Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • ASM LANCAR PROSPEKTUS MENJELANG PENYENARAIAN DI PASARAN ACE, SASAR RAIH RM21.82 JUTA
  • Business
  • News

ASM LANCAR PROSPEKTUS MENJELANG PENYENARAIAN DI PASARAN ACE, SASAR RAIH RM21.82 JUTA

Helmi Aziz May 29, 2025 (Last updated: May 29, 2025) 3 minutes read
WhatsApp Image 2025-05-29 at 13.21.17_55db5be7

ASM Automation Group Berhad (“ASM” atau “Kumpulan”), penyedia penyelesaian jentera automasi terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan prospektus rasmi sempena tawaran awam permulaan (IPO) yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE, Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”).

IPO ASM melibatkan terbitan awam sebanyak 128.34 juta saham baharu, iaitu mewakili 24.0% daripada modal saham terbitan selepas penyenaraian sebanyak 534.77 juta saham. Selain itu, 53.48 juta saham sedia ada atau 10.0% turut ditawarkan kepada pelabur. Kesemua saham akan ditawarkan pada harga RM0.17 sesaham, dijangka menjana hasil kasar sebanyak RM21.82 juta kepada Kumpulan.

Dana hasil daripada tawaran awam permulaan (IPO) akan digunakan secara strategik untuk menyokong pertumbuhan dan pengembangan ASM Automation Group Berhad. Sebanyak RM11.40 juta akan diperuntukkan untuk pembelian tanah dan pembinaan sebuah kilang baharu, bertujuan meningkatkan kapasiti pengeluaran dan pemasangan syarikat. Selain itu, sejumlah RM2.30 juta akan digunakan bagi pembelian mesin serta komponen, termasuk peralatan untuk jentera demonstrasi yang akan menyokong operasi teknikal dan penglibatan pelanggan.

Sebanyak RM2.00 juta pula diperuntukkan kepada aktiviti Reka Bentuk dan Pembangunan (R&D) sebagai usaha memperkukuh inovasi serta keupayaan penyelidikan teknologi. Di samping itu, RM1.92 juta akan digunakan sebagai modal kerja bagi menampung keperluan operasi harian syarikat. Manakala baki RM4.20 juta pula akan digunakan untuk menampung kos dan perbelanjaan yang berkaitan dengan proses penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Pengarah Urusan ASM, Encik Chan Kok Heng, berkata, “Pelancaran prospektus ini menandakan fasa baharu buat ASM. Dari sebuah pengusaha tempatan kepada penyedia automasi yang dipercayai industri, kami kini bersedia memperluaskan kehadiran pasaran dan mengukuhkan kedudukan jenama kami secara lebih menyeluruh. Penyenaraian ini bukan sahaja menyokong rancangan pengembangan kami, tetapi turut meningkatkan kredibiliti ASM sebagai syarikat awam. Fokus kami adalah untuk memperhebat inovasi, menambah kapasiti dan memperluaskan eksport demi memberi nilai jangka panjang kepada pelanggan.”

Sementara itu, Encik Danny Wong, Timbalan Ketua, Kewangan Korporat M & A Securities Sdn Bhd menyatakan, “ASM telah membuktikan keupayaan sebagai penyedia penyelesaian automasi bersepadu dengan portfolio pelanggan multinasional. Penyenaraian ini akan membolehkan ASM memanfaatkan peluang pertumbuhan serantau dan membina kapasiti untuk projek berskala besar.”

Encik Kelvin Khoo, Pengarah Urusan Eco Asia Capital Advisory Sdn Bhd pula menambah, “ASM berjaya menyesuaikan penyelesaian mereka dengan keperluan sektor yang berkembang pantas seperti Makanan & Minuman (F&B). Dengan modal tambahan ini, ASM berpotensi meningkatkan aktiviti R&D, kecekapan kos, dan pertumbuhan strategik. Kami yakin nilai jangka panjang ASM akan menarik minat pelabur yang mencari skalabiliti dan daya tahan perniagaan.”

M & A Securities Sdn Bhd bertindak sebagai Penasihat Utama, Penaja, Penaja Jamin dan Ejen Penempatan IPO ini, manakala Eco Asia Capital Advisory Sdn Bhd pula merupakan Penasihat Kewangan kepada ASM.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: “Bayar Separuh Dulu, Rock Sampai Pecah!” Rockology Concert Tour 2025 Perkenal Pelan Pembayaran Mudah untuk Peminat Sejati
Next: Dato’ Khadijah Ibrahim Raikan Peminat Singapura dalam Majlis Mesra Penuh Nostalgia

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.