Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • AJL39 Kembali Lagi, Nada Rasa Cipta Keajaiban Muzik di Axiata Arena!
  • Entertainment
  • Music

AJL39 Kembali Lagi, Nada Rasa Cipta Keajaiban Muzik di Axiata Arena!

Helmi Aziz January 20, 2025 2 minutes read
CLUSTER FINALIST POSTER

Perjalanan ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) kini secara rasminya bermula! Siaran langsung Mega Live AJL39 menerusi platform TikTok TV3 Malaysia baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai dengan pelbagai pengumuman menarik. Dari tema AJL39 yang penuh emosi, tarikh jualan tiket, pengenalan hos-hos baharu, hingga penaja utama, setiap detik menjanjikan kemeriahan luar biasa!

Lebih istimewa, program sampingan Healing AJL39 bakal berlangsung hujung minggu ini, memberi peluang eksklusif kepada peminat untuk mendekati dunia AJL39 secara lebih santai.

AJL39 dijadualkan berlangsung pada 16 Februari 2025 (Ahad), jam 9:00 malam, bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil. Acara ini akan disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton, membolehkan seluruh rakyat Malaysia menikmati persembahan terbaik daripada 10 finalis terpilih.

Tahun ini, AJL39 hadir dengan tema “Nada Rasa”, menggambarkan keupayaan muzik dalam menyampaikan pelbagai emosi dan mesej mendalam. Dengan tema ini, setiap finalis berpeluang menonjolkan karya mereka secara puitis dan emosional, mencipta pengalaman luar biasa untuk para penonton.

Mengendalikan AJL39 tahun ini adalah Naz Rahman dan Sissy Imann, yang dijangka membawa gaya pengacaraan unik dan bertenaga. Sementara itu, segmen Karpet Merah akan dimeriahkan oleh Fikry Ibrahim dan Malia Baby, memastikan acara ini penuh dengan glamor dan kehangatan.

Tiket AJL39 telah mula dijual bermula 18 Januari 2025 dan boleh didapati melalui laman web rasmi wowtix.com.my. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini di Axiata Arena.

Spekulasi mengenai penambahan dua finalis akhirnya terjawab apabila diumumkan bahawa ia sebenarnya memperkenalkan JardinPeau sebagai penaja utama AJL39. Jenama penjagaan kulit premium di bawah Skinville Solution Sdn. Bhd. ini dijangka menambahkan lagi kemewahan dan keistimewaan acara.

Sebagai tambahan, peminat boleh menikmati program Healing AJL39 yang mengetengahkan persembahan akustik dan sesi santai bersama semua finalis AJL39. Bertempat di Gua Juicery, Taman Botani Putrajaya, acara ini akan berlangsung pada 25 dan 26 Januari 2025 (Sabtu & Ahad). Sesi ini turut menawarkan peluang untuk peminat bertemu idola mereka dalam sesi meet & greet.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan AJL39 pada 16 Februari 2025. Dapatkan tiket anda segera di wowtix.com.my. Untuk perkembangan terkini, ikuti TV3 Malaysia di laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram di @TV3Malaysia.

Gunakan hashtag berikut untuk berkongsi keterujaan anda di media sosial:
#AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Eksklusif di Tonton, ‘Langit Ke Tujuh’ Drama Penuh Pengajaran Tentang Ajaran Sesat
Next: Tiada Penyingkiran, Top 6 Kekal Terus ke Minggu Hadapan dalam CSOIAM!

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.