Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Tulus & Juicy Luicy Cetus Momen Emosi di Ruang Inspirasi Festival 2025 Kuala Lumpur
  • Festival
  • Music
  • News

Tulus & Juicy Luicy Cetus Momen Emosi di Ruang Inspirasi Festival 2025 Kuala Lumpur

Helmi Aziz July 18, 2025 3 minutes read
1. Poster RIF - Tulus Juicy Luicy

Ruang Inspirasi Festival (RIF) 2025 bakal menggamit peminat muzik di Malaysia menerusi sebuah acara yang menjanjikan gabungan persembahan bertenaga, emosi yang mendalam dan nilai inspiratif. Bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2025 (Ahad), festival ini akan mengetengahkan dua nama besar dari Indonesia, Juicy Luicy dan Tulus, sekali gus menjadikan RIF sebuah pengalaman yang tidak boleh dilepaskan, terutamanya buat generasi muda yang dahagakan muzik yang menyentuh jiwa.

Dipersembahkan oleh Expoindo dengan kerjasama penganjur tempatan Thrive, RIF mengetengahkan konsep unik yang bukan hanya tertumpu kepada hiburan semata-mata. Ia juga menjadi platform perkongsian cerita, inspirasi di sebalik penciptaan lagu-lagu hit, serta pengalaman peribadi para artis. RIF bukan sekadar sebuah konsert, sebaliknya ia adalah ruang untuk menyemai nilai positif, memperkukuh hubungan melalui muzik dan mengangkat semangat komuniti.

Penganjur Expoindo menyatakan bahawa RIF merupakan penganjuran muzik yang dinantikan peminat tempatan, dan untuk tahun sulungnya, mereka memilih Juicy Luicy dan Tulus sebagai wajah utama. Juicy Luicy yang dikenali dengan lagu-lagu seperti ‘Lantas’, ‘Lampu Kuning’, dan ‘Sialan’ mempunyai kelompok peminat tersendiri di Malaysia, khususnya dalam kalangan remaja dan generasi muda. Lagu-lagu mereka dekat dengan pengalaman peribadi pendengar, penuh makna dan membangkitkan pelbagai emosi. Justeru itu, tidak hairanlah kumpulan ini diberi peranan utama dalam festival edisi kali ini.

Juicy Luicy diumumkan sebagai artis fasa pertama bagi RIF 2025. Pada 16 Julai lalu, Tulus pula diumumkan sebagai artis fasa kedua, sekaligus melengkapkan lineup yang cukup dinanti-nantikan. Menariknya, Tulus akan tampil menghiburkan peminat pada sesi petang yang bermula jam 1.30 tengah hari, manakala Juicy Luicy akan mendominasi pentas utama pada sebelah malam, bermula jam 7.30 malam. Dua sesi persembahan dalam satu hari ini memberi peluang kepada peminat untuk menikmati pengalaman muzik dari dua artis hebat dalam suasana yang berbeza.

Menurut Expoindo, penganjuran RIF tidak akan terhenti di Kuala Lumpur sahaja. Mereka merancang untuk membawa festival ini ke bandar-bandar utama lain di seluruh Malaysia sebagai usaha untuk memperkukuhkan hubungan dua hala antara pemuzik Malaysia dan Indonesia. Ini juga sebahagian daripada misi mereka menjadikan RIF sebagai satu platform serantau yang merentas sempadan budaya dan bahasa, namun tetap bersatu di bawah naungan muzik yang membina dan menyentuh hati.

Johnathon Wong, wakil BBO Events turut menekankan harapan besar terhadap RIF sebagai jambatan budaya yang akan merapatkan lagi industri hiburan kedua-dua negara. Bukan itu sahaja, melalui festival ini juga mereka mahu menyampaikan nilai-nilai inspirasi, harapan dan semangat positif kepada masyarakat umum, menjadikan muzik sebagai alat yang mampu menyatukan.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan RIF 2025 yang menjanjikan dua persembahan eksklusif dalam satu hari penuh magis dan inspirasi. Tiket untuk sesi petang bersama Tulus telah mula dijual sejak 17 Julai melalui aplikasi rasmi BBO EVENTS dan laman web www.ri-fest.com/kualalumpur. Tiket bundle turut ditawarkan dengan harga istimewa iaitu VVIP (RM1028), VIP (RM628), Platinum (RM318), Gold (RM458) dan Silver (RM268). Bagi pembeli tiket Juicy Luicy, anda boleh menaik taraf tiket melalui aplikasi BBO EVENTS dan menikmati harga istimewa.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini mengenai festival, ikuti laman rasmi Instagram dan TikTok @rifest.my atau layari www.ri-fest.com/kualalumpur.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Samsung Galaxy Unfolds Roadshow Brings Foldable Innovation and AI to Life at Pavilion KL
Next: ALPHA Buktikan Kematangan Muzik dengan Balada Emosi “P. Ramlee & Saloma”

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.