Pada tahun 2011, Iqbaal Ramadhan dikenali ramai sebagai anggota boyband Coboy Junior, yang meraih kejayaan besar bersama Bastian Steel, Teuku Rizky (Kiki), dan Aldy Maldini. Namun, nama Iqbaal lebih dikenali dengan watak Dilan dalam filem Dilan 1990, yang membuatkan beliau menjadi idola dalam dunia seni. Walaupun sudah mencapai pelbagai kejayaan sebagai aktor, Iqbaal Ramadhan membuktikan bahawa dirinya lebih daripada sekadar pelakon.
Kini, setelah lebih dari satu dekad dalam industri hiburan, Iqbaal kembali dengan sebuah identiti baru—sebagai seorang pemuzik solo. Dengan nama panggung BAALE, Iqbaal mengembangkan potensi muziknya ke dalam aliran BritPop yang lebih mendalam dan penuh makna. Nama BAALE dipilih bukan sekadar untuk nama panggung, tetapi sebagai simbol kebebasan, kejujuran, dan karya independen yang mencerminkan dirinya.
Album perdana FORTUNA yang dilancarkan pada Mei 2024 menjadi penanda aras bagi perjalanan muzik Iqbaal sebagai BAALE. Berisikan 11 lagu yang penuh dengan cerita tentang perjalanan hidup, harapan, dan nostalgia, FORTUNA adalah album yang mengangkat tema nasib baik dan perjuangan dalam mencari identiti.
Buat peminat setia BAALE di Malaysia, ini adalah peluang yang sangat dinanti-nantikan. Pada 15 Jun 2025, BAALE akan membuat penampilan pertamanya di Kuala Lumpur dengan Konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur yang akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini merupakan peluang emas untuk menyaksikan secara langsung perjalanan muzik Iqbaal bersama BAALE dalam suasana yang lebih intim dan mengesankan.

“Konsert ini adalah kesempatan luar biasa untuk memperkenalkan BAALE kepada peminat di Malaysia. Kami harap semua peminat dapat menikmati setiap detik dalam konsert ini, menikmati muzik yang penuh emosi, dan lebih dekat dengan BAALE,” ujar Idreez J dari Miebird Projects, penganjur konsert tersebut.
Menurut Iqbaal Ramadhan, “Saya sangat teruja untuk datang ke Malaysia sebagai BAALE. Album FORTUNA menceritakan kisah perjalanan hidup saya yang penuh dengan keresahan, kesepian, dan impian masa muda. Saya berharap peminat Malaysia dapat lebih mengenali saya melalui muzik ini dan berjalan bersama kami dalam perjalanan seni yang lebih panjang.”
Tiket untuk konsert BAALE – FORTUNA Live in Kuala Lumpur telah pun dijual dengan pelbagai kategori harga, yang boleh dibeli di www.ilassotickets.com. Harga tiket adalah seperti berikut:
- RM 198 – RM 218 (FORTUNA – Berdiri, Zon Hadapan)
- RM 218 (MUSIM – Duduk, Bernombor)
- RM 268 (MALAM MINGGU – Duduk, Bernombor)
- RM 398 (VIP Box – per pax, 10 pax per box)

Dengan hanya beberapa bulan menjelang konsert, peminat diingatkan untuk segera mendapatkan tiket kerana peluang ini sangat berharga. Jangan lepaskan kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada konsert bersejarah ini, yang pastinya akan meninggalkan kenangan manis yang tak terlupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, ikuti Miebird Projects di Instagram, TikTok, dan Facebook @miebirdprojects untuk info terkini.
Mari kita raikan muzik, kenangan, dan FORTUNA bersama BAALE di Zepp Kuala Lumpur pada 15 Jun 2025!