Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Shirota strain kurangkan risiko kanser payudara
  • Sport

Shirota strain kurangkan risiko kanser payudara

Helmi Aziz November 15, 2019 3 minutes read
477327.jpg

Amalan minum Yakult setiap hari berkesan kurangkan risiko penyakit yang digeruni itu

BERDASARKAN penyelidikan bertajuk Kes Kawalan Berasaskan Populasi mencadangkan bahawa amalan pengambilan minuman mengandungi Lactobacillus casei Shirota (LcS) pada setiap hari bermula sejak berumur belasan tahun dapat mengurangkan risiko payudara.

Penemuan berkenaan diketengahkan oleh Dr Masakazu Toi dari Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto yang dijalankan bersama Dr Yasuo Ohashi dari Jabatan Biostatistik, Universiti Tokyo, Jepun.

Dikendalikan atas nama Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam, Tokyo di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payudara, penyelidikan itu telah dibentangkan di Simposium Kanser Payu Dara San Antonio sebelum ini. Sekali lagi ia dipersembahkan pada Persidangan Shirota ke-6, Tokyo baru-baru ini.

Yakult dalam satu kenyataan berkata, para penyelidik berkenaan telah mengkaji kaitan antara pengambilan minuman mengandungi bakteria Shirota strain iaitu minuman susu kultur jenama Yakult dan juga makanan berasaskan soya yang mengandungi isoflavone soya dengan kekerapan berlakunya kanser payudara.

“Berdasarkan kajian-kajian sebelum ini telah pun menunjukkan bahawa isoflavone soya, komponen yang terkandung dalam soya mempunyai fungsi melindungi daripada kejadian kanser payudara, tetapi ini ialah kajian yang pertama di dunia yang menunjukkan bakteria asid laktik juga mempunyai kesan perlindungan yang sama,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

Imun

Bermula dari Oktober 2007 hingga Mac 2009, wanita yang berumur dalam lingkungan 40 hingga 55 tahun telah menjalani pembedahan untuk kanser payudara dalam tempoh setahun sebelum itu iaitu seramai 355 pesakit.

Selain itu, 710 peserta kajian yang sihat telah dikaji selidik tentang pemakanan dan gaya hidup mereka dari zaman remaja hingga dewasa.

“Keputusannya menunjukkan bahawa risiko menghidap kanser payudara bagi mereka yang telah mengamalkan minuman mengandungi bakteria asid laktik iaitu Yakult sebanyak empat kali atau lebih dalam seminggu menurun sebanyak 30 peratus berbanding mereka yang mengamalkan minum Yakult kurang dari empat kali seminggu.

AMALAN minum Yakult sebanyak empat kali atau lebih dalam seminggu dipercayai dapat menurunkan risiko seseorang terkena kanser payudara.

AMALAN minum Yakult sebanyak empat kali atau lebih dalam seminggu dipercayai dapat menurunkan risiko seseorang terkena kanser payudara.

“Tambahan pula, antara wanita yang mengatakan mereka tidak makan banyak makanan berasaskan soya, mereka yang telah minum Yakult empat kali atau lebih dalam seminggu mempunyai pengurangan risiko sebanyak 40 peratus untuk menghidap kanser payudara berbanding mereka yang minum Yakult kurang daripada empat kali seminggu,” ujar kenyataan itu.

Dr. Toi menjelaskan, kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh implikasi bakteria Shirota strain ke atas mikroflora usus (populasi mikroorganisma semula jadi dalam usus manusia yang telah membantu penghadaman isoflavone soya yang mungkin berkait dengan pengurangan risiko kanser payudara yang telah dilihat.

“Shirota strain juga telah dilaporkan meningkatkan imun semula jadi tubuh, khususnya aktiviti sel Natural Killer (NK) yang juga mungkin boleh menjelaskan kesan perlindungan tersebut,” katanya.

PERKAITAN antara Yakult dan isoflavone.

PERKAITAN antara Yakult dan isoflavone.

KEKERAPAN minum Yakult.

KEKERAPAN minum Yakult.

Rujukan:

Probiotic Beverage with Soy Isoflavone Consumption for Breast Cancer Prevention: A Case-Control Study. Toi M, et al. Curr Nutr Food Sci. 2013 Aug; 9(3):194-200.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mayat jadi berat jika berbaring ketika azan?
Next: Bingkisan istimewa buat bapa

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.