Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Entertainment
  • Syamel Ungkap Luka Jiwa Dalam “Beribu Tanda Tanya”
  • Entertainment
  • Music
  • News

Syamel Ungkap Luka Jiwa Dalam “Beribu Tanda Tanya”

Helmi Aziz October 13, 2025 2 minutes read
syamel-2-3

Penyanyi berbakat besar, Syamel kembali dengan karya penuh emosi berjudul “Beribu Tanda Tanya”, sebuah lagu yang sarat dengan persoalan jiwa dan luahan hati yang tidak terjawab. Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim yang bertindak sebagai penulis lirik, komposer dan penerbit.

Menurut Syamel, lagu ini membawa pendengar menyelami perasaan seseorang yang dihantui tanda tanya dan keresahan dalam hubungan yang tidak menemui jawapan. “Cerita lagu ini mengenai persoalan yang banyak membelenggu fikiran dan hati seseorang. Dia meluahkan rasa melalui nyanyian, penuh dengan harapan, kesedihan dan tanda tanya yang tidak berpenghujung,” jelas Syamel.

Lebih menarik, keseluruhan proses rakaman lagu dijalankan di Voltalab Sound Studio yang terletak di Manchester, United Kingdom, di bawah bimbingan Edry Abdul Halim. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara Universal Music Malaysia dan Alternate Records yang sama-sama memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini.

Syamel turut berkongsi pengalamannya merakam lagu di studio bersejarah tersebut. “Lagu ini memang ‘mahal’ sebab saya perlu ke Manchester untuk berjumpa dengan Edry yang menetap di sana. Semua proses, dari rakaman hingga ke pembikinan visualizer dilakukan sepenuhnya di sana. Ia satu pengalaman yang sangat berharga kerana studio ini pernah digunakan oleh artis legenda UK seperti Oasis. Saya rasa sangat bertuah dapat merakam lagu ini di tempat yang penuh sejarah,” katanya.

Dari segi penyampaian, Syamel berharap pendengar dapat benar-benar menghayati lirik dan melodi lagu ini. “Lagu ini unik kerana dibina berdasarkan persoalan dalam lirik. Ramai yang mungkin pernah alami situasi hubungan yang tergantung tanpa jawapan. Jadi saya harap bila orang dengar, mereka akan rasa dekat dengan kisah ini,” tambahnya.

Menariknya lagi, “Beribu Tanda Tanya” turut dipilih sebagai lagu tema bagi drama bersiri terbaharu berjudul Doa Yang Terlindung yang bakal ditayangkan di Media Prima tidak lama lagi. Drama ini dijangka mencuit emosi penonton dengan jalan cerita yang penuh makna dan keinsafan.

Mengakhiri perbualan, Syamel berharap lagu ini akan kekal relevan sepanjang zaman. “Saya harap lagu ini boleh jadi evergreen, lagu yang orang tak pernah jemu nak dengar. Dan mungkin melalui lagu ini, pendengar akan belajar bahawa kadang-kadang lebih baik kita bertanya daripada berdiam diri. Semoga lagu ini terus hidup di hati pendengar,” ujar Syamel.

Dengan kekuatan vokal dan penyampaian penuh jiwa, “Beribu Tanda Tanya” menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan seni Syamel. Lagu ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Awakening Music Perkenal Jaqlyn Sebagai Artis Wanita Pertama Dengan Single Debut “This Is Who I Am”
Next: Sime Motors Marks 45 Years of Excellence with a Grand Celebration Featuring the Malaysian Philharmonic Orchestra

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.