Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • KONSERT MELETOP TVS CETUS GELOMBANG HIBURAN DI MIRI!
  • CONCERT
  • Music

KONSERT MELETOP TVS CETUS GELOMBANG HIBURAN DI MIRI!

Helmi Aziz May 19, 2025 (Last updated: May 19, 2025) 3 minutes read
ASTRO_2003

Stadium Tertutup Miri menjadi saksi kemeriahan luar biasa apabila Konsert MeleTOP TVS berlangsung dengan penuh gaya, menampilkan gabungan selebriti popular tanah air serta kehadiran ribuan peminat dari seluruh pelosok Borneo termasuk Brunei dan Kalimantan. Bertemakan “Nang Champiyen, Nang Legend”, konsert ini bukan sahaja mencatat sejarah sebagai penganjuran pertama di luar Lembah Klang, malah mengangkat nama Miri sebagai pusat hiburan serantau yang baharu.

Konsert mega ini merupakan hasil kerjasama antara dua gergasi hiburan tanah air, Astro dan TVS, dan disiarkan secara langsung melalui pelbagai platform termasuk TVS (Saluran 122 di Astro, MYTV, Unifi TV), Astro Ria, Astro GO dan Sooka. Turut hadir memeriahkan suasana ialah Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memperkasa industri hiburan di Sarawak.

Acara dimulakan dengan persembahan gabungan tradisi dan moden oleh Sada Borneo dan Dion Das, sebelum pentas dihangatkan oleh Mimifly dan Stacy yang mempersembahkan lagu-lagu penuh tenaga seperti “Abracadabra”, “Menyala” dan “Angkat”. Persembahan Wani Kayrie bersama Noki menerusi lagu “Original Sabahan” dan “Not Like Us” turut mencuri perhatian, membuktikan bahawa semangat anak Borneo semakin menyerlah di pentas arus perdana.

Kemuncak malam menyaksikan penyanyi tersohor kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah, menerima “Anugerah Khas Borneo MeleTOP” sebagai penghargaan terhadap sumbangannya dalam mengharumkan nama negeri dan Borneo di peringkat nasional. Anugerah tersebut disampaikan oleh Pengerusi TVS, Dato’ Norhyati Ismail dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, En. Mohamad Sardon Zainal. Dayang kemudiannya menghiburkan penonton dengan persembahan solo menyentuh perasaan menerusi lagu “Seandainya Masih Ada Cinta”, serta duet mendalam bersama Hael Husaini menerusi lagu “Haram”.

Konsert turut diserikan dengan kemunculan istimewa artis berbakat seperti Hairee Francis, Marsha Milan dan Nadeera, yang kini menjadi sebutan ramai selepas kejayaannya di AJL39. Penutup konsert oleh kumpulan Dolla pula benar-benar memukau, menyuntik tenaga baharu dan membuatkan penonton bangkit menari hingga ke penghujung acara. Gabungan hos MeleTOP seperti Nabil Ahmad, Hawa Rizwana dan Sherry Alhadad bersama hos TVS Cheryl Toh, Fattah Bolh dan Ghaz Zawawi memastikan suasana konsert kekal meriah dari awal hingga akhir.

Bagi meneruskan momentum positif ini, TVS akan membawakan satu lagi konsert berskala besar sempena sambutan Gawai dan Kaamatan iaitu Konsert Berkat Gawai-Kaamatan pada 21 Mei 2025, jam 7.30 malam di lokasi sama, Stadium Tertutup Miri. Menampilkan ratu rock negara, Ella sebagai teraju utama, konsert ini turut menghimpunkan barisan artis hebat seperti Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX serta penyanyi jemputan dari Kalimantan, Marina Jara.

Tiket percuma bagi konsert akan datang ini habis ditempah dalam masa singkat, namun peminat masih berpeluang mendapatkannya melalui laman web rasmi TVS di tvsarawak.my atau di pintu masuk konsert, selagi stok masih ada. Warga Miri dan kawasan sekitar amat dialu-alukan hadir bersama keluarga bagi menikmati malam penuh budaya dan hiburan yang mencerminkan keunikan masyarakat Borneo.

Menurut En. Mohamad Sardon Zainal, “Miri adalah pintu masuk strategik ke utara Sarawak dan bersempadan dengan Brunei, Sabah dan Kalimantan. Ulang tahun ke-20 bandaraya Miri merupakan masa yang tepat untuk menyatukan rakyat melalui acara hiburan dan budaya berskala besar.” Inisiatif konsert percuma ini bukan sahaja memberi akses hiburan kepada semua lapisan masyarakat, malah turut menarik pelancong dari negara jiran untuk menyaksikan sendiri keindahan Borneo dalam suasana penuh meriah.

Konsert MeleTOP TVS telah membuktikan bahawa gabungan bakat popular tanah air dengan artis tempatan dari Sabah dan Sarawak mampu mencipta pengalaman bertaraf antarabangsa. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi satu usaha membina jambatan budaya yang menghubungkan pelbagai komuniti serantau dalam semangat perpaduan dan kebersamaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert dan acara akan datang, sila layari laman web rasmi TVS di tvsarawak.my.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: iQOO Neo 10: Malaysia’s First Smartphone with Snapdragon 8s Gen 4 Sets a New Benchmark for Gaming Performance
Next: Blood Brothers Cipta Fenomena! RM62 Juta & Kejutan Hebat Gegar Bukit Bintang

Related Stories

TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
AWIE ROCK KING POSTER
  • Community
  • Entertainment
  • Event
  • lagu
  • Lifestyle
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Last Man Standing 2026: Awie Kembali Gegar Pentas Ikonik Stadium Merdeka

Farihin Azlan May 5, 2026
WhatsApp Image 2026-05-04 at 09.45.19
  • Collabration
  • Entertainment
  • Live Concerts
  • Music
  • News

Revolusi Metal! Cromok & Barbarik Janji Gegaran Luar Biasa Di Konsert Black On White

Allya Adriana May 4, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.