Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • KERJASAMA STRATEGIK UOA ACADEMY DAN INDUSTRI HOSPITALITI PACU PEMBANGUNAN KOMUNITI MELALUI TVET
  • Collabration
  • Education
  • News

KERJASAMA STRATEGIK UOA ACADEMY DAN INDUSTRI HOSPITALITI PACU PEMBANGUNAN KOMUNITI MELALUI TVET

Helmi Aziz June 18, 2025 (Last updated: June 18, 2025) 2 minutes read

UOA Academy meneruskan komitmennya dalam memperkasa komuniti melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam sektor hospitaliti, dengan termeterainya satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pelbagai pemain utama industri. Majlis menandatangani MoU tersebut berlangsung semalam di ASTANA, Bamboo Hills, Kuala Lumpur.

Kerjasama strategik ini disertai oleh beberapa syarikat hospitaliti terkemuka, antaranya Concorde Hotel Shah Alam, The Boathouse Pulau Tioman, The Lakehouse Cameron Highlands, Putrajaya Leisures & Services Group (PULSE Group), PARKROYAL COLLECTION & Pan Pacific Serviced Suites Kuala Lumpur, VE Hotel & Residences, Komune Living Bangsar South, Komune Living & Wellness, Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Potager, Entier French Dining, Botanica+Co dan Botanica Deli.

Firdaus (kanan) dan Hadafy mewakili Putrajaya Leisures & Services Group (PULSE Group) semasa sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

Melalui program TVET Hospitaliti yang ditawarkan oleh UOA Academy, peserta akan mengikuti latihan praktikal yang berorientasikan industri. Tumpuan diberikan kepada golongan asnaf, B40, komuniti Orang Asli serta individu yang menganggur. Inisiatif ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran teknikal peserta sambil membuka akses kepada peluang pekerjaan dalam industri hospitaliti yang semakin berkembang dan memerlukan tenaga kerja mahir.

UOA Academy turut mengetengahkan pendekatan unik menerusi model “dari industri untuk industri”, di mana semua dekan dan tenaga pengajarnya terdiri daripada pemimpin industri yang masih aktif dan berkhidmat sebagai Ketua Jabatan dalam bidang masing-masing. Ini memastikan kandungan pengajaran kekal relevan, terkini dan sejajar dengan keperluan sebenar pasaran kerja.

Haikal Akmar, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UOA, menyampaikan ucapan perasmian

Program ini juga berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), dan disokong dengan modul tambahan seperti Bahasa Inggeris Perniagaan serta Matematik Perniagaan kemahiran penting bagi membina kecekapan komunikasi dan pengurusan dalam suasana kerja profesional.

Menurut Haikal Akmar, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan UOA, inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam menyokong agenda nasional untuk memperkukuh pembangunan modal insan dan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat.

Wakil-wakil industri terkemuka negara yang hadir dalam majlis menandatangani MoU bersama UOA Academy

“TVET bukan sekadar latihan teknikal, ia adalah platform untuk meningkatkan mobiliti sosial, membina masa depan yang lebih cerah, serta membuka laluan kerjaya yang bermakna kepada mereka yang memerlukan,” jelas beliau.

Dengan sokongan kukuh daripada rakan industri, peserta program akan diberi peluang menjalani latihan industri secara langsung dan berpotensi diserap terus ke dalam pasaran pekerjaan selepas tamat latihan.

Permohonan bagi sesi pengambilan Julai 2025 kini dibuka. UOA Academy mengalu-alukan penyertaan individu yang ingin melangkah ke arah kehidupan yang lebih stabil, berkemahiran dan bermaruah.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: DUA JIWA, SATU LUKA – Ameerais & Mariam Bersatu Dalam Balada Emosi ‘Puaskah’
Next: PASCA KAU PERGI – Syed Irfan galas tanggungjawab sebagai tulang belakang keluarga di usia remaja

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.