Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Automotive
  • Johan terajui transformasi automotif dengan pembukaan GGR Electric Motorcycles
  • Artist
  • Automotive
  • Business
  • Teknologi Perniagaan

Johan terajui transformasi automotif dengan pembukaan GGR Electric Motorcycles

Helmi Aziz October 22, 2025 4 minutes read
IMG_20251018_162706

Pelakon dan juruhebah popular, Johan, melangkah ke satu dimensi baharu dalam dunia keusahawanan apabila menceburi bidang jualan motosikal elektrik (EV). Usahawan yang kini berusia 41 tahun itu, atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, menerusi syarikat miliknya Hanania Group Sdn. Bhd., sebelum ini sudah membuktikan keupayaan dalam bidang perniagaan dengan kejayaan restoran miliknya, Itik Ke Ayam?

Kini, Hanania Group melebarkan sayap ke sektor automotif hijau dengan menjalin kolaborasi bersama GGR Motor melalui pembukaan rasmi Pusat Pameran Motosikal Elektrik GGR Motor yang dikenali sebagai GGR x Johan. Majlis pelancaran diadakan di Melawati Square, Taman Melawati, Kuala Lumpur, dan diserikan dengan acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara GGR Legacy (M) Sdn. Bhd. dan Hanania Group Sdn. Bhd.

Pada majlis tersebut, GGR Motor turut mengumumkan dua lagi inisiatif penting iaitu MoU dengan rakan luar negara bagi kolaborasi eksport motosikal EV ke Thailand serta usaha sama dengan pengilang di China. Langkah ini sekaligus menandakan perkembangan besar dalam strategi GGR Motor untuk memperluaskan pasaran serantau dan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri kenderaan elektrik tempatan.

Pusat pameran GGR x Johan dibuka sebagai usaha memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terhadap mobiliti hijau. Lebih membanggakan, pelancaran rasmi ini turut disempurnakan oleh rakan penyampai radio Hot FM dan sahabat baik Johan, Khairy Jamaluddin. Johan turut mencatat sejarah peribadi apabila menjadi artis kedua bergabung dengan GGR Motor selepas pelakon Farid Kamil yang memulakan langkah sama pada September lalu.

Menurut Johan, penglibatannya dalam bidang automotif ini bukan sekadar percubaan, tetapi satu komitmen serius untuk membawa perubahan terhadap gaya hidup lestari. Beliau menegaskan bahawa pembukaan pusat pameran ini adalah bukti kesungguhannya untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat Malaysia.

Majlis bersejarah itu turut dihadiri oleh YAM Tengku Syarif Temenggong Perlis, Dato’ Seri Diraja Syed Amir Abidin Jamalullail; Rakan Strategik, Profesor Dr. Nizar Abd Jalil; serta Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi. Penandatanganan MoU ini juga dijangka membuka peluang pekerjaan baharu kepada lebih 100 orang, khususnya dalam kalangan anak muda tempatan.

Dari segi produk, motosikal elektrik keluaran GGR Motor direka untuk menjadi praktikal, tahan lasak dan mesra pengguna. Ia menawarkan tiga mod kelajuan berbeza, iaitu 35 kilometer sejam bagi mod pertama, 45 hingga 55 kilometer sejam untuk mod kedua, dan sehingga 70 kilometer sejam bagi mod ketiga. Bateri pula boleh dicas penuh dalam masa enam jam, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian di kawasan bandar mahupun perjalanan jarak jauh.

Tidak seperti motosikal konvensional, model elektrik ini tidak memerlukan servis enjin berkala. Penyelenggaraan hanya tertumpu kepada komponen asas seperti tayar dan casing bateri. Dengan hanya dua komponen utama bateri dan pengawal (controller) kos penjagaan menjadi jauh lebih rendah. Pelanggan juga boleh mendapatkan alat ganti terus dari kedai rasmi GGR Motor, memastikan kemudahan selepas jualan sentiasa terjamin.

PMH Motor, sebagai Master Dealer, akan memainkan peranan utama dalam memperluaskan capaian pasaran GGR Motor, khususnya di kawasan utara Semenanjung. Syarikat ini turut menawarkan pelbagai pakej tambahan yang merangkumi bateri gantian, pengawal tambahan serta aksesori seperti lampu, sport rim dan pelindung badan, bagi memenuhi citarasa pelanggan.

Bagi menjamin kepuasan pengguna, setiap motosikal dilengkapi dengan waranti sehingga 50,000 kilometer. Dalam masa terdekat, GGR Motor turut merancang untuk memperkenalkan model baharu dengan saiz lebih besar dan ciri-ciri moden tambahan. Buat masa ini, enam warna utama ditawarkan iaitu merah, putih, kuning, oren, biru cair dan merah jambu, manakala dua lagi warna biru tua dan hijau akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Motosikal elektrik GGR x Johan dijual pada harga asal RM3,999 seunit. Namun, dengan rebat khas sebanyak RM1,000 yang ditawarkan oleh GGR Motor sehingga Disember 2025, pengguna boleh memilikinya pada harga serendah RM2,999. Rebat ini terbuka kepada mereka yang berpendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000, dengan proses kelulusan permohonan antara tiga hingga lima hari bekerja.

Setiap motosikal akan didaftarkan secara rasmi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta layak menerima perlindungan insurans. Menariknya, tiada cukai jalan dikenakan untuk kenderaan elektrik dua roda, menjadikan kos pemilikan lebih rendah dan berbaloi.

Majlis pelancaran ini bukan sahaja menandakan pembukaan sebuah pusat jualan baharu, tetapi turut menjadi simbol kepada usaha Malaysia dalam memperkukuh agenda mobiliti mapan dan pembangunan lestari. Johan, sebagai seorang selebriti berpengaruh, telah membuktikan bahawa masa depan industri hijau bukan sekadar pilihan gaya hidup, tetapi satu keperluan untuk kemajuan negara.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Durioo+ Tayang Eksklusif Goldbeak The Movie, ‘Movie Pack’ RM10 Sebulan Kini Dilancar!
Next: Syria Care Teruskan Misi Kemanusiaan, Sasar Dua Kontena Bantuan Musim Sejuk ke Syria

Related Stories

5 SEBAB KENA TENGOK PEWARIS SUSUK copy 2 (1)
  • Artist
  • Filem Seram
  • Telefilem

5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Luqman Hakim May 6, 2026
Image 2
  • Automotive
  • Business

HONDA MALAYSIA ENHANCES HYBRID OWNERSHIP VALUE WITH A 10-YEAR HYBRID BATTERY WARRANTY

Luqman Hakim May 4, 2026
BackToYou_Artwork (1)
  • Artist
  • Hiburan Islamik
  • Muzik
  • Pelancaran Muzik

Maher Zain Kembali Dengan ‘Back To You’, Penantian 10 Tahun Akhirnya Terbayar!

Luqman Hakim May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.