Selepas setahun mencipta fenomena dalam arena M-Pop tempatan, kumpulan lelaki sensasi ALPHA terus melakar kejayaan apabila bakal melancarkan album studio penuh pertama mereka berjudul The First Wave. Pelancaran album tersebut bukan sahaja menandakan pencapaian penting dalam kerjaya seni mereka, malah diraikan sempena ulang tahun pertama penubuhan kumpulan itu bersama para peminat yang setia menyokong sejak hari pertama. Acara pelancaran yang berlangsung pada 14 Jun 2026 di Pavilion Damansara Heights menjadi platform istimewa buat ALPHA untuk berkongsi detik bersejarah bersama peminat. Dianggotai oleh Daniel, Izat, Rizal, Ariel, Araff, Ray-D dan Sky, ALPHA berjaya mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan lelaki paling menonjol dalam industri hiburan tempatan menerusi identiti muzik yang segar, persembahan bertenaga serta pengaruh yang semakin berkembang dalam kalangan generasi muda. Album The First Wave merupakan album studio penuh pertama ALPHA di bawah naungan Rocketfuel Entertainment dan menjadi simbol kepada perkembangan serta kematangan mereka sebagai sebuah kumpulan. Menampilkan 12 buah lagu, album ini menggabungkan pelbagai genre muzik yang mencerminkan kepelbagaian bakat dan kreativiti anggota ALPHA. Antara lagu yang dimuatkan termasuk Mona Lisa (Bang Bang), P. Ramlee Saloma, Bujang, Tiada Pengganti dan single popular Gelato yang mendapat sambutan hangat daripada peminat. Selain lagu-lagu yang telah diperkenalkan sebelum ini, album tersebut turut menampilkan beberapa karya baharu yang dinanti-nantikan seperti Mahkota Cinta, Gerak, Roman Empire dan Dia yang menampilkan kolaborasi bersama AG Coco. Kehadiran lagu-lagu baharu ini dijangka memberikan warna dan dimensi berbeza kepada perjalanan muzik ALPHA. Salah satu karya yang paling mencuri perhatian ialah Burn It Down, sebuah lagu yang dirakamkan ketika ALPHA menjalani latihan intensif di Korea Selatan menerusi program ALPHA Dreams Unlocked: Seoul Chapter. Lagu tersebut mendapat sentuhan komposer antarabangsa Daniel Caesar dan Candace Sosa yang pernah menghasilkan karya untuk kumpulan K-Pop terkenal seperti BTS, TOMORROW X TOGETHER dan ENHYPEN. Pengalaman berharga di Seoul bukan sahaja memperkukuhkan kemahiran persembahan ALPHA, malah membuka peluang kepada mereka untuk bekerjasama dengan tenaga kreatif bertaraf dunia. Menurut Daniel Sher, album The First Wave merupakan hadiah istimewa buat peminat yang sentiasa berada di belakang mereka sepanjang perjalanan setahun ini. Katanya, album tersebut menjadi simbol kepada segala usaha, pengorbanan dan kenangan yang telah mereka cipta bersama sebagai sebuah kumpulan. Bagi Izat Ibrahim pula, album ini memperlihatkan sisi ALPHA yang lebih matang dengan eksperimen pelbagai genre muzik yang menawarkan pengalaman baharu kepada pendengar. Ray-D turut menyifatkan album tersebut sebagai lebih daripada sekadar koleksi lagu. Baginya, The First Wave merakamkan perjalanan, impian dan hubungan erat yang telah dibina bersama peminat sepanjang tahun pertama mereka dalam industri hiburan. Dalam pada itu, Ketua Rocketfuel Entertainment, Mathan Rajasingam menyifatkan pelancaran album sulung ini sebagai satu pencapaian besar bukan sahaja buat ALPHA, malah untuk perkembangan industri muzik tempatan. Beliau percaya kejayaan yang dicapai dalam tempoh singkat membuktikan ALPHA mempunyai potensi besar untuk mengangkat identiti M-Pop Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan. Lebih menarik, sempena pelancaran album tersebut, ALPHA turut diumumkan sebagai duta jenama Sooka. Kerjasama ini menyaksikan pengenalan Pelan Sooka x ALPHA yang akan mula ditawarkan bermula 15 Jun 2026 pada harga RM34.90 untuk tempoh tiga bulan. Pelan khas ini menawarkan akses kepada sehingga 79 saluran hiburan termasuk siaran langsung, drama tempatan dan antarabangsa, rancangan realiti popular, kandungan keluarga serta lebih 50 mikrodrama daripada pelbagai genre. Menerusi kolaborasi tersebut, peminat ALPHA juga bakal menikmati pelbagai kandungan eksklusif yang hanya boleh ditonton di platform Sooka, termasuk rakaman di sebalik tabir, temu bual khas dan muzik video eksklusif hasil kerjasama antara ALPHA dan Sooka. Dengan pelancaran The First Wave serta kerjasama strategik bersama Sooka, ALPHA dilihat semakin bersedia untuk melangkah ke fasa baharu yang lebih besar dalam perjalanan seni mereka. Selepas setahun membina nama dan pengaruh dalam industri, kumpulan ini kini bersedia mencipta gelombang baharu yang lebih besar dalam dunia M-Pop tempatan. PelanHargaTawaran & ganjaranPelan Sooka x ALPHARM34.90 untuk 3 bulanAkses kepada pelbagai kandungan hiburanAkses kepada lebih 50 mikrodrama Akses kepada kandungan eksklusif ALPHA Peluang untuk memenangi:Sesi Meet & Greet eksklusif bersama ALPHA Sesi hangout bersama ALPHAAlbum & Koleksi barangan ALPHA Dengan gabungan kandungan hiburan yang pelbagai serta akses eksklusif kepada ALPHA termasuk kandungan baharu yang direka khas untuk peminat, Sooka menjadi destinasi sehenti buat peminat yang ingin menikmati pengalaman hiburan lengkap pada bila-bila masa dan di mana sahaja, pada harga yang sangat berbaloi. Langgan sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman ini. Layari https://sooka.my/m/whats-new untuk maklumat lanjut. Jangan Lepaskan Peluang Menjadi Sebahagian Daripada “The First Wave” Bersempena pelancaran The First Wave, pra-tempahan bagi album dan barangan eksklusif ALPHA bagi sesi pertama yang dibuka pada 6 Jun lalu telah habis dijual. Sesi kedua yang bakal melibatkan penghantaran ke seluruh Malaysia dan Singapura pula akan dibuka selepas 15 Jun 2026. Album fizikal “The First Wave” dijual pada harga RM89.90 manakala pakej “bundle” eksklusif yang mengandungi album fizikal, “The First Wave” t-shirt, stokin, topi dan beg tote ditawarkan pada harga RM249.90. Orang ramai dan para peminat dijemput hadir memeriahkan pelancaran album sulung ALPHA pada: Aras 2, Center Court, Pavilion Damansara Heights 14 Jun 2026 12 tengah hari hingga 9 malam Ikuti semua platform media sosial rasmi ALPHA untuk mendapatkan perkembangan terkini serta pengumuman penting berkaitan acara ini. Pelancaran album “The First Wave” dianjurkan oleh Rocketfuel Entertainment dengan kerjasama Pavilion Damansara Heights serta disokong oleh Munchy’s Cream-O, Emina dan TikTok LIVE. Post navigation KEHANGATAN KONSERT 3 DEKAD UNGU SEMAKIN MEMUNCAK! ‘KHADAM’ DOMINASI CARTA FILEM TEMPATAN, RAIH RM1.2 JUTA DALAM TEMPOH SINGKAT