Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • News
  • Restoran Rasa Rosz menyediakan hidangan istimewa sempena bulan Ramadan
  • Food
  • News

Restoran Rasa Rosz menyediakan hidangan istimewa sempena bulan Ramadan

Helmi Aziz March 5, 2024 (Last updated: March 6, 2024) 3 minutes read

Bulan Ramadan adalah bulan mulia dan bakal tiba beberapa hari sahaja lagi, alangkah seronoknya apabila dapat berbuka puasa bersama ahli keluarga tercinta di tempat istimewa yang menyediakan hidangan istimewa sempena Ramadan. Sebuah restoran bertempat di Rasa Rosz, Aeon Big Wangsa Maju ini membawakan hidangan istimewa yang sedap lagi menyelerakan serta lokasi yang santai, tempat letak kereta yang mudah dan murah serta lengkap dengan tempat solat.

Jangan risau atau pening kerana Restoran Rasa Rosz, yang terletak di Lot G-05-06, AEON Big, Wangsa Maju juga turut menyediakan juadah berbuka puasa menerusi set promosi Jom Iftar bersama Rasa Rosz dengan harga yang amat berpatutan.

Restoran yang terletak di dalam AEON Big ini menawarkan suasana yang bersih, sejuk dan dingin ketika berbuka puasa. Ditambah pula dengan keadaan cuaca yang panas sekarang ini sudah pasti Restoran Rasa Rosz adalah pilihan tepat untuk berbuka puasa sambil menjamu selera dan bersantai bersama keluarga tercinta.

Pemilik Restoran Rasa Rosz, Datuk Sri Rozita Ramelan berkata, sempena kedatangan bulan yang mulia ini, Restoran Rasa Rosz juga turut menyediakan tiga jenis set hidangan berbuka puasa.

“Sempena jom iftar bersama Rasa Rosz ini kami turut menyediakan beberapa set hidangan yang boleh dipilih pelanggan mengikut cita rasa mereka. Hidangan kami mengandungi set hidangan utama, kuih-muih, pencuci mulut, kurma dan minuman. Diskaun sebanyak 5% akan diberikan kepada tempahan awal sebelum 10 Mac ini.

“Set jom iftar yang kami sajikan ialah Set A berharga RM38.00 untuk 1 pax. Hidangan ini didatangkan bersama nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan dan pilihan Masak Lemak Cili Padi Ayam atau Asam Pedas Ayam. Pembuka selera pula, cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih-muih, pencuci mulut dan pilihan minuman air kathira, air jagung dan air keladi.

“Set B pula berharga RM55.00 untuk 1 pax. Hidangan berupa nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan lauk Crispy Buttermilk Chicken, Ayam Percik Rasa Rosz atau Udang Harimau Masak Lemak Nenas. Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih-muih, pencuci mulut dan pilihan minuman air kathira, air jagung dan air keladi.

“Set C yang berharga RM78.00 pula sesuai untuk dinikmati 2 orang. Set ini berupa nasi putih dengan acar jelatah, keropok sayur, sambal belacan bersama pilihan satu lauk Crispy Buttermilk Chicken, Gulai Kawah Tulang, Ayam Percik Rasa Rosz atau Asam Pedas Tulang. Cucur udang dan tauhu bergedil ayam akan dihidangkan bersama kuih muih, pencuci mulut dan salah satu pilihan minuman iaitu air kathira, air jagung dan air keladi.”

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan set promosi Jom Iftar bersama Rasa Rosz yang bakal dinikmati pada harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang menikmati diskaun 5% yang ditawarkan pada mereka yang menempah sebelum 10 Mac ini.

Restoran Rasa Rosz menghidangkan sajian lebih 40 jenis menu masakan tradisional dan fusion yang patut dicuba berupa Soto Ayam Terapung, Lontong Goreng, Cucur Udang, Pasta Asam Pedas Fettucini, Nasi Goreng Belacan Daging Tenderloin, Nasi Goreng Tomyam Ketam, Nasi Ayam Garing, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Asam Pedas Tulang, Fried Bao Bao dan banyak lagi.

Restoran Rasa Rosz dibawah naungan Syarikat Rasa Rosz Sdn. Bhd. ditubuhkan sejak tahun 2018. Bermula dengan pengeluaran produk Ratu Tumis dan kerjasama dengan kedutaan Thailand bagi membawa masuk produk Thailand yang halal.

Mereka yang ingin mencuba dan merasai keenakan makanan yang disediakan oleh Restoran Rasa Rosz, bolehlah membuat tempahan meja dengan menghubungi talian 013-8082772 (call/whatsapp).

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Agus Digantikan Dengan Mohd Khairuddin Othman Sebagai KP J-KOM
Next: MERAIKAN WANITA HEBAT MALAYSIA DI DALAM PROGRAM WACANA SRIKANDI

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.