Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) akan menganjurkan sidang media sempena Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi 2026 pada 15 Jun 2026 bertempat di Lobi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Putrajaya. Sidang media ini diadakan bagi berkongsi perkembangan terkini berkaitan pelaksanaan dasar tersebut serta usaha kerajaan dalam memperkukuh sistem sokongan kepada individu yang terkesan akibat kebankrapan. Majlis ini akan disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, yang akan membentangkan pencapaian semasa Dasar Peluang Kedua serta hala tuju baharu dalam memperkasakan agenda pemulihan individu bankrap. Beliau juga dijangka berkongsi beberapa inisiatif tambahan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan. Dasar Peluang Kedua di bawah Kerajaan MADANI memberi fokus kepada pendekatan pemulihan yang lebih seimbang antara keperluan undang-undang dan kesejahteraan rakyat. Ia memberi peluang kepada individu bankrap untuk memulakan semula kehidupan mereka melalui proses pelepasan yang lebih mudah, cepat dan telus. Sejak diperkenalkan, dasar ini telah membantu ratusan ribu individu mendapatkan pelepasan kebankrapan. Pencapaian ini bukan sahaja memberi impak kepada individu terlibat, malah turut menyumbang kepada pemulihan ekonomi isi rumah serta peningkatan kualiti hidup golongan berkenaan. Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi 2026 pula akan menjadi medium interaksi langsung antara kerajaan dan rakyat. Melalui program ini, orang ramai akan didedahkan dengan pelbagai maklumat penting berkaitan pengurusan kewangan, langkah pencegahan kebankrapan serta proses mendapatkan pelepasan. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang karnival termasuk sesi konsultasi bersama pegawai MdI, pameran agensi kerajaan serta perkongsian maklumat berkaitan bantuan dan inisiatif yang tersedia. Ini bagi memastikan masyarakat lebih celik kewangan dan memahami hak mereka dengan lebih jelas. Media dijemput hadir bagi mendapatkan liputan menyeluruh mengenai sidang media ini serta perkembangan lanjut Karnival Jelajah Dasar Peluang Kedua Insolvensi 2026 yang akan memberi manfaat kepada rakyat di seluruh negara. Post navigation BYD SIME MOTORS SECURES 1,000 BOOKINGS FOR 2026 ATTO 3 IN JUST 10 DAYS