Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Surah Al-Sajdah jadi amalan Rasulullah SAW sebelum tidur
  • ATTRACTION

Surah Al-Sajdah jadi amalan Rasulullah SAW sebelum tidur

Helmi Aziz March 19, 2022 2 minutes read
1633404.jpg
SHAH ALAM – Surah al-Sajdah adalah surah yang besar kedudukannya di sisi Rasulullah SAW.

Jurulatih utama Tadabbur Centre Sdn Bhd, Syaari Ab Rahman berkata, Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan surah ini tanpa membacanya sebelum tidur.

“Surah al-Sajdah ini bukan setakat merebah kepala ke tanah, tetapi merasai dalam hati kita betapa sempurnanya rencana Tuhan dan betapa lemahnya kita di atas muka bumi ini.

“Pernah berlaku peristiwa tentang ahli-ahli sihir firaun yang kufur kepada ALLAH, namun selepas melihat tongkat Nabi Musa AS menjadi ular gergasi, mereka terkejut kerana tidak pernah melihat situasi luar biasa itu selama ini.

“Melihatkan perkara itu mereka telah melakukan apa yang disebut sebagai al-Sajdah. Mereka sujud dengan air mata kerana kagum dengan apa yang terjadi yang tidak dapat ditafsirkan dengan akal fikiran,” katanya.

Peserta dari Jabatan Penjara, wakil WUIF dan orang awam yang menyertai 'Jom Mengaji Sebelum Tidur' di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang pada Jumaat. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Peserta dari Jabatan Penjara, wakil WUIF dan orang awam yang menyertai ‘Jom Mengaji Sebelum Tidur’ di Masjid Jabatan Penjara Malaysia Kajang pada Jumaat. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau berkata demikian ketika mentadabbur surah al-Sajdah ayat 1 hingga 30 dalam program ‘Jom Mengaji Sebelum Tidur (JMST) Edisi Khas: Dari Penjara Menggapai Syurga’ sempena Hari Penjara ke-232 anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) pada Jumaat.

Program yang diadakan Masjid Jabatan Penjara Malaysia itu turut siarkan secara langsung di platform Zoom dan Facebook Live Sinar Harian, QuranHour, TickTalk TV dan Jabatan Penjara Malaysia.

Acara dimulakan dengan bacaan surah al-Sajdah yang dibimbing oleh qari Pembantu guru agama Penjara Kajang, Sarjan Muhammad Hafis Mohamad Foizi, dan Ustaz Husaini Mahmur, Qari My #HadithTime.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrasam Abdul Rahman berkata, setiap penghuni penjara beragama Islam perlu dibentuk kembali ke jalan agama.

“Ini termasuk membentuk sahsiah mereka dengan terapi keagamaan, kerohanian kerana Jabatan Penjara ada guru-guru agama daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pembantu guru agama untuk membantu.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah WUIF, Ahmad Yani Abd Manaf (kanan) menyampaikan plakad Quran Corner sebagai simbolik penyerahan set Wakaf al-Quran untuk ummah kepada pihak Jabatan Penjara yang diwakili oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).Datuk Ibrasam Abdul Rahman.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah WUIF, Ahmad Yani Abd Manaf (kanan) menyampaikan plakad Quran Corner sebagai simbolik penyerahan set Wakaf al-Quran untuk ummah kepada pihak Jabatan Penjara yang diwakili oleh Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan).Datuk Ibrasam Abdul Rahman.

Katanya, dalam pemulihan pesalah memerlukan sokongan daripada keluarga mereka sendiri, agensi kerajaan di luar jabatan penjara, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta kolaborasi dengan majikan bagi membolehkan banduan mendapat pekerjaan selepas dibebaskan.

“Apabila kita libatkan komuniti dalam sistem pemulihan, ianya lebih berkesan dan pengulangan jenayah yang berlaku agak kecil berbanding mereka yang tidak berpeluang menjalani pemulihan dalam komuniti,” ujarnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: ‘Taubat banduan akhir’
Next: 60 usahawan Nims diraikan

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.