Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Lebih jimat tempah tiket penerbangan hari Ahad
  • ATTRACTION

Lebih jimat tempah tiket penerbangan hari Ahad

Helmi Aziz March 6, 2019 3 minutes read
212849.jpg

HARGA Perjalanan 2019, mendedahkan hasil analisis terkini daripada data penerbangan dunia, Airlines Reporting Corporation (ARC) dan trend penginapan oleh Kumpulan Expedia, memberitahu betapa pentingnya faktor masa untuk menikmati atau memperoleh penjimatan yang secukupnya dalam pelan pelancongan seseorang.

Laporan itu turut mendedahkan trend celik pelancongan di mana rakyat Malaysia boleh menggunakan untuk mendapatkan tiket penerbangan khas atau premium dengan harga yang lebih murah.

Berikut ialah tip-tip penjimatan dalam perjalanan yang berasaskan faktor masa untuk pelancong Malaysia:

1. Tempah pelancongan anda tiga minggu lebih awal untuk penjimatan terbaik.

2. Tempah tiket penerbangan kelas ekonomi dan Premium/Bisnes pada hari Ahad untuk penjimatan sehingga 20%. 3. Jimat lebih dari 10% bagi tiket penerbangan kelas ekonomi apabila anda memulakan perjalanan pada hari Khamis.

4. Jimat sehingga 5% bagi tiket penerbangan kelas Premium/Bisnes apabila anda memulakan perjalanan pada hari Jumaat.

5. Tambah satu malam penginapan pada hari Sabtu ketika perjalanan pertengahan minggu anda jika bermula dari hari Rabu, untuk jimat lebih daripada 10% bagi tiket penerbangan, kadang-kadang lebih banyak diskaun dapat diperoleh jika ke destinasi perniagaan yang popular.

Pengarah Urusan Data Sains di ARC, Chuck Thackston, mengatakan bahawa kira-kira tiga suku perjalanan, penjimatan boleh-ukur dapat diperoleh pelancong yang melanjutkan perjalanan pada hari bekerja mereka dengan menambah satu hari penginapan pada malam Sabtu.

“Pemain-pemain industri telah membincangkan mengenai bleisure (perniagaan + masa lapang) sejak kebelakangan ini, tetapi kami telah dapat mengira jumlah penjimatan sebenarnya bagi para pelancong yang menggunakan konsep ini. Ia adalah sesuatu yang baik bagi mereka yang suka melancong dan mereka seharusnya menggunakan konsep ini dalam rancangan perjalanan mereka,” kata Thackston.

Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Kongsi Pengangkutan Asia Pasifik, Kumpulan Expedia, James Marshall berkata, bagi penjimatan tiket penerbangan, menempah lebih awal dan mengambil kesempatan melalui cara-cara unik yang lain bagi penjimatan perjalanan dengan menggunakan Expedia, akan dapat membantu orang ramai melancong pada kadar lebih murah.

Menerusi inventori Kumpulan Expedia lebih daripada 1 juta hartanah yang ditawarkan, rakyat Malaysia boleh mempertimbangkan pelbagai pilihan bagi menempah tiket penerbangan dan hotel mereka melalui Expedia.com.my, yang membolehkan mereka memperoleh penjimatan hotel yang lebih baik.

Antara tambang asas dan kabin ekonomi

Walaupun pelancong boleh menjimatkan wang dengan membuat tempahan tambang asas (iaitu, tambang dengan tempat duduk sahaja, tiada beg dan kemungkinan halangan yang lain), ia amat berbaloi untuk memilih dengan lebih teliti. Sekiranya beg ditambah kepada tambang asas, jumlah kos perjalanan hampir melebihi harga ekonomi lain (iaitu, jika beg dimasukkan dalam kos tiket).

Antara penerbangan terus atau penerbangan tanpa henti

“Kami mengambil kira penerbangan terus berbanding penerbangan sambungan untuk menafikan tanggapan bahawa penerbangan terus sentiasa lebih mahal.

“Kesimpulannya: Tidak betul. Banyak faktor lain yang diambil kira apabila syarikat-syarikat penerbangan menetapkan kadar tambang, jadi masa untuk penerbangan sambungan dan faktor kemudahan lain perlu dipertimbangkan apabila anda membuat keputusan mengenai penerbangan terbaik untuk perjalanan anda,” kata Thackston.

Adakah pelancong perlu menangguhkan tempahan pelancongan jika harga minyak meningkat? Jawapannya tidak. Apabila harga minyak dan/atau harga bahan api syarikat penerbangan udara meningkat, pelancong tidak perlu menangguhkan tempahan perjalanan mereka berdasarkan tanggapan bahawa tambang perjalanan mereka akan turut meningkat.

Membandingkan harga komoditi dan trend harga tiket purata (ATP) selama beberapa tahun menunjukkan bahawa beberapa hari atau minggu selepas lonjakan harga komoditi sebenarnya boleh menjadi penentu kos paling efektif untuk menempah tiket penerbangan, kerana sebarang kesan kenaikan dan penurunan harga yang mungkin berlaku pada ATP, akan lebih cenderung terjadi dalam tempoh yang panjang.

#Sihataktif #Jomrelaks



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit rendah berbanding dolar AS
Next: Trilogi cinta seiring masa dengan wangian haruman cinta

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.