Selepas merangkul gelaran Penyanyi Pilihan Alha Alfa di pentas Anugerah Juara Lagu 37, Khai Bahar meneruskan perjuangan dengan membawa kelainan dalam siri lagu yang pernah dibawa sebelum ini dengan lagu bergenre pop, lagu terbarunya ‘Lat Tali Lat’. ‘Lat Tali Lat’ merupakan hasil nukilan daripada komposer berbakat iaitu Johan John ataupun lebih dikenali sebagai Bob Junior. Lirik yang dicipta oleh Khaleel membuatkan lagu ini lebih unik kerana ia dapat menyuntik semangat anak-anak muda pada masa sekarang untuk menghargai dan terus mengekalkan permainan tradisional agar tidak hilang ditelan arus zaman moden. Khai Bahar meletakkan sepenuh komitmen beliau yang membuatkan lagu ini hanya mengambil masa 3 jam sahaja dalam pembikinan. Lagu ini telah dipilih sebagai runut bunyi bagi drama komedi seram, Puaka Cuti Semester yang sudah mula bersiaran pada 24 Ogos 2023 yang lalu di platform Tonton. Tajuk lagu ini amat sesuai kerana drama ini menampilkan unsur permainan tradisional anak-anak Melayu suatu ketika dahulu. Drama ini mengisahkan tentang lima orang pelajar kolej iaitu Iqsan, Zubir, Fahmi, Leha dan Aina yang mempunyai latar belakang berbeza. Cuti semester telah pun tiba, namun mereka semua tidak pulang ke rumah masing-masing atas alasan tersendiri. Pada suatu hari, mereka diganggu oleh pelbagai gangguan mistik. Berjayakah kelima-lima pelajar ini merungkai gangguan yang dihadapi mereka? Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Lat Tali Lat’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Khai Bahar menerusi: Instagram: @khaibahar94, Tiktok: @khaibahar_94 , Facebook: @khai Bahar Official. Turut disertakan adalah lirik lagu “Lat Tali Lat”: Kanan Kiri Aku toleh berkali Seram sejuk Roma aku berdiri Datang dan pergi Bayangan yang misteri Imaginasi Atau realiti Pre Ruangan sedar atau mimpi Fantasi zahirkan diri Terjerat ku terkunci Di gari C/O Di pukau aku bak di kacau Meracau di luar sedar Keras di mainkan kau Di kacau aku bak di pukau Lintas hitam putih mengilai Tinggi di awan Lat tali lat siapa nak jaga Takut nanti tak berdaya Tinggal semua Kanan Kiri Bayangan yang misteri Seram sejuk Roma ku berdiri Pre Ruangan sedar atau mimpi Fantasi zahirkan diri Terjerat ku terkunci Di gari #KhaiBahar #LatTaliLat #PopSongs #LaguPop Post navigation Meneroka Warisan Melalui Malam: Pengalaman Unik di Muzium Hang Tuah, Melaka VIVO’S LATEST BREAKTHROUGH: AURA LIGHT 2.0 UNLEASHING NEW STANDARDS IN PORTRAIT PHOTOGRAPHY