DC Healthcare Holdings Berhad (DC Healthcare), pakar perkhidmatan estetik perubatan yang tidak melibatkan sebarang pembedahan. Kini mengukuhkan pencapaian operasinya menerusi pelancaran empat klinik baharu sepanjang ketiga tahun ini. Inisiatif tersebut memperluaskan penyampaian rawatan profesional syarikat secara menyeluruh merangkumi zon tengah, utara dan selatan di Semenanjung Malaysia. Peluasan ini digerakkan secara berperingkat bermula pada bulan Julai lalu melalui pengoperasian cawangan Klinik Dr Chong di Muar dan USJ Taipan. Langkah tersebut disusuli dengan pembukaan cawangan Setia Alam di Eco Ardence pada bulan Ogos, sebelum memperkenalkan cawangan Klinik baharu DC Plus di Greenlane, Pulau Pinang pada bulan September bagi menawarkan lebih banyak pilihan rawatan kepada orang ramai. Kehadiran Klinik DC Plus di Pulau Pinang bertindak sebagai pemangkin penting dalam meneroka pasaran baharu dengan sokongan infrastruktur yang sedia ada. Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr. Chong Tze Sheng menegaskan bahawa strategi pembesaran cawangan ini dilaksanakan berasaskan keperluan sebenar pelanggan supaya kualiti rawatan dan layanan kepada setiap pesakit sentiasa terjamin.Langkah strategik ini dipacu oleh prestasi kewangan yang kukuh dalam sektor perkhidmatan estetik utama. Bagi suku kedua TK2026, hasilnya meningkat 15 peratus kepada RM20.44 juta, manakala perolehan separuh pertama melonjak 20 peratus mencecah RM39.12 juta berbanding RM32.66 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya. Bagi mengekalkan hala tuju tersebut, DC Healthcare terus memperkasa pemasaran digital berpandukan analitik data pesakit dan mempertingkat kecekapan operasi di setiap cawangan. Di samping itu, penilaian terhadap teknologi perubatan berimpak tinggi serta peluasan produk penjagaan kulit premium terus digiatkan demi menjamin pertumbuhan perniagaan yang berdaya tahan. Post navigation Platform sehenti bantu bakal dhuyufurrahman rancang ibadah tanah suci menerusi tawaran fleksibel dan bimbingan langsung pengelola sah.