Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Filem Seram Psikologi “LAKNAT” Dedah Tipu Daya Iblis dan Kecelakaan Manusia Terpedaya
  • Filem
  • News

Filem Seram Psikologi “LAKNAT” Dedah Tipu Daya Iblis dan Kecelakaan Manusia Terpedaya

Helmi Aziz May 29, 2025 2 minutes read
TCA01611

Sebuah kisah seram psikologi berteraskan realiti yang menggerunkan bakal menghantui penonton Malaysia bermula 5 Jun ini. Filem LAKNAT, arahan pengarah prolifik Saw Teong Hin dan terbitan Real Films dengan kerjasama penerbit bersekutu Tutan Entertainment serta edaran rasmi oleh D’Ayu Pictures, mengetengahkan isu akidah yang tergelincir akibat keinginan duniawi dan godaan syaitan.

Diilhamkan daripada kisah benar, LAKNAT menyajikan naratif yang menelanjangkan kealpaan manusia apabila berhadapan ujian hidup. Filem ini membuka ruang renungan kepada penonton tentang bahaya syirik dan amalan khurafat yang sering dilakukan tanpa disedari. Ia menegaskan bahawa kebergantungan mutlak manusia hanyalah kepada Allah SWT, dan iblis adalah musuh nyata yang sentiasa mencari ruang untuk menyesatkan umat manusia.

Mengangkat kisah Luth, seorang lelaki yang terjerumus dalam perjanjian gelap bersama syaitan demi mencari jawapan kepada kematian tragis adiknya, Laila LAKNAT membawa penonton menyusuri dimensi gelap yang penuh tipu muslihat iblis bernama Laqqus. Dalam pencariannya, Luth mula meragui kepercayaan terhadap sahabat sendiri, dan terbongkarlah sisi gelap yang tidak pernah disangka.

Kesedihan Luth yang mendalam membuka pintu kepada ilusi dan gangguan halus, apabila iblis menjelma menyerupai ahli keluarga yang kononnya ingin membantu. Tanpa disedari, dia telah terperangkap dalam permainan ghaib yang menyesatkan, termasuk khayalan menghidupkan kembali Laila untuk mencari punca kematian yang menghantui jiwanya. Apa yang disangka ikhtiar suci, rupa-rupanya jalan menuju kebinasaan.

Filem ini bukan sekadar hiburan seram, malah menyelitkan mesej mendalam tentang ujian kehidupan dan kepentingan menjaga akidah. Segala bentuk syirik, walau sehalus debu, membawa kepada kemurkaan dan laknat jika tidak segera ditinggalkan. Hanya dengan kembali kepada Tuhan, manusia dapat menyelamatkan jiwanya daripada kehancuran yang kekal.

Saw Teong Hin, sutradara yang sinonim dengan karya berjiwa dan berimpak, kembali dengan naskhah unik yang memanfaatkan pengalaman lebih 39 tahun dalam industri kreatif sebagai penulis, penerbit dan pengarah. Dikenali dengan sentuhan artistik dan naratif mendalam, beliau terus membuktikan ketajaman visi dalam menyampaikan cerita yang menyentuh naluri dan kepercayaan manusia.

Menjelang tayangan, LAKNAT digerakkan dengan kempen promosi berskala besar termasuk konvoi e-hailing dengan stiker eksklusif, edaran 5,000 sampul raya yang dilengkapi imbasan QR khas, serta siri jelajah bertemu penonton di lokasi terpilih. Inisiatif ini bertujuan memperluas kesedaran dan memberi pengalaman sinematik yang lebih dekat kepada khalayak.

LAKNAT akan ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh Malaysia bermula 5 Jun 2025. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bagaimana kegelapan menyamar sebagai cahaya dan bagaimana iman manusia diuji oleh janji palsu yang memusnahkan. Ikuti perkembangan terkini di media sosial Instagram, Facebook dan Tiktok rasmi.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Skyline Luge Hits 100 Million Global Rides and Celebrates with Malaysia in a Big Way!
Next: “Bayar Separuh Dulu, Rock Sampai Pecah!” Rockology Concert Tour 2025 Perkenal Pelan Pembayaran Mudah untuk Peminat Sejati

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.