Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Detik ‘apokalips’ Christchurch
  • ATTRACTION

Detik ‘apokalips’ Christchurch

Helmi Aziz April 19, 2019 4 minutes read
254707.jpg

PADA November 2018, saya pernah menulis mengenai Jacinda Kate Laurell Ardern. Ardern berusia 39 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusia setahun. Beliau merupakan Perdana Menteri ke-40 New Zealand dan termuda di dunia.

Analisis yang saya tulis itu menyentuh mengenai gelombang Jacinda-mania, karakternya, cabaran dan cita-cita politiknya termasuk sisi sebagai seorang ibu. Saya percaya, ketika itu, tidak ramai yang berminat mengetahui tentang Ardern. Mereka hanya menyelak halaman tersebut tanpa mempedulikan penulisan editorial itu.

Namun demikian, pada tanggal 15 Mac lalu, segalanya berubah. Kepopularan wanita itu disebut media antarabangsa melebihi daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Sekelip mata, Ardern menjadi pusat perhatian dunia. Sifat manusiawi yang ditonjolkannya ketika berdepan dengan pembunuhan 50 umat Islam angkara pengganas di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood, Christchurch telah menjadi bualan paling hangat.

Pada saat parameter kerisauan masyarakat New Zealand meningkat, Ardern, seorang bukan beragama Islam, dengan beraninya mengutuk pelaku keganasan yang berasal dari Australia dan berfahaman neo-nazi itu.

Negara yang berusia 150 tahun itu buat pertama kalinya diperdengarkan petikan Surah al-Baqarah pada pembukaan persidangan Parlimennya. Ardern juga mengejutkan ramai apabila mengungkapkan Assalammualaikum. Pada Jumaat, 22 Mac lalu, beliau membenarkan seruan azan disiarkan secara langsung di semua stesen televisyen dan radio bagi memperingati mangsa. Terkini, satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat insiden ini.

Pemerhati juga menyifatkan, selendang dan bahasa tubuhnya mendengar luahan pilu, wajah sebak ketika mendengar khutbah disampaikan Imam Gamal Fouda dan memeluk waris mangsa adalah jujur dan tidak dibuat-buat. Ada yang menulis, Ardern lebih mengerti tentang Islam.

Jangan cepat melatah dan skeptikal dengan hujah-hujah yang dihuraikan itu. Perkara pertama yang kita perlu fahami, New Zealand merupakan sebuah negara yang dihuni 4.79 juta rakyat. 55 peratusnya ialah penganut Kristian, 12.6 peratus (Roman Katolik) dan hanya 1.2 peratus Islam (rata-ratanya merupakan imigran dari India, Syria, Pakistan, Afrika, Fiji, Palestin dan Iraq). Di Christchurch sendiri ada lebih kurang 3,000 orang muslim sahaja.

Tindakan pantas dan sikap empati Jacinda Ardern (tengah) kepada mangsa mendapat pujian dunia.

Tindakan pantas dan sikap empati Jacinda Ardern (tengah) kepada mangsa mendapat pujian dunia.

Justeru, apabila Ardern membenarkan sesuatu yang disifatkan sesetengah pihak ‘mungkin tidak akan berlaku di New Zealand’ (merujuk kepada pendengaran ayat suci dan ungkapan salam), ia adalah sesuatu luar biasa. Bukankah ia melambangkan solidariti dan akhlak mulia daripada seorang yang bukan Islam? Bukankah ia memperlihatkan sisi pemimpin yang mempunyai toleransi dan memiliki sikap menghormati kepada anutan setiap warganya? Tanya diri kita sendiri, adakah kita setolerannya?

Penghormatan dunia

Dalam hal ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi pandangannya tentang Ardern.

Katanya: “Beliau (Jacinda) tanpa sikap apologetik telah menamakan tragedi itu sebagai satu tindakan pengganas.

“Beliau juga telah melawat komuniti Muslim dan imigran New Zealand sambil memakai hijab dan berpakaian serba hitam sebagai tanda hormat dan sokongan moral kepada mereka. Beliau juga menyeru agar rakyatnya bersatu menghadapi tragedi ini.”

Hal itu sekali gus menunjukkan setiap ujian yang ALLAH turunkan, pasti ALLAH akan bukakan pintu bantuan dan rahmat, kata agamawan itu. Firman ALLAH SWT: “Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu akan disertai dengan kemudahan.” (Surah al-Syah, ayat 6).

Reaksi Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan juga menarik perhatian. Kepada Washington Post, beliau menyeru kepada seluruh pemimpin Barat untuk belajar daripada keberanian, kepimpinan dan ketulusan Ardern menangani tragedi pembunuhan yang menyasarkan umat Islam itu.

Selain tokoh pembela Islam itu, Perdana Menteri Emeriyah Arab Bersatu, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum telah memuat naik imej Jacinda yang dihalakan ke bangunan ikonik negara itu, Burj Khalifah melalui laman Twitternya.

“Terima kasih [email protected] dan New Zealand untuk keikhlasan sokongan menyentuh hati 1.5 bilion umat Islam selepas serangan pengganas yang mengejutkan.”

Namun, bagi Pengerusi Majlis Dakwah Negara, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, beliau berpendapat: “Apa yang dia (Ardern) lakukan adalah kerana peranannya sebagai orang politik (pemimpin) yang bertindak mengikut suasana supaya tiada clash (serangan balas) yang lebih besar. Mahu tahu dia ikhlas atau sebaliknya, kena lihat apa tindakan susulannya dan bagaimana dia mengatur masyarakat di negaranya kembali,” katanya kepada Sinar Islam.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Dua syarikat disenarai pendek teraju projek kereta nasional ketiga
Next: Banyak gejala sakit pinggang

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.