Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • Konsert Eksklusif EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ Janji Persembahan Mewah Buat Peminat Tegar
  • Artist
  • CONCERT
  • Music

Konsert Eksklusif EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ Janji Persembahan Mewah Buat Peminat Tegar

Helmi Aziz July 1, 2025 (Last updated: July 1, 2025) 2 minutes read
EXISTS Concert Poster_1080 x 1350 (3)

Kumpulan rock lagenda tanah air, Exists, bakal kembali menggegarkan pentas dengan sebuah konsert eksklusif berjudul EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ yang dijadualkan berlangsung pada 4 Oktober 2025 di JioSpace, Petaling Jaya. Konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi sebuah pengalaman muzik bertaraf premium yang menjanjikan sentuhan peribadi buat para peminat tegar Exists.

Dianggotai oleh barisan pemuzik hebat iaitu Ujang, Ajai, Musa, Along dan vokalis hebat Ezad Lazim, Exists tampil dengan konsep baharu yang lebih eksklusif selepas kejayaan pelbagai siri konsert mereka sebelum ini. Walaupun telah lama berada dalam industri, kehadiran Exists masih relevan dan sentiasa mendapat sambutan luar biasa membuktikan status mereka sebagai antara kumpulan era 90-an paling laris dalam pasaran muzik masa kini.

Menurut penganjur dari JioBuddy, Sean Ng, konsert kali ini dijanjikan sebagai sesuatu yang benar-benar berbeza. Walaupun Exists sering tampil dalam pelbagai persembahan sepanjang tahun, EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ bakal menjadi acara paling eksklusif pernah dianjurkan untuk peminat setia mereka. Konsert ini akan membawa elemen mewah dari segi susunan muzik, sistem bunyi berkualiti tinggi, dan suasana yang lebih intim serta eksklusif.

Exists menyifatkan konsert ini sebagai satu bentuk penghargaan buat para peminat yang telah bersama mereka selama lebih tiga dekad. Mereka mahu membawa peminat merasai pengalaman muzik yang bukan sahaja menyentuh emosi, tetapi juga memori. Peminat yang hadir bukan sekadar menonton persembahan mereka juga bakal menerima barangan eksklusif Exists yang hanya tersedia pada malam tersebut.

Menurut Along, “Konsert ini kami susun dengan jiwa. Muzik yang dibawakan akan menjalar ke dalam hati peminat dengan rasa yang benar-benar premium. Bukan semua orang akan faham maksudnya hanya mereka yang hadir akan dapat merasainya.”

Tiket untuk EXISTS PREMIUM LIVE @ PJ kini boleh didapati menerusi laman web rasmi www.jiotix.asia. Tiket ditawarkan dalam tiga kategori iaitu Premium (RM588), VIP (RM488) dan Diamond (RM368). Menariknya, 100 peminat bertuah akan berpeluang bertemu dan bergambar secara eksklusif bersama setiap anggota Exists. Penganjur turut menyediakan saluran khas untuk peminat Orang Kelainan Upaya (OKU) menerusi talian hotline +6011 1660 1122.

Konsert ini adalah peluang istimewa buat peminat Exists yang mahukan lebih dari sekadar persembahan biasa. Ia adalah detik untuk merasai muzik dengan lebih dekat, dalam suasana yang penuh kenangan, nostalgia, dan kemewahan yang tidak dapat dilupakan.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Alasanmu Versi 2025: Exists Kembali Dengan Luahan Jujur Tentang Luka dan Pengkhianatan
Next: A New Chapter of Power: The All-Electric Mercedes-Benz G 580 with EQ Technology

Related Stories

DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.