan ekopelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi.

Menurutnya, cadangan membangunkan pembangunan di kawasan seluas 4.4 hektar di Darulaman Sanctuary yang mana BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran terperinci di atas kawasan yang dikenal pasti untuk dibangunkan.

“Pihak Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd pula akan memfokuskan dari konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.

Sumber