Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Sport
  • 5 landskap semula jadi memukau Golden Outback di Australia Barat
  • Sport

5 landskap semula jadi memukau Golden Outback di Australia Barat

Helmi Aziz January 29, 2020 3 minutes read
605587.jpg

AUSTRALIA ialah sebuah negara besar yang terkenal dengan tarikan keindahan alam semula jadinya.

Golden Outback di Australia Barat misalnya, adalah antara destinasi yang menyajikan pelbagai keindahan mempesonakan. Terdapat beberapa lokasi menarik di Golden Outback untuk disinggahi. Bermula dari tempat penginapan, pantai nan indah, selain bermacam-macam tarikan seperti landskap bunga liarnya.

Semua itu pasti mengundang pengalaman kembara yang cukup hebat apabila dapat mengunjungi destinasi yang mengambil masa lebih kurang lima jam penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Perth. Berikut adalah antara landskap Golden Outback yang dikongsikan Westernaustralia.com.

Nikmatilah momen menarik yang ada di sana.

WAVE Rock menjadi lokasi tumpuan pelancong dan pengembara untuk bergambar.

WAVE Rock menjadi lokasi tumpuan pelancong dan pengembara untuk bergambar.

1. Wave Rock

Perjalanan lebih kurang empat jam dari Perth untuk tiba di situ bagaikan tidak terasa tatkala dihidangkan pemandangan landskap menghijau yang memukau. Struktur Wave Rock yang setinggi 15 meter (m) dikatakan mengambil masa selama 2,700 juta tahun untuk terbentuk.

Di situ juga ditemui ‘ombak terbesar’ di Australia yang terletak paling jauh dari mana-mana lautan. Ia merupakan tebing granit sepanjang 110m yang kelihatan seakan-akan gulungan ombak besar yang akan runtuh.

Itulah lokasi bergambar dramatik yang sangat popular dalam kalangan pelancong jika ke Australia Barat.

2. Lucky Bay

Terletak lebih kurang lima jam perjalanan dari Wave Rock, Lucky Bay ibarat permata di antara jalur pantai yang indah di Taman Negara Cape Le Grand. Pantainya berpasir putih, air membiru manakala pemandangannya sungguh mendamaikan. Sekiranya bernasib baik, akan kelihatan sekumpulan kanggaru bermain dan berlegar-berlegar di kawasan itu.

Jangan lepaskan peluang untuk mengisi perut di Lucky Bean Café yang terletak betul-betul di Lucky Bay.

PASIR putih Lucky Bay, kawasan tumpuan kanggaru bermain.

PASIR putih Lucky Bay, kawasan tumpuan kanggaru bermain.

Nikmatilah kopi espresso, jus, mufin dan pelbagai makanan ringan lain termasuk aiskrim.

3. Tasik Hillier

Selepas berhenti di Lucky Bay, ambil sedikit masa untuk singgah dan melihat sebuah tasik yang unik kerana airnya berwarna merah jambu.

Tasik berkenaan terletak di lokasi terpencil kira-kira 11 kilometer jauhnya dari pantai Taman Negara Cape Arid dan boleh diakses menggunakan kapal terbang kecil atau bot. Panorama Tasik Hillier yang digelar ‘Bubblegum-pink’ itu hanya dipisahkan dengan jalur hijau flora dan jalur putih pasir yang tipis.

TASIK Hillier terletak di lokasi terpencil, namun warna merah jambu airnya mempunyai keunikan yang tersendiri.

TASIK Hillier terletak di lokasi terpencil, namun warna merah jambu airnya mempunyai keunikan yang tersendiri.

Pastinya bidikan foto tampak sempurna jika dikongsi di media sosial dek keunikan warna air semula jadinya itu.

4. Taman Negara Fitzgerald

Sebaik kembali ke darat, teruslah berkunjung ke Taman Negara Fitzgerald. Taman negara tersebut telah disenaraikan sebagai Rizab Biosfre Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan merupakan taman kebangsaan tunggal terbesar di Australia Barat.

TAMAN Negara Fitzgerald dihiasi dengan kepelbagaian flora yang sangat memukau pandangan.

TAMAN Negara Fitzgerald dihiasi dengan kepelbagaian flora yang sangat memukau pandangan.

Taman Negara Fitzgerald merupakan salah satu daripada lokasi botani yang paling banyak tanaman berbunga dan sangat sesuai untuk pencinta alam sekitar.

Ia mempunyai kira-kira 1,800 spesies tumbuhan berbunga, termasuklah Royal Hakea, Qualup Bell, Sepulcralis, Weeping Gum, Pincushion Hakea, Woolly Banksia, dan Bottlebrush.

5. Tasik Ballard

Dari Taman Negara Fitzgerald, perjalanan selama 10 jam diperlukan untuk ke Tasik Ballard bagi melihat rekaan seorang artis yang merupakan pemenang Hadiah Turner, iaitu Antony Gormley.

Landskap di sana menawarkan pameran menakjubkan melibatkan 51 buah patung logam di sepanjang Shimmering Salt Lake.

Terokai tapak pameran berkenaan untuk melihat semua arca yang berbeza dari segi bentuk dan rupa.

KUNJUNGI Tasik Ballard untuk melihat variasi arca di sana.

KUNJUNGI Tasik Ballard untuk melihat variasi arca di sana.

Bagi yang teruja ke sana, Westernaustralia.com mencadangkan supaya rancanglah percutian ke Australia Barat antara bulan sejuk Mei hingga Oktober. Permukaan tasiknya yang lebih solid menjanjikan lokasi lebih mudah untuk diterokai.

Maklumat lanjut mengenai Australia Barat, lawati laman web www.westernaustralia.com atau Facebook https://www.facebook.com/ExtraordinaryWesternAustralia.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Manfaatkan detoks ‘asli’ dalam badan
Next: Al-Falaq antara surah yang tiada tandingan

Related Stories

Byon Combat Showbiz Vol. 7 (BM) Poster
  • Lifestyle
  • News
  • Sport
  • Sports

BYON COMBAT SHOWBIZ 7 Akhirnya Tiba, Kuala Lumpur Jadi Tuan Rumah Debut Antarabangsa.

Allya Adriana April 22, 2026
WhatsApp Image 2026-04-21 at 15.40.23
  • Community
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Event
  • Sport

Sokongan FINAS Perkukuh Golf Amal Selebriti Demi Kebajikan Penggiat Filem

Farihin Azlan April 22, 2026
image (1)
  • Health
  • Sport

Strategic Alliance Between Sunway Medical Centre Velocity and ISN to Elevate Athlete Treatment and Recovery

Yasmin Zainal April 20, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.