Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • “Solidariti Untuk Iskandar Spring”
  • ATTRACTION

“Solidariti Untuk Iskandar Spring”

Helmi Aziz March 3, 2023 (Last updated: March 3, 2023) 2 minutes read
rsz_img20230126162356

Tengku Raden Iskandar nama sebenarnya, atau Iskandar. Iskandar Tengku Ismail, seorang pemain gitar dan salah seorang pengasas kumpulan serta ketuanya, kini lumpuh dan menghidap beberapa penyakit kronik, termasuk diabetes, masalah bercakap dan komplikasi buah pinggang yang memerlukan dialisis. Beliau juga merupakan salah seorang pengasas kumpulan dan ketuanya.

Menyedari keadaan beliau yang kini hilang daya upaya kerja dan tiada sumber mata pencarian, dua sahabat baik beliau iaitu Ameng Spring dan Umarul Iklim telah mengusulkan masalah ini kepada Persatuan KARYAWAN Malaysia dan merangka jelajah amal ini ke seluruh Negara.

Memandangkan keperluan biaya beliau agak besar iaitu sekitar RM 40,000 bagi menampung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang tahun (Purata kos bulanan ialan RM 3,000) kami mendapati modul persembahan ringkas ini adalah jalan paling ekonomi dari segi modal penganjurannya dan insyaallah boleh mencapai matlamatnya. Kini kita telah Menyusun 3 lokasi utama iaitu di lokasi Santai Seni@TAR (Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur), Padang Kota, Pulau Pinang dan Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu serta bakal diteruskan dibeberapa lokasi lain seperti Ipoh, Kota Bharu dan lain-lain pada tarikh yang bakal ditentukan kelak.

Sebagai sepak mula KARYAWAN dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian Pelancongan dan Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah merangka sebaik mungkin siri pertama jelajah ini di lokasi Jalan Tunku Abdul Rahman bersempena dengan program mingguan Santai Seni@TAR (Berhadapan KAMDAR) pada Tarikh 29 Januari 2023 (Ahad) bermula jam 2.30 sehingga 6.30 petang. Siri pertama ini turut menampilkan barisan penghibur terkenal dan berprestij iaitu Ameng Spring, Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria, Islah & The People dan Radhi Khalid selaku MC.

Mekanisme kutipan sumbangan ialah melalui jualan amal beberapa produk seni, CD agama, tabung potter, QR Code dan juga secara dalam talian dimana sepanjang persembahan ini diadakan ianya turut disiarkan secara live.

Pada majlis ini juga tabung Solidariti ini telah menerima sumbangan dari Qew Communications Sdn Bhd dan Meta Music Xtreme (Label Muzik Maman Teachers Pet) turut hadir didalam majlis sidang media ini ialah beberpa rakan strategik yang merupakan penganjur dilokasi seterusnya iaitu

Pulau Pinang

–Ybrs Mohd Faruk B.Abdul Rahman (Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang)

-Tuan Isma Azad (Panca Abadi Automobil)

-Wakil Sis Lawa.Co

Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia

Aizad Azman Pengerusi Persatuan Sahabat penghibur jalanan Malaysia

Terengganu Buskers Associations

Mohd Fazli A.Rahman Setiausaha Agung Terengganu Buskers Associations

Wakil dari MAP Music, Green Dome, Meta Music Xtreme, Mummylova

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BR05 cetusan kejuruteraan industri penerbangan
Next: Nenek Neelofa tak pernah tinggal baca al-Quran walaupun sakit

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.