HONOR terus mengukuhkan reputasi sebagai peneraju inovasi teknologi dengan memperkenalkan Siri HONOR 400, telefon pintar pertama di dunia yang menampilkan teknologi revolusioner AI Image to Video. Menerusi kerjasama strategik bersama Google Cloud, HONOR melangkaui batas pengimejan tradisional apabila AI kini mampu mengubah gambar pegun menjadi video pendek yang hidup dan penuh emosi satu kelebihan yang belum ditawarkan pesaing lain. Tidak sekadar merakam gambar, teknologi AI canggih dalam Siri HONOR 400 mampu memahami dan menghidupkan semula detik berharga. Dengan ciri AI Image to Video, pengguna boleh menghasilkan klip video lima saat daripada gambar biasa, dalam format pilihan 16:9 atau 9:16. AI HONOR secara automatik menganalisis subjek dan mencipta pergerakan semula jadi, menjadikan setiap gambar lebih bernyawa dan bermakna. Bayangkan sekeping foto bersama ibu anda kini boleh ‘dihidupkan’ wajahnya berpaling, tersenyum, dan mencetuskan rasa rindu. Gambar pertama anak anda tersenyum kini boleh ditonton semula sebagai video yang boleh dikongsikan berulang kali. Malah, lukisan imaginasi anak atau komik buatan sendiri boleh ‘bergerak’ dengan sentuhan AI membawa kreativiti ke satu tahap baharu. HONOR juga bakal menampilkan teknologi ini dalam kempen istimewa sempena Hari Ibu, memberi penghargaan kepada setiap kenangan yang dirakam sebagai momen yang tidak ternilai. Selain itu, Siri HONOR 400 hadir lengkap dengan pelbagai alat penyuntingan berasaskan AI seperti AI Eraser, AI Outpainting, AI Cutout, AI Upscale, dan Moving Photo Collage. Semua ini direka khas untuk membantu pengguna menyunting, memperbaiki dan mengolah gambar dengan mudah ideal buat pencipta kandungan dan pengguna kreatif masa kini. Bukan sekadar pintar, Siri HONOR 400 turut tampil bergaya dengan rekaan nipis, bucu melengkung dan keselesaan ergonomik dalam genggaman. HONOR 400 Pro menampilkan sistem tiga kamera berbingkai estetik, manakala model standard pula menampilkan dwi-kamera yang minimalis. Pilihan warna juga memikat HONOR 400 Pro hadir dalam Lunar Grey, Tidal Blue, dan Midnight Black, manakala HONOR 400 ditawarkan dalam Desert Gold, Tidal Blue, dan Midnight Black. Pelancaran rasmi Siri HONOR 400 bakal diumumkan tidak lama lagi. Untuk kemas kini lanjut, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau layari laman web rasmi di www.honor.com/my. Post navigation Midea Introduces Four Next-Gen Inverter Air Conditioner Series in Malaysia READY, SET, V-STRIKE: Join the vivo Bowling Challenge and Win Exclusive Merchandise!