Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • TOTIQ perkasa semangat tadabbur, tazakkur
  • ATTRACTION

TOTIQ perkasa semangat tadabbur, tazakkur

Helmi Aziz November 14, 2019 2 minutes read
501270.jpg
NILAI – Buat julung kalinya, Training of Trainers Interaksi Quran (TOTIQ) berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini membangkitkan semangat tadabbur dan tazakkur dalam kalangan masyarakat.

Program anjuran Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Seremban, Pusat Alumni Kerjaya dan Kompleks Islam Tuanku Muhriz USIM dengan kerjasama Sahabat Quran Korporat, RSG Medicare dan Akademi Sinergi Ikhlas ini merangka enam siri dengan kandungan berbeza setiap siri bagi mencapai matlamat TOTIQ.

Pengasas Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, program berkenaan memupuk masyarakat untuk kembali kepada cara hidup Islam, selain melahirkan legasi dan generasi anak-anak pencinta al-Quran.

“Matlamat pelaksanaan TOTIQ ini adalah untuk berkongsi teknik dan modul-modul latihan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.

“Berdasarkan R&D yang telah diuji cuba dan diterima baik yang mana peserta akan didedahkan dengan kemahiran dan pembelajaran secara berstruktur dan sistematik.

“Hasrat daripada latihan yang dikongsikan ini, insya-ALLAH dapat melahirkan lebih ramai daie profesional yang menguasai kemahiran tadabbur dan tazakkur yang diterima di dalam masyarakat mahupun korporat,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut katanya, melalui program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada ramai ahli masyarakat dan mampu membentuk karakter bangsa berpandukan panduan di dalam al-Quran.

Menurutnya, program ini juga dapat menggerakkan aktiviti baca, faham dan amal al-Quran yang memerlukan pendidik memahami cara serta memindahkan kemahiran dan ilmu tersebut secara berstruktur.

“Harapan kami dapat melatih lebih ramai ‘Agent of Change’ (AOC) dalam kalangan mahasiswa mahasiswi, tenaga pengajar dan penggerak Rumah Ngaji yang mampu menyampaikan misi dakwah mengajak komuniti setempat untuk berinteraksi dengan al-Quran.

“Pusat Kecemerlangan Tadabbur (Tadabbur Centre of Excellence) yang bermula dari USIM yang berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli, akan menyumbang kepada kecemerlangan komuniti dan organisasi dalam melahirkan ummah yang dinamik dan progresif,” katanya.

Pada program tersebut, seramai 170 peserta terdiri dalam kalangan para mahasiswa USIM, pensyarah, guru, Korporat, Asatizah, pengusaha tadika, penggerak Rumah Ngaji dan beberapa peserta yang datang dari Johor, Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan juga Negeri Sembilan.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tip kurus realistik
Next: 5 tip peti ais kemas, bersih

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.