Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • HUN 2022: DPUKM sasar 10,000 usahawan berdaftar
  • ATTRACTION

HUN 2022: DPUKM sasar 10,000 usahawan berdaftar

Helmi Aziz March 28, 2022 (Last updated: March 28, 2022) 2 minutes read
HUN20222

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) mensasarkan 10,000 usahawan yang mendaftar dengan pihak DPUKM melalui Hari Usahawan Negara (HUN 2022) yang telah berlangsung pada 24 hingga 28 Mac 2022, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Matlamat DPUKM mengadakan acara besar ini untuk menaikkan kembali  ekonomi negara setelah ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Tambahan pula, ini merupakan platform yang terbaik untuk usahawan dan pengunjung untuk memperolehkan informasi dan juga bantuan perniagaan.

Presiden DPUKM, Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Hasan Mohd Nor berkata, usahawan yang berdaftar akan diberi taklimat tentang kerjaya, klinik keusahawanan (latihan dan mentor), symposium ekonomi dan keusahawanan serta biz forum (peluang pembiayaan bersama Tekun Nasional).

“HUN 2022 yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam ini, turut meyediakan pusat info keusahawanan melalui taklimat pelbagai agensi termasuk FAMA, MARA, Agrobazaar Online Akademi Jana Usahawan,” jelasnya.

Selain itu, katanya, bahawa tujuan HUN 2022 dianjurkan bukan sahaja untuk mengukuhkan lagi malah mengembangkan semua teras sokongan keusahawanan yang telah atau bakal disediakan oleh kerajaan melalui pelbagai agensinya.

 Seterusnya, katanya lagi, HUN 2022 juga merupakan salah satu penyelesaian yang proaktif untuk memastikan jaringan perniagaan usahawan akan diperbesarkan ke peringkat antarabangsa dan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dalam memilih bidang keusahawanan.

Majlis perasmian HUN 2022 telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Ismail Sabri Yaakob dan turut disaksikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Yang Berhormat Tan Sri Noh Omar.

Presiden DPUKM, Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Hasan Mohd. Nor juga turut menyertai.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur untuk memeriahkan lagi HUN 2022 antaranya ialah persembahan artis popular,car free morning dan jogathon 1,000 peserta di Datan Merdeka.

Tidak ketinggalan, acara game show bersama orang ramai dan artis Oppocot Malaysia, persembahan 100 battle of the band, pertunjukan kereta dan motor klasik, kereta-kereta mewah, Malam Aneka Ragam Pop Yeh Yeh, retro klasik, warisan HUN, santai-santai teh tarik  (pertunjukan dan tarian) dan hot balloon.

Acara genting HUN 2022 adalah malam gala dinner yang diadakan pada 28 Mac 2022 ini, bersempena majlis anugerah untuk para usahawan.

“Pelbagai Anugerah Keusahawanan Kebangsaan akan diberikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) sebagai sebahagian daripada sambutan ini.

“Anugerah ini bertujuan untuk mengiktirafkan dan memberi penghormatan kepada usahawan dan pembina ekosistem keusahawanan atas dan ketekunan usaha cemerlang mereka menyumbang kepada sector ekonomi negara,” katanya.

Untuk sebarang maklumat boleh melayari www.hariusahawannegara.com.my.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi- Faten: 012 5671078, Haryati: 019 2660174

Emel; mediavictorytrade@gmail.com

Emel rasmi HUN22: dahniaga@gmail.com, Hotline no: 03 41418311

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Majlis Sidang Media Dan Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-8
Next: MAJLIS PELANCARAN YUGI FRESH

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.