Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • KUMPULAN SIGNATURE RAIKAN ULANG TAHUN KE-30
  • News

KUMPULAN SIGNATURE RAIKAN ULANG TAHUN KE-30

Helmi Aziz April 26, 2024 3 minutes read

Kumpulan Signature, jenama perintis bagi Penyelesaian Kelengkapan Rumah dan Gaya Hidup menyeluruh di Malaysia, kini merayakan ulang tahun ke-30. Sebagai syarikat tersenarai awam pertama di Malaysia dalam kategori tersebut pada 2008, sambutan ini adalah bukti kestabilan Kumpulan Signature serta komitmen kami terhadap inovasi dan peningkatan gaya hidup para pengguna.

Majlis yang diadakan di Signature Flagship Store Kota Damansara memaparkan kisah perjalanan dan kerjasama utuh dengan pelbagai pemain utama industri. Sempena kejayaan ini, Signature dengan bangga melancarkan siri premium kelengkapan rumah dan gaya hidup terkini, Koleksi Contemporary Luxe. Koleksi ini mengubah semula konsep kehidupan mewah moden dengan mempersembahkan elemen ‘Quiet Luxury’, yang melambangkan kesofistikan dan keanggunan, sesuai untuk individu yang menghargai gaya hidup mewah.

Mencerminkan komitmen kepada inovasi, Lau Kock Sang, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature menegaskan peranan Signature sebagai peneraju pasaran dalam menyediakan kelengkapan rumah dan gaya hidup menyeluruh. “Koleksi Contemporary Luxe menggabungkan reka bentuk moden yang tidak ditelan zaman dengan integrasi teknologi pintar. Koleksi ini direka teliti untuk menyerlahkan keanggunan dan menaikkan suasana mana-mana ruang kediaman.

Majlis turut menyaksikan acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Akademi Mobius. Kerjasama strategik penting dengan Akademi Mobius ini bertujuan untuk membina sebuah generasi pereka dalaman profesional akan datang. Melalui latihan amali dan penempatan pekerjaan, Kumpulan Signature dan Akademi Mobius komited untuk memupuk bakat, menawarkan pelajar pengalaman praktikal industri yang terbaik.

“Kerjasama kami dengan Akademi Mobius adalah selaras dengan usaha tanggungjawab sosial kami dan menjadi penghubung antara dunia akademik dan profesional. Melalui kerjasama ini, kami bukan sahaja mempertingkatkan pengalaman profesional pelajar dengan mengutamakan pelanggan tetapi juga melabur dalam pembangunan pemimpin reka bentuk masa hadapan. Melalui inisiatif ini, kami dapat menghasilkan rangka kerja yang kreatif, berinovasi serta saling berkongsi amalan terbaik. Ini sekaligus akan memacu daya maju industri dan memastikan kejayaan untuk tahun-tahun yang mendatang. Kumpulan Signature amat teruja untuk menerajui usaha transformatif ini,” tambah Lau.

Kumpulan Signature kini merupakan pengeluar dan peruncit kabinet dapur terbesar di Malaysia, dengan 36 bilik pameran di seluruh negara. Ditubuhkan pada 1994, jenama Signature telah merentas sempadan dan kini berada di 17 negara, merangkumi semua aspek peruncitan dan operasi.

Koleksi Contemporary Luxe menggabungkan prinsip reka bentuk kontemporari dengan daya tarikan abadi kemewahan yang menenangkan. Sekali imbas, pengguna akan terpesona dengan garisan bersih dan kontur anggun yang mentakrifkan Koleksi Contemporary Luxe. Melalui pemilihan material yang inovatif, integrasi teknologi, serta mementingkan kesempurnaan, koleksi ini benar-benar memukau dengan ciri kemewahan yang tenang. Intipati sebenar kemewahan terserlah pada kehalusan tekstur, palet warna dan hasil pertukangan yang mengagumkan.

Kumpulan Signature sentiasa mendahului dengan inovasi, mencuba pelbagai perkara baru untuk menyediakan penyelesaian komprehensif yang menggabungkan elemen estetika dan fungsi. Dengan melabur dalam bakat dan teknologi, membentuk perkongsian strategik, dan menggunapakai amalan yang lestari, Signature menyasarkan untuk menjadi jenama yang memacu dan membentuk lanskap industri ini untuk tahun-tahun seterusnya.

Kumpulan Signature kekal berdedikasi untuk menawarkan produk dan perkhidmatan yang unggul, melengkapi gaya hidup pelanggan serta menyumbang kepada pembangunan mampan komuniti.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Voice of Men Kembali Membawa Sensasi dengan Single Terbaru ‘Biarku Pergi’
Next: DATUK KHADIJAH IBRAHIM TAMPIL DENGAN VIBES LAGU RAYA 70AN DALAM ‘SYUKURNYA RAYA, VIT’S KAN ADA’

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.