Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • Mira Filzah bawa tiga peminat bertuah ke Taiwan
  • Sport

Mira Filzah bawa tiga peminat bertuah ke Taiwan

Helmi Aziz April 20, 2019 3 minutes read
232222.jpg

PELAKON dan pengacara Mira Filzah, dengan kolaborasi bersama Taiwan Tourism Bureau (Taiwan Tourism) telah menganjurkan sebuah peraduan, yang mana tiga peminat bertuah memenangi percutian yang ditanggung semuanya selama 5 hari, 4 malam ke Taiwan.

Pemenang akan meluang masa sepetang bersama Mira Filzah pada acara `Meet & Greet’ di bandar Taipei, April depan. Pemenang utama, Wan Muhd Faizul Adli, Mohd Amin dan Nur Othman telah menyiar video kreatif pada akaun Instagram mereka dan melengkapkan ayat, “Saya mahu ke Taiwan Bersama Mira Filzah kerana….”.

Usaha mereka itu menawan hati Taiwan Tourism dan Mira Filzah, menjadikan mereka tiga pemenang hadiah utama pakej percutian bernilai RM2,788 setiap satu.

Pengumuman pemenang telah dilakukan di gerai Taiwan Tourism pada Pameran MATTA Fair 2019 Sabtu lepas. Mira turut hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang utama dan hadiah sagu hati kepada tujuh lagi pemenang.

Faizul, 37, dari Sepang begitu gembira ketika ditemui selepas menerima hadiah utama.

“Saya telah mengikuti Mira Filzah dan perkembangannya selama empat tahun. Saya amat meminati beliau kerana personalitinya yang menarik, manis dan pada masa sama sukakan aktiviti lasak. Sebagai seorang ikon remaja, beliau adalah inspirasi saya. Jadi apabila saya mendapat tahu mengenai peraduan ini, saya cukup teruja sebab inilah peluang bertemu idola saya.

“Lagi pun, saya ingin menikmati Taiwan, destinasi pelancongan yang mesra Muslim buat pertama kali. Saya ucapkan terima kasih kepada Mira Filzah dan Taiwan Tourism kerana menganjurkan peraduan ini dan saya tidak sabar-sabar untuk terbang ke Taiwan April ini!,” kata Faizul.

Peraduan tersebut diadakan bersempena Salam Taiwan, sebuah kempen oleh Taiwan Tourism bagi menonjolkan aspek mesra Muslim negara pulau itu. Salam Taiwan dilancarkan tahun lalu dengan Mira Filzah sebagai Duta Pelancongan Taiwan Tourism Bureau.

Taiwan pada masa ini, disenaraikan di tangga kelima dalam kategori bukan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) terdahulu dan terus bekerjasama erat dengan Persatuan Cina Muslim, Pusat Halal Taiwan dan Persatuan Islam Taiwan. Menerusi usaha-usaha ini, pelancong Muslim kini boleh menikmati Taiwan dengan selesa kerana lebih banyak fasiliti dan kemudahan mesra Muslim telah disediakan.

Ini termasuk makanan dan minuman diperakui halal, hotel-hotel dan bilik solat selesa di kawasan awam. Bagi pelancong yang mencari buah tangan, kosmetik dan penjagaan kulit halal adalah antara barangan yang disaran untuk dibeli sebagai buah tangan kepada keluarga dan sahabat-handai.

Sebagai sebahagian daripada promosi Salam Taiwan, Taiwan Tourism menawarkan Pakej Pelancongan Salam Taiwan istimewa yang merangkumi penerbangan menerusi China Airlines, penginapan, makanan dan paling penting akses eksklusif kepada acara Meet & Greet Bersama Mira Filzah di Taiwan.

#sihataktif #jomrelaks



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BMW perkenal pelan pembiayaan Easy Drive
Next: CIMB salur RM12 bilion bantu golongan B40

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.