DALAM dunia milenial pada hari ini, boleh dikatakan segala kemudahan serba canggih dan lengkap untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian. Ia termasuklah juga aplikasi al-Quran yang boleh dimuat turun ke dalam telefon bimbit masing-masing. Jadi, kita sepatutnya tidak lagi menggunakan alasan tidak sempat membaca al-Quran kerana kemudahan itu boleh didapati menerusi peranti sendiri. Benar, ia sesuatu yang memudahkan, namun adakah penggunaan aplikasi al-Quran itu perlu dimuliakan sepertimana mushaf kalam ALLAH itu sendiri? Wajibkah kita untuk mempunyai wuduk semasa membawa telefon bimbit yang mengandungi aplikasi penuh 30 juzuk al-Quran itu? Bagi menjawab persoalan itu, sebenarnya tidak wajib untuk kita mempunyai wuduk ketika membawa atau menyentuh telefon bimbit, tetapi disyaratkan ada wuduk apabila ingin menyentuh tulisan yang tertera ayat-ayat al-Quran apabila aplikasi tersebut dibuka untuk dibaca. Firman ALLAH SWT: “Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-mahkluk yang diakui bersih suci.” (Surah al-Waqi’ah, ayat 79) Selain itu, aplikasi al-Quran tidak dihukumkan sama dengan mushaf al-Quran khusus sewaktu aplikasi berkenaan ditutup. Namun, kita tetap perlu menjaga kehormatan ayat-ayat suci al-Quran daripada tercemar. Jika ingin ke tandas, tiada masalah untuk membawa telefon bimbit berkenaan bersama, tetapi pastikan aplikasi al-Quran berkenaan tidak dibuka sebelum memasuki tandas. Kepada mereka yang ada aplikasi al-Quran dalam telefon bimbit, sila ambil maklum tentang perkara-perkara itu ya. Apapun jua keadaannya, sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk memelihara kemuliaan kalam ALLAH itu. (Sumber: Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Selangor) Sumber Post navigation Dunia Instafamous popularkan Syifa Melvin 200 kali lebih efektif daripada kemoterapi